Maarof Saad
Maarof Saad yang dikenali dengan nama penanya Masja (lahir 16 Oktober 1942 di Sungai Siput, Melaka). Kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor. Beliau merupakan penyair dan penulis Malaysia 1960-1970-an.
Masja | |
---|---|
Kelahiran | Maarof bin Saad 16 Oktober 1942 |
Pekerjaan | Penyair, penulis |
Sekitar 1960-1970-an puisinya tersiar di majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat serta dalam antologi Suara Tujuh dan Nafas Kemanusiaan.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Bersekolah di sekolah Melayu Sungai Siput, Melaka (1949-1953)Kemudian pindah ke Sekolah Melayu Semenyih (1954). Tahun 1955, belajar di Sekolah Menengah Cochrane.
Beliau pernah menjadi pelayan pejabat di Federal House (1962). Pada 1 Januari 1963 menjadi pembantu kerani di Caxton Press Limited (1957) dan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai jurutaip. 1970 (Pembaca Pruf) dan Penyiasat Luar (1974).1978 sebagai Pembantu Penyelidik dan menjadi sidang pengarang majalah Dewan Sastera.
Tahun 1983, Ma’arof menjadi editor Penerbit Fajar Bakti dan editor majalah ERA (1986), editor Perunding di International Book Service (1990).Beliau adalah pengasas Citra Publishing (1990-1991).Kini menguruskan MASA Enterprise di Kajang.
Beliau menjadi Penolong Setiausaha PENA (1971/72) dan Ketua Satu PENA (1972/73). Penolong Setiausaha Gapena (1972/73) dan Ketua Dua Gapena (1990/1992). Beliau turut menggerakkan Hari Puisi pada 16-19 Julai 1971 di Melaka dan Hari Sastera di Kelantan pada 1-3 Ogos 1972.Pengerusi Anugerah Puisi Putra II pada 22 Februari 1980 anjuran Bank Bumiputera dan GAPENA.Beliau juga dilantik sebagai jawatankuasa pemilihan calon Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) bagi negara Malaysia.
Beliau berkesempatan bertemu dengan editor USA Today, Newsweek, Natchez Democrat di Natchez, Mississippi dan di San Francisco. Beliau turut menghadiri Pertemuan Penulis Antarabangsa di Belgrade, Yugoslavia, lalu terbit antologi puisi Bahasa Alam (1983).Antologi puisinya 'Milik Rahsia Alam' (1984).
Cerpen pertamanya “Perhitungan” tersiar dalam Mingguan Malaysia, Mei 1979. Novel pertamanya berjudul Sirna.Puisinya “Tanpa Melakukan Kesalahan” memenangi Hadiah Karya Sastera 1976. Cerpennya “Nasib” termuat dalam Mastika (Julai 1992) meraih hadiah penghargaan Hadiah Sastera Public Bank-Utusan Melayu 1993.
Sewaktu di Dewan Bahasa dan Pustaka selama 12 tahun, beliau memimpin Kesatuan Pekerja-pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka.Beliau juga Pengerusi Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan bagi Badan-badan Berkanun (1979-1983).Beliau sama-sama merundingkan Laporan Gaji Hakim Harun (1975) dan Laporan Gaji Kabinet.
Karya
[sunting | sunting sumber]- Nafas Kemanusiaan (antologi bersama). Kuala Lumpur: DBP , 1980.
- Tinta Pena (antologi bersama). Kuala Lumpur: PENA; 1983.
- Bahasa Alam. : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983.
- 100 Puisi Malaysia (antologi bersama). Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd.; 1984.
- Bintang Mengerdip (antologi bersama).DBP, 1984.
- Milik Rahsia Alam. ;DBP 1984.
- Bunga Gerimis (antologi bersama),Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986.
- Lukisan Zaman (antologi bersama): Marwilis Publisher, 1989.
- Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama):DBP, 1990.
- Malaysia dalam Puisi (antologi bersama):DBP, 1991.
- Surat Jingga : Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd., 1983.
- Kalah : IBS Buku Sdn. Bhd., 1988.
- Kehilangan yang Tak Hilang: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1988.
- Bulan (antologi bersama): Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1993.
- Sirna, Kajang: MASA Enterprise, 1993.
- Kamus Bahasa Baku. : Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd., 1990.