Kekasih Hati Mr Bodyguard
Kekasih Hati Mr Bodyguard | |
---|---|
Genre | Komedi romantik Misteri |
Berdasarkan daripada | Sebuah Adaptasi Novel karya Ateen Ahmad |
Ditulis oleh | Nieza Nahar Hayati Ahmad |
Pengarah | Nizam Zakaria Emi Suffian Sabhe |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 33 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azlina Sanimin |
Penerbit | Suriyati Sidek |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Creative Skill Solution |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Lestary) Disney+ Hotstar Malaysia |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 15 Mei 2021 – 6 November 2021 |
Status | 15 Mei 2021 - 29 Mei 2021 (Ditunda) 10 September 2021 - 6 November 2021 (Sambungan) |
Kronologi | |
Mengikuti | |
Diikuti oleh |
Kekasih Hati Mr Bodyguard ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2021 yang diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe dan Nizam Zakaria. Siri drama ini dibintangi oleh Redza Rosli, dan Sharifah Rose. Siri ini memulakan tayangannya menerusi Slot Lestary di TV3 pada 15 Mei 2021 menggantikan Kisah Cinta Rumi.[1][2] Siri ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman Disney+ Hotstar.[3][4]
Pada 10 September 2021, siri ini ditayangkan semula dari episod pertama menggantikan Anak Sena.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Hana Aralyn menjejaki Hadif Akashah, seorang bekas pengawal peribadi untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya, iaitu Dato' Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan, perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Redza Rosli sebagai Hadif Akasha[1]
- Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn[1]
- Ungku Hariz sebagai Naim[1]
- Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan[1]
- Lana Nordin sebagai Puan Vanida[1]
- Lisdawati sebagai Puan Latifah[1]
- Zuhairi Ibrahim sebagai Dato' Yusof[1]
- Zarina Zainuddin sebagai Datin Izzah[1]
- Haziq Macquistan sebagai Erwan[1]
- Ezzanie Jasny sebagai Lola[1]
- Shasha Abedul sebagai Najwa[1]
- Sara Jasmin sebagai Siti Fatihah[1]
- Manan Sulaiman sebagai Tok Kadi Halim[1]
- Aishah Atan sebagai Puan Dahlia[1]
- Putera Karl sebagai Umar[1]
- Munir Zainal sebagai Idlan[1]
- Ikhwan Khairudin sebagai Nizam[1]
- Syafnida Shuhaimi sebagai Lara[1]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Drama bersiri ini yang sedang disiarkan di Slot Lestary dalam TV3 terpaksa dihentikan tayangannya secara sementara waktu pada bulan Jun 2021 berikutan baki penggambaran yang tidak sempat disiapkan sepenuhnya berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa sejak 1 Jun.[5] Sebagai ganti, slot itu diisi dengan drama ulangan, Kebaya Kasut Kanvas yang dilakonan oleh Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Rozita Che Wan.[6][7]
Pada Sepetmber 2021, penerbit drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Suriyati Sidek berkongsi berita gembira apabila drama ini bakal ditambah episod istimewa. Suriyati berkata, drama arahan Emi Suffian itu akan ditambah lagi 13 episod sekali gus menjadikan episod keseluruhan yang bakal ditayangkan di Slot Lestary TV3 itu sebanyak 33 episod.[8]
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Nafas Cinta" – Khai Bahar dan Aina Abdul[1]
- "Setia" – She Pandora dengan Afiq[1]
- "Cintai Aku" – Adi 6ixthsense[1]
- "Diantara" - Assya Yen[1]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Drama Sangat 2023 | Drama Popular | Kekasih Hati Mr. Bodyguard | Tercalon |
Drama Adaptasi Novel Terbaik | Kekasih Hati Mr. Bodyguard | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Popular | Redza Rosli | Menang | ||
Pelakon Wanita Popular | Sharifah Rose | Tercalon | ||
OST Terbaik | Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w "Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard". MyInfoTaip. 6 Oktober 2021. Dicapai pada 14 Mei 2021.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (22 Oktober 2021). "Tetap Luar Biasa". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Januari 2022 – melalui KLiK.
- ^ "Kerjasama Primeworks Studios dan Disney+ Hotstar". Harian Metro. New Straits Times Press. 29 Mei 2021. Dicapai pada 28 Januari 2022 – melalui KLiK.
- ^ "Local gems on Disney platform". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. 4 Jun 2021. Dicapai pada 28 Januari 2022 – melalui KLiK.
- ^ "Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard terhenti". Harian Metro. New Straits Times Press. 4 Jun 2021. Dicapai pada 28 Januari 2022 – melalui KLiK.
- ^ "Tayangan Kekasih Hati Mr Bodyguard Dihentikan". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2021.
- ^ "Ramai Kempunan Tak Dapat Tengok Sharifah Rose Drama kekasih Hati Mr Bodyguard Terpaksa Tangguh Tayangan". mStar Online. Dicapai pada 3 Jun 2021.
- ^ Najiy Jefri (11 September 2021). "Kekasih Hati Mr Bodyguard tambah lagi 13 Episod". Harian Metro. Dicapai pada 12 September 2021.