John Anthony Brooks
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | John Anthony Brooks Jr.[1] | ||
Tarikh lahir | 28 Januari 1993 | ||
Tempat lahir | Berlin, Jerman | ||
Ketinggian | 1.93 m (6 ka 4 in) | ||
Posisi permainan | Pemain Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Hertha BSC | ||
Nombor | 25 | ||
Kerjaya remaja | |||
2010–2011 | Hertha BSC | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2011– | Hertha BSC II | 34 | (2) |
2012– | Hertha BSC | 45 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2010–2011 | Amerika Syarikat B20 | 4 | (0) |
2011– | Amerika Syarikat B23 | 1 | (0) |
2012 | Jerman B20 | 1 | (0) |
2013– | Amerika Syarikat | 6 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Jun 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 Jun 2014 |
John Anthony Brooks Jr. (lahir 28 Januari 1993), dikenali sebagai John Brooks,[2] merupakan pemain bola sepak Jerman-Amerika yang bermain untuk kelab Bundesliga, Hertha BSC sebagai pertahanan dan telah mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Amerika Syarikat di peringkat antarabangsa.
Karier antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Brooks yang memegang kedua-dua kerakyatan Jerman dan Amerika Syarikat, mengambil bahagian dalam beberapa kem untuk pasukan AS B-20, B-23 dan pasukan Jerman B20.[3] Beliau membuat penampilan sulung antarabangsa untuk pasukan AS bawah-20 ketika kekalahan 5–0 ketika menentang Paraguay pada bulan September 2010.[4] Pada bulan Julai 2013, majalah Jerman kicker menyatakan bahawa beliau telah menerima panggilan daripada skuad senior AS untuk perlawanan persahabatan menentang Bosnia dan Herzegovina.[5] Brooks membuat penampilan sulung antarabangsa untuk pasukan senior ketika kemenangan 4-3 ke atas Bosnia.
Brooks dinamakan dalam skuad akhir 23 pemain Amerika Syarikat untuk Piala Dunia FIFA 2014.[6] Ketika perlawanan pembukaan menentang Ghana, beliau masuk menggantikan Matt Besler dan menjaringkan gol kemenangan 2–1, menerusi tandukan selepas sepakan penjuru dari Graham Zusi.[7] Gol Brooks terhasil pada minit ke 86, memberikan AS tiga mata dalam peringkat kumpulan. Brooks merupakan pemain gantian AS yang pertama dalam sejarah untuk menjaringkan gol ketika Piala Dunia FIFA,[8] sebelum Julian Green menjaringkan gol ketika menentang Belgium di peringkat 16 terakhir.
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 16 Jun 2014 | Natal, Brazil | Ghana | 2–1 | 2–1 | Piala Dunia FIFA 2014[7] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. June 11, 2014. m/s. 32. Dicapai pada June 11, 2014.
- ^ "Brooks: 'It Was Not A Hard Decision To Play For The USA'". ussoccer.com. August 14, 2013. Dicapai pada August 14, 2013.
- ^ "Brooks, John Anthony" (dalam bahasa German). bz-berlin.de. Dicapai pada August 23, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "U.S. U-20 MNT Drops Opening Match to Paraguay". ussoccer.com. September 6, 2010. Dicapai pada July 26, 2013.
- ^ "Hertha einigt sich mit Schulz" (dalam bahasa German). kicker.de. July 26, 2013. Dicapai pada July 26, 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Klinsmann Names 30-Player Preliminary Roster for 2014 FIFA World Cup". U.S. Soccer. Dicapai pada June 17, 2014.
- ^ a b Fanning, Evan (June 17, 2014). "USA vs Ghana, World Cup 2014: live". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-17. Dicapai pada June 17, 2014.
- ^ "USA vs. Ghana - Brooks Stunner Hands USA 2-1 Win". U.S. Soccer. June 18, 2014. Dicapai pada June 28, 2014.