Pergi ke kandungan

Lhasa apso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lhasa apso
Negara asalTibet, China
Trait
Tinggi Jantan hampir-hampir 25 cm (10 in)[1]
Bulu panjang, keras
Warna hitam, merah, grizzle gelap, keemasan, kuning madu, warna-warni, perang muda, loh, asap, atau putih[1]
CatatanNaungan FCI: United Kingdom[2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Lhasa apso[a] ialah satu baka anjing bukan sukan yang berasal dari Tibet.[3] Baka ini secara tradisional telah digunakan sebagai anjing pengawal dalaman.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]
Kepala Lhasa apso
Seekor Lhasa apso muda, belum sepenuhnya berlapis bulu
Seekor Lhasa apso muda
Seekor Lhasa apso dengan lapis bulu panjang dan padat

Lhasa ialah ibu kota Tibet dan apso ialah sepatah perkataan daripada bahasa Tibet. Terdapat sesetengah perdebatan mengenai asal usul tepat bagi nama ini; sesetengah pihak mendakwa bahawa perkataan "apso" ialah bentuk bahasa Inggeris bagi perkataan bahasa Tibet untuk "janggut sejemput" ("ag-tshom", ཨག་ཚོམ་) atau mungkin "ra-pho" (ར་ཕོ་) yang bermaksud "kambing jantan".[4] Mungkin juga namanya berasal daripada kata nama majmuk yang memaksudkan "penjaga menyalak" (harfiah "ap" [ཨཔ], "menyalak" dan "so" [སོ་], "menjaga").[5][6][sumber tak boleh dipercayai]

Lhasa apso ialah baka berusia ribuan tahun yang dahulunya berkhidmat sebagai pengawal di istana dan di biara yang terpencil tinggi-tinggi di Himalaya Tibet.[7] Pada awal abad kedua puluh, sesetengah anjing Tibet dibawa ke United Kingdom oleh anggota tentera yang pulang dari benua kecil India. Ini merupakan jenis kacuk, serupa sama ada dengan anjing yang kemudian menjadi Lhasa apso atau anjing yang kemudian menjadi terier Tibet; anjing-anjing ini secara kolektif dikenali sebagai "Lhasa Terrier" ("terier Lhasa").[8]:294

Pasangan terier Lhasa asli Amerika pertama merupakan hadiah daripada Thubten Gyatso, Dalai Lama ke-13 kepada C. Suydam Cutting yang tiba di Amerika Syarikat pada tahun 1933. En. Cutting telah mengembara ke Tibet dan bertemu dengan Dalai Lama.[9] Pada masa itu, hanya terdapat satu ekor Lhasa apso yang berdaftar di England.[10] American Kennel Club secara rasmi menerima baka ini pada tahun 1935 dalam Kumpulan Terier dan pada tahun 1959 memindahkan baka ini ke dalam Kumpulan Bukan Sukan.[11] Di United Kingdom, ia diletakkan dalam Kumpulan Utiliti.

Baka ini diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1960.[2]

Jantan berdiri kira-kira setinggi 25 cm (9.8 in) pada paras kelasa, betina pula lebih rendah sedikit.[1] Lapis bulu mungkin berwarna hitam, merah, grizzle gelap, keemasan, madu, berwarna-warni, pasir, berwarna loh, berwarna asap, atau putih. Lapis bulunya tebal dan berat dengan lapis bulu luar lurus keras dan lapis bulu bawah sederhana.[1] Matanya gelap dan hidungnya hitam dan telinga pula berayun-ayun. Ekornya melengkung, kadang-kadang dengan ikal di hujungnya, dan patut terangkat ke atas belakang.[1]

Ia menduduki tempat ke-68 (daripada 138) dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren kerana mempunyai kecerdasan kerja-kepatuhan sederhana.[12] Lhasa apso ialah baka berumur panjang dengan banyak anjing yang hidup dalam keadaan sihat sehingga awal usia 20-an.[13]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]
Seekor Lhasa apso merah

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 14 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[14]

Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[15]

  1. ^ Jawi: لاسا اڤسو; /ˈlɑːsə ˈæps/
  1. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 227 LHASA APSO" [Piawaian FCI No. 227 Lhasa Apso] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 Jun 2015. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  2. ^ a b "FCI breeds nomenclature: LHASA APSO (227)" [Tatanama baka FCI: LHASA APSO (227)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  3. ^ Definition of Lhasa apso (dalam bahasa Inggeris), EtymologyOnline.com
  4. ^ Wehrmann, Stephen (2002). Lhasa Apsos: Everything about Purchase, Care, Nutrition, Behavior, and Training [Lhasa Apso: Semuanya tentang Pembelian, Penjagaan, Pemakanan, Tingkah Laku, dan Pelatihan] (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. ISBN 0-7641-1958-3.
  5. ^ Definition of "ab-pa" (dalam bahasa Inggeris), Rangjung Yeshe Tibetan Dictionary
  6. ^ Definition of "so-ba" (dalam bahasa Inggeris), Rangjung Yeshe Tibetan Dictionary Diarkibkan 1 Januari 2020 di Wayback Machine
  7. ^ "Lhasa Apso Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Lhasa Apso]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2024.
  8. ^ Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 294. ISBN 978-0-87605-624-0. OCLC 32697706.
  9. ^ Wehrmann, Stephen (2002). Lhasa Apsos [Lhasa Apso] (dalam bahasa Inggeris). Barrons Educational Service Publisher. ISBN 0-7641-1958-3.
  10. ^ Aldige, Leslie (22 Julai 1968), "Dog of the Year" [Anjing Tahun Ini], New York (dalam bahasa Inggeris), m/s. 32–34
  11. ^ "Lhasa Apso History" (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 12 November 2014 di Wayback Machine, American Kennel Club
  12. ^ "Dog intelligence rankings" [Ranking kecerdasan anjing]. 6abc.com (dalam bahasa Inggeris). WPVI-TV. 12 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2010. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  13. ^ "Border Collie, Chinese Crested, English Mastiff, Italian Greyhound, Lhasa Apso" [Collie Sempadan, Anjing Berjambul China, Mastif Inggeris, Grehaun Itali, Lhasa Apso]. Dogs 101. Musim 2. Episod 5 (dalam bahasa Inggeris). 31 Oktober 2009. Peritiwa berlaku pada 3:01. Animal Planet. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  14. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  15. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell] (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 978-0-8138-1596-1.