Pergi ke kandungan

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah mula beroperasi pada 25 Januari 2004. Ia telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Idea penubuhan ini juga adalah hasil dari cetusan pemikiran beliau sendiri yang mengharapkan wujudnya kesepaduan ilmu wahyu dengan ilmu wakie dalam kurikulum.

Bermula dengan 60 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan dengan empat kelas, sekarang ini jumlah pelajar ialah 1485 orang dengan penempatan di lima buah sekolah agama Yayasan Islam Kelantan. Kampus induk di Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah menempatkan 674 pelajar.

Matlamat penubuhan

[sunting | sunting sumber]
  • Menghayati dan menghafaz isi kandungan al-Quran
  • Menguasai ilmu syarie dan wakie
  • Melahirkan hufaz saintis dan profesional
  • Memilki sahsiah terpuji
  • Mempunyai kecerdasan mental dan kecergasan fizikal



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.