Pergi ke kandungan

Luiz Gustavo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luiz Gustavo
Maklumat peribadi
Nama penuh Luiz Gustavo Dias[1]
Tarikh lahir (1987-07-23) 23 Julai 1987 (umur 37)
Tempat lahir Pindamonhangaba, Brazil
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
VfL Wolfsburg
Nombor 22
Kerjaya remaja
Universal FC Rio Largo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2008 Corinthians Alagoano 21 (2)
2007CRB (loan) 14 (1)
2007–20081899 Hoffenheim (pinjaman) 27 (0)
2008–2011 1899 Hoffenheim 72 (2)
2011–2013 Bayern Munich 64 (6)
2013– VfL Wolfsburg 40 (4)
Pasukan kebangsaan
2011– Brazil 30 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 November 2014

Luiz Gustavo Dias (lahir 23 Julai 1987) merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk kelab Bundeslga, VfL Wolfsburg dan pasukan kebangsaan Brazil. Beliau bermain di posisi pemain tengah bertahan.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Luiz Gustavo memulakan kerjaya profesionalnya di Corinthians Alagoano. Pada Ogos 2007, beliau telah dipinjam ke kelab Jerman, 1899 Hoffenheim. Pada 1 April 2008, Hoffenheim membeli Gustavo secara kontrak tetap.

Pada Januari 2011, beliau sertai FC Bayern Munich[3] Bayaran pemindahan itu sekitar €15–20 juta.

Pada 15 Januari 2011, Luiz Gustavo membuat penampilan pertama untuk kelab Bavaria itu, beliau bermain pada separuh masa kedua ketika seri 1-1 menentang VfL Wolfsburg. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern pada 26 Februari 2011, namun Bayern tewas 1–3 di tangan Borussia Dortmund.

Pada 12 Mei 2012, Luiz Gustavo telah dimasukkan dalam skuad untuk persediaan perlawanana khir DFB-Pokal 2011-12. Walau bagaimanapun, beliau digantikan oleh Thomas Müller pada minit ke-46 dan Bayern tewas 5-2 kepada Borussia Dortmund.

Pada 16 Ogos 2013, Luiz Gustavo dilaporkan bahawa beliau telah menandatangani sebuah kontrak lima tahun bersama VfL Wolfsburg dengan bayaran yang tidak didedahkan.

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Luiz Gustavo membuat penampila pertama untuk Brazil pada 10 Ogos 2011, dalam satu perlawanan persahabatan menentang Jerman.

Beliau juga sebahagian daripada skuad Brazil yang dipanggil oleh jurulatih Luiz Felipe Scolari untuk Piala Konfederasi FIFA 2013. Beliau juga bermain 90 minit penuh dalam perlawanan akhir Brazil membenam juara dunia, Sepanyol di Estádio do Maracanã.

Beliau menjaringkan gol pertamaya untuk Brazil ketika menentang Australia dalam satu perlawanan persahabatan pada 7 September 2013.

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 7 September 2013 Estádio Nacional Mané Garrincha, Brasília, Brazil  Australia
1–0
6–0
Persahabatan

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Penampilan kelab Liga Piala Benua Lain Jumlah
Kelab Liga Musim Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Liga DFB-Pokal Eropah Lain Jumlah
1899 Hoffenheim 2. Bundesliga 2007–08 27 0 3 0 30 0
Bundesliga 2008–09 28 0 1 0 29 0
2009–10 27 0 3 0 30 0
2010–11 17 2 3 0 20 2
Jumlah kelab 99 2 10 0 0 0 0 0 109 2
Bayern Munich Bundesliga 2010–11 14 1 2 0 2 0 0 0 18 1
2011–12 28 1 6 0 12 0 46 1
2012–13 22 4 3 0 10 0 1 0 36 4
Jumlah kelab 64 6 11 0 24 0 1 0 100 6
VfL Wolfsburg Bundesliga 2013–14 29 4 4 0 33 4
2014–15 11 0 1 2 4 1 16 3
Jumlah kelab 40 4 5 2 4 1 0 0 49 7
Jumlah kerjaya 203 12 26 2 28 1 1 0 258 15

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Bayern Munich
Brazil
  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai pada 10 July 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Luiz Gustavo". fifa.com. FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-09. Dicapai pada 21 January 2014.
  3. ^ "Bayern sign versatile Luiz Gustavo until 2015". FC Bayern Munich. 3 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-05. Dicapai pada 5 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)