Minyak masak
Minyak masak adalah satu lemak tulen berasal samada daripada tumbuh-tumbuhan atau pun haiwan, berada di dalam keadaan cecair pada suhu bilik.
Terdapat pelbagai jenis minyak tumbuhan termasuk; minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak canola, minyak jagung, minyak biji bunga matahari, minyak kacang, minyak argan dan minyak beras, dll.
Bentuk "minyak tumbuhan" untuk melabelkan satu produk minyak masak yang merujuk kepada kepada satu campuran kepada pelbagai minyak masak termasuklah minyak masak yang berasaskan jagung, bunga matahari dll.
Minyak boleh diperisakan dengan merendamkan makanan yang beraroma seperti herba-herba segar, rempah ratus, lada dan sebagainya, di dalam minyak masak untuk satu tempoh yang berlanjutan. Bagaimanapun, langkah berhati-hati harus diambil apabila menggunakan bawang putih dan bawang bagi mengelakkan pertumbuhan botulisme dalam medium tersebut.