Koko
Koko | |
---|---|
Pokok koko yang berbuah | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | T. cacao
|
Nama binomial | |
Theobroma cacao | |
Sinonim[1][2] | |
|
Koko (Jawi: کوکو ; nama botani: Theobroma cacao) ialah spesies malar hijau dalam genus Theobroma keluarga Malvaceae.[1][3] Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat.
Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersial bermula pada 1950. Koko berasal dari tenggara Mexico hingga ke Lembangan Amazon serta lain-lain kawasan tropika Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Di Malaysia penanaman secara komersial apabila kultivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.
Botani
[sunting | sunting sumber]Pokok koko kecil dengan ketinggian antara 4.5-7.5 meter. Ia tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 300 meter dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Daun-daunnya disusun berselang seli. Helai daunnya tidak berlekuk dan penuh dengan ukuran 10-50 sentimeter panjang dan 5-10 sm lebar.
Bunga
[sunting | sunting sumber]Bunga muncul bertangkai yang tumbuh dari batang pokok. Kuntum-kuntumnya bergaris pusat 1-2 sm dengan kelopak berwarna merah jambu. Ia didebungakan lalat-lalat sera kecil dalam genus Forcipomyia.[4][5]
Buah
[sunting | sunting sumber]Benih koko terkandung dalam lenggai buah yang berbentuk bujur dengan ukuran 15-30 sm panjang dan 8-10 sm lebar. Setiap lenggai mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram likuor koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak, 40-50% dalam bentuk mentega.
-
Theobroma cacao
-
Keratan rentas buah pokok koko.
Biji koko biasanya digunakan sebagai matawang pada zaman Pre-Kolumbian Mesoamerika. Di sesetengah kawasan, seperti Yucatan, biji koko masih digunakan bagi menggantikan syiling kecil sehingga akhir 1840an.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Koko pertama kali ditemui oleh kaum Maya dan Aztek di Amerika Selatan. Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi kaum Aztek pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.
Pada masa dulu, biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai mata wang, dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Masyarakat Aztek telah mengadunkan biji koko dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolat.
Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang ke Sepanyol apabila biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.
Selepas itu, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Pada kurun ke-17, koko dibawa ke Asia Tenggara oleh orang Sepanyol. Di Malaysia pula, tempat penanaman koko yang pertama ialah di Melaka dalam tahun 1778.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Theobroma cacao L. Sp. Pl. : 782 (1753)". World Flora Online. World Flora Consortium. 2022. Dicapai pada 14 Disember 2022.
- ^ "Mentha canadensis L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 14 Disember 2022.
- ^ "Theobroma cacao". Encyclopedia of Life. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2012. Dicapai pada 9 November 2012.
- ^ Hernández B., J. (1965). "Insect pollination of cacao (Theobroma cacao L.) in Costa Rica". Universiti Wisconsin. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2013. Dicapai pada 27 November 2012. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Forbes, Samantha J.; Northfield, Tobin D. (26 December 2016). "Increased pollinator habitat enhances cacao fruit set and predator conservation". Ecological Applications. 27 (3): 887–899. doi:10.1002/eap.1491. ISSN 1051-0761. PMID 28019052. S2CID 6858627.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://agrolink.moa.my/doa/BM/Croptechbm/koko.html Diarkibkan 2004-01-11 di Wayback Machine
- http://www.sabah.gov.my/tani/bm/koko.htm
- http://www.koko.gov.my/Industri/Pendidikan/Artikel%20Mengenai%20Koko.htm Diarkibkan 2004-07-06 di Wayback Machine