Pergi ke kandungan

Kaka Azraff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kaka Azraff
كاکا أظرف
Kelahiran
Nor Atiqa binti Noor Azraff

(1989-05-20) 20 Mei 1989 (umur 35)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganAdam Azriff (k. 2018)
Anak-anak3
BapaNoor Azraff Aminuddin (meninggal dunia)
SaudaraElla (ibu saudara)
KeluargaAfida Azraff (kakak; meninggal dunia)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Uprising Entertainment
Pengkarya berkait
Zizan Razak, Sleeq, Awi Rafael, Loca B

Nor Atiqa Noor Azraff (Jawi: كاکا أظرف; lahir 20 Mei 1989) atau lebih dikenali sebagai Kaka Azraff merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.

Kaka mula dikenali melalui lagu Bawaku Pergi yang dinyanyikan bersama Zizan Razak pada 2012. Beliau merupakan anak saudara kepada penyanyi rock wanita terkenal, Ella.[1]

2012: Permulaan kerjaya dan kemuncak populariti

[sunting | sunting sumber]

Kaka memulakan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi selepas mendapat peluang berkolaborasi bersama Zizan Razak melalui lagu "Bawaku Pergi" dan kolaborasi dan lagu ini juga berjaya mencuri tempat dan perhatian peminat di Malaysia. Tambahan pula lagu ini dicipta oleh Malique. Walaupun lagu tersebut mempunyai banyak kontroversi melibatkan lirik lagu tersebut [2] namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.

Beliau mendapat peluang tersebut selepas ditawarkan oleh Juliana Evans yang juga kawan baik beliau selepas Zizan mahu mencari penyanyi untuk lagu tersebut. Selepas berjumpa dengan Zizan, Kaka diminta untuk menyanyi kepada penulis lirik lagu berkenaan dengan berkomunikasi melalui telefon dan setelah mengetahui bahawa penulis lirik itu merupakan Malique (bekas ahli Too Phat). Beliau terus bersetuju untuk menyanyikan lagu itu. [3]

Walaupun, ramai mengenali Kaka sebagai anak saudara Ratu Rock Malaysia, Ell, Kaka tidak mahu tempias dengan populariti ibu saudaranya itu dan beliau juga pernah diperkenalkan oleh beberapa penerbit namun Kaka mahu berdikari serta memulakan sesuatu kerjaya dengan bakat dan usahanya sendiri.[4]

Selain itu, Kaka juga telah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia pada musim ke-2 pada tahun 2012 dan berpasangan dengan Johan As'ari. Namun, mereka tersingkir pada episod ke 10 dan rancangan ini dihoskan oleh Aaron Aziz.

2013–2015: "Infiniti Cinta" dan kejayaan berterusan

[sunting | sunting sumber]

Setelah berjaya dengan single Bawaku Pergi, Kaka dan Zizan sekali lagi berkolaborasi untuk single terbaru bertajuk Infiniti Cinta yang dikeluarkan pada tahun 2013 [5] . Lagu single ini sekali lagi berjaya mendapat tempat di hati peminat Malaysia.

Selain itu, lagu single beliau iaitu "Bukan Hal Aku" telah berjaya menjadi lagu finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2015.

2016–kini: Interchange dan karya terkini

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Kaka membuat penampilan istimewa[6] dalam filem berunsur thriller iaitu Interchange dan memegang watak sebagai Melur. Filem ini dikeluarkan pada 1 Disember 2016.

Kaka bersama-sama Nad Zainal menjayakan drama radio Sumpahan Stiletto karya Eda Zuraida yang bersiaran di Kool FM; melakonkan watak Amy.[7]

Kerana Kaka membuat kenyataan antisemitik dan menyokong pembunuhan beramai-ramai Yahudi yang merujuk kepada Hitler, dia telah digugurkan oleh labelnya, Warner Music Malaysia.[8][9] Warner Music dalam satu kenyataan mengatakan bahawa beliau digugurkan kerana menggunakan bahasa kasar dalam sokongan beliau terhadap Palestin.[10]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Kaka dilahirkan pada 20 Mei 1989 dan berasal dari Klang, Selangor dan kampung halamannya adalah berada di Gelugor, Pulau Pinang. Beliau juga merupakan anak saudara Ratu Rock negara, Ella.

Pada 14 Disember 2018, Kaka sah bergelar isteri kepada ahli usahawan iaitu Adam Azriff dengan sekali lafaz.[11] Pada 2019, Kaka dan suami telah menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan. [12] [13] Pada 2021, Kaka dikhabarkan sedang mengandung anak kedua. [14]

Pada 22 Februari 2022, Kaka selamat melahirkan anak keduanya iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.[15] Setahun kemudian, beliau mengumumkan bahawa beliau mengandung anak ketiga.[16]

Kaka mengambil alih tugas menjaga empat anak saudara berusia antara 3 hingga 14 tahun apabila kakak beliau, Afida Azraff meningga dunia secara mengejut ekoran disebabkan jangkitan kuman dalam otak.[17]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Catatan
2012 "Bawaku Pergi" (bersama Zizan Razak)
2013 "Infiniti Cinta" (bersama Zizan Razak)
2014 "Terpulanglah" Runut bunyi Lara Terindah
"Perjalanan" (bersama Sleeq)
2015 "Bukan Hal Aku" (menampilkan Sleeq)
2016 "Levitasi" (bersama Fynn Jamal & Zizi Kirana)
"Terima Kasih"
2017 "Ada JalanNya" (bersama Awi Rafael)
"Kembali"
"Experience It" (bersama Caprice & Mimifly)
2018 "Sibuk" (menampilkan Alif)
"Shout It Out" Runut bunyi rasmi Gol & Gincu Vol.2
"Getaway" (bersama Maya Karin)
2019 "Diamonds"
2020 "Gila" (bersama Noki & Loca B) Lagu juara Anugerah Juara Lagu ke-35
2021 "Karma" (bersama Jaz Hayat) Runut bunyi Takdir Yang Tertulis
"Janjiku"
2022 "Hilang"
2024 "Karya" (bersama Daniesh Suffian)[18]
"Dilemma" Runut bunyi rasmi Racun Rihanna
"Kita Pasti Boleh" (bersama Daniel Sher & Saint T.F.C) Runut bunyi rasmi Gold

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Aliff Dalam 7 Dimensi Izreen Filem pertama
Interchange Melur Penampilan khas
2019 Zharfa Zharfa Filem Malaysia-Indonesia
2021 Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Nelly
Antaramasa Malisa
Sa Balik Baju Salina
2024 Saadiah: Bekal Kasih Merdeka Saadiah (muda) Pos-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Dunia Generasi Baru Norelle TV9
Plan Cinta Tak Jadi Sara Astro Ria
2018 Inai Yang Hilang Ika ntv7
2021 Diva Popular Wawa Awesome TV
Lockdown Ria Astro Ria
Diva Popular 2 Wawa Awesome TV

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Kesempatan Kedua Myra TV3
2018 Rama-Rama Asmira / Mira ntv7

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Fear Factor Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria digandingkan bersama Johan As'ari
Sesat berpasangan bersama Cristina Suzanne
2014 #Supper Pengacara TV9
2016 Duo Star Peserta Astro Ria digandingkan bersama Awi Rafael
2020 Immortal Songs Malaysia TV3 Episod 2: Ella
2024 The Hardest Singing Show Astro Ria

Drama radio

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Stesen radio
2018 Dramatik Kool: Sumpahan Stiletto Amy Kool FM

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016
Anugerah Juara Lagu ke-30
Terbuka (bersama Alif)[19] "Bukan Hal Aku" Finalis
2017
Duo Star
Terbuka Dirinya sendiri (bersama Awi Rafael) Naib Juara
Anugerah Digital Era 2017
Temubual Terbaik Tetamu Carta ERA Dirinya sendiri Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2021
Anugerah Juara Lagu ke-35
Terbuka (bersama Noki dan Loca B)
"Gila"
Juara
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon


  1. ^ KENNETH CHAW (22 September 2016). "You may not know singer Kaka Azraff yet but you do know her aunt" (dalam bahasa English). Star2.com. Dicapai pada 14 Mac 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  2. ^ 31 March 2012. Malique, Zizan jawab isu Bawaku Pergi - Hiburan. Kosmo
  3. ^ 22 September 2016. Introducing singer Kaka Azraff. Star2.com (artikal dalam Bahasa Inggeris)
  4. ^ Zulhilmi Jalil (18 Januari 2015). "Kaka mahu pergi lebih jauh". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 18 Januari 2015.
  5. ^ 26 September 2013. Kontroversi 'Bawaku Pergi' Tidak Jejaskan Lagu Baharu Zizan Razak & Kaka - Berita Hiburan. Diarkibkan 2017-08-09 di Wayback Machine mStar
  6. ^ "Cinema Online | Malaysia's Favourite Movie Site". www.cinema.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-23.
  7. ^ "Sumpahan Stileto". Kool FM. 14 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-01. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  8. ^ "Singer Kaka Azraff reiterates pro-Palestine stand, wants explanation of contract termination by Warner Music Malaysia". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-23.
  9. ^ Entertainment, N. S. T. (2023-12-06). "#Showbiz: Warner Music confirms axing Kaka Azraff | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-23.
  10. ^ AZMI, MOHAMMAD SHAHEMY (2023-12-06). "Kontrak Kaka Azraff tamat sebab penggunaan bahasa kasar - Warner Music". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-06-23.
  11. ^ Nur Asyikin Mayudin. Kaka Azraff akhirnya jadi isteri Adam Azriff. mStar.
  12. ^ Kongsi Nama Anak Sulung, Kaka Azraff & Suami Pilih Aslan. gempak.com
  13. ^ Kaka mahu anak lagi. berita harian.
  14. ^ Alami ‘morning sickness’ teruk, Kaka Azraff mohon maaf jika gagal dihubungi - “Tak boleh bau bawang tumis, saya muntah setiap 30 minit”. mstar.com
  15. ^ Tahniah! Kaka Azraff selamat bersalin anak lelaki kedua, sempat dapat tarikh lahir cantik 22.2.22. mstar.com
  16. ^ "Kaka Azraff is pregnant with baby number three". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2023-02-15. Dicapai pada 2024-06-23.
  17. ^ "Kakak meninggal akibat jangkitan kuman dalam otak, Kaka Azraff ambil alih tugas jaga 4 anak saudara - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2024-04-24. Dicapai pada 2024-06-23.
  18. ^ Chua, Dennis (2024-04-19). "#Showbiz: Kaka, Daniesh debut first duet 'Karya' | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-23.
  19. ^ ANGELIN YEOH & KENNETH CHAW (21 Januari 2016). "Which song will reign supreme at Juara Lagu this year?" (dalam bahasa English). Star2.com. Dicapai pada 14 Mac 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]