Pergi ke kandungan

Kuala Langat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kuala Langat
Kuala Langat
Transkripsi lain
 • Jawiكوالا لاڠت
 • Cina瓜拉冷岳县
 • Tamilகுவாலா லாஙாட்
Lokasi Daerah Kuala Langat di Selangor
Lokasi Daerah Kuala Langat di Selangor
Map
Daerah Kuala Langat yang terletak di Malaysia
Daerah Kuala Langat
Daerah Kuala Langat
Lokasi Daerah Kuala Langat di Malaysia
Koordinat: 2°50′N 101°30′E / 2.833°N 101.500°E / 2.833; 101.500Koordinat: 2°50′N 101°30′E / 2.833°N 101.500°E / 2.833; 101.500
Negara Malaysia
Negeri Selangor
PusatTeluk Datok
Bandar terbesarBanting
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kuala Langat
Pentadbiran
 • Pegawai daerahHeeza Hassan[1]
 • Orang Besar DaerahMohamed Al Haj Harun[2]
Keluasan
 • Jumlah858 km2 (331 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah307,449
 • Kepadatan360/km2 (930/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
425xx-428xx, 471xx
Nombor telefon+6-03-31, +6-03-51, +6-03-5614, +6-03-80
Nombor plat kenderaanB
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat

Kuala Langat merupakan salah satu dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia. Daerah ini terletak di selatan negeri Selangor bersempadan dengan daerah Klang dan Petaling di utara, daerah Sepang di timur dan Selat Melaka di barat dan selatan. Daerah ini berkeluasan 858 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 307,449 orang pada tahun 2020.

Antara bandar utama di daerah ini termasuklah Morib, Banting, Jugra dan Pulau Carey.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang dinaiktaraf kepada majlis perbandaran pada tahun 2020. Daerah ini terbahagi kepada enam mukim, lima bandar dan 17 pekan.[4]

Bandar dan pekan

[sunting | sunting sumber]

Pihak Berkuasa Tempatan

[sunting | sunting sumber]

Daerah Kuala Langat berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang dinaik taraf pada tahun 2020.

Ahli Parlimen

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Negeri (ADN)

[sunting | sunting sumber]

Penyelaras Parlimen

[sunting | sunting sumber]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kuala Langat ialah seramai 307,449 orang dengan kepadatan penduduk 359 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 70 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 110:100. Terdapat 95,799 tempat kediaman dengan sebanyak 79,890 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 214 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 82 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 10 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 205,011
Cina 53,101
India 31,624
Lain-lain 1,045
Bukan warganegara N/A 16,668
Agama Jumlah %
Islam 210,834 68.6
Buddha 47,634 15.5
Hindu 31,983 10.4
Kristian 5,316 1.7
Lain-lain 7,595 2.5
Tidak beragama 2,587 0.8
Tidak diketahui 1,500 0.5
  1. ^ "Portal Rasmi PDT Kuala Langat Carta Organisasi PDKL". www.selangor.gov.my. 2023-02-25.
  2. ^ "Portal Rasmi PDT Kuala Langat Orang Besar Daerah". www.selangor.gov.my. 2023-02-25.
  3. ^ "Portal Rasmi PDT Kuala Langat Profil Kuala Langat". www2.selangor.gov.my. 2016-08-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-25.
  4. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
  5. ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/