Pergi ke kandungan

Lobamba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lobamba
NegaraEswatini
DaerahHhohho
Aras
694 m (2,277 ft)
Penduduk
 (2006)
 • Jumlah11,000
Zon waktuUTC+2 (UTC+2)

Lobamba ialah ibu negara undang-undang Eswatini, dan merupakan kawasan parlimen serta tempat kediaman Ntombi, iaitu Permaisuri Ibu.[1]

Bandar ini terletak di bahagian barat negara di kawasan hutan "Lembah Syurga" atau Lembah Ezulwini. 2 kawasan pernah dipanggil Lobamba, dan tempatnya yang pertama yang kini dikenali sebagai "Lobamba Lama" ditubuhkan pada tahun 1750 di selatan Eswatini. Lobamba ialah kawasan kerajaan Eswatini. Antara tarikan pelancong di sini ialah Muzium Negara Eswatini, Stadium Somhlolo, Hutan Simpan Hidupan Liar Mlilwane, Taman Peringatan Raja Sobhuza ke-2 dan lain-lain.

  1. ^ "The Parliament of Swaziland" Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine. Commonwealth Parliamentary Association. Accessed April 7, 2014.