Pergi ke kandungan

Mohammed Taufiq Johari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dr.

Mohammed Taufiq Johari

AP
Mohammed Taufiq pada 2023
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sungai Petani, Kedah
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Johari Abdul
Majoriti1,115 (PRU-15)
Butiran peribadi
LahirMohammed Taufiq bin Johari
(1996-03-06) 6 Mac 1996 (umur 28)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan
PasanganDr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra (k. 2024)
BapaJohari Abdul
SaudaraShuaib Lazim (datuk saudara)
Alma materUniversiti Islam Bandung (MD)
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor Perubatan

YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari (lahir 6 Mac 1996) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mohammed Taufiq bin Johari dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur, Malaysia. Bapa beliau ialah Johari bin Abdul yang merupakan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2008 sehingga 2022. Beliau mempunyai tujuh adik beradik.

Beliau bersekolah di SMK Gombak, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Bandung dalam bidang perubatan.

Karier politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sungai Petani.[1]