Pergi ke kandungan

Keranda Tok Wan Terbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keranda Tok Wan Terbang
PengarahHashim Rejab
PenulisRizuan Mat Nor
DibintangiYassin Yahya
Shuk Sahar
Rahim R2
Shima Anuar
Epy Kodiang
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 10 Disember 2015 (2015-12-10) (Malaysia)
Masa tayangan
1 Jam 21 Minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaMelayu

Keranda Tok Wan Terbang merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Hashim Rejab dan dibintangi oleh Yassin Yahya, Shuk Sahar, Rahim R2, Shima Anuar, Epy Kodiang.[1] Filem ini merupakan sebuah filem bercorak komedi dan seram. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 Disember 2015.[2]

Filem ini mula ditayangkan pada 10 Disember 2015 dan pengedarannya diuruskan oleh Metrowealth.[1] Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu

Hasan dan Husin 2 pemuda kampung yang kembali ke desa setelah gagal mengubah nasib di bandar. Mereka diterima bekerja sebagai pelayan dan pencuci pinggan, tetapi disebabkan kerap mencuri makanan dann memecahkan gelas akibat tidak mahir melaksanakan tugas. maka mereka telah dipecat.

Tok Wan Terbang pula penebar roti canai dann juga si penggali kubur yang dikenali di kampung tersebut. Akan tetapi disebabkan salah faham maka terjadi kacau bilau di kampung kerana tersebarnya khabar angin bahawa Tok Wan telah meninggal dunia dan hantu beliau menunggang motosikal keliling kampung.

  • Yassin Yahya sebagai Hasan
  • Shuk Sahar sebagai Husin
  • Shima Anuar sebagai Shakila
  • Rahim R2 sebagai Tok Wan Terbang
  • Mak Jah sebagai Mak Betong
  • Epy Kodiang sebagai Epy
  • Anam Azizani sebagai Anam
  • Fahmi Reza sebagai Manager Restoran
  • Zakaria Zahid sebagai Budak Kampung
  • Tengkufiella sebagai Gadis Kampung
  • Fara Mendoza sebagai Mina

Undangan khas

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Filem Keranda Tok Wan Terbang ini dihasilkan oleh Metrowealth.

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikelaskan sebagai P13 dengan bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun.

Filem ini dimuatnaik di akaun youtube rasmi David Teo pada Januari 2020. Setelah 4 tahun kongsikan secara percuma, filem ini mencapai angka 3.5 juta tontonan. Satu pencapaian luar biasa untuk filem yang gagal mencapai sambutan hangat sewaktu di tayang di bioskop/pawagam.

Bahkan semasa mula dipasarkan filem ini tidak mendapat publisiti meluas baik di media cetak dan media sosial. Berdasarkan komen penonton, mereka mendapat tahu mengenai filem ini setelah ianya viral di aplikasi tiktok. Bukan sekadar penonton Malaysia, penonton dari negara jiran turut menonton filem ini.

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Sinar Harian (14 November 2015). "Keranda Tok Wan Terbang janji kelainan". peraktoday.com.my. Peral Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-01. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  2. ^ "Keranda Tok Wan Terbang". cinema.com.my. Cinema Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 1 Jun 2021.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]