Pergi ke kandungan

Jamie Carragher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jamie Carragher
Carragher pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh James Lee Duncan Carragher[1]
Tarikh lahir (1978-01-28) 28 Januari 1978 (umur 46)[2]
Tempat lahir Bootle, Merseyside, England
Ketinggian 6 ft 1 in (1.85 m)[3]
Posisi permainan Pemain pertahanan
Kerjaya remaja
1988–1996 Liverpool
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1996–2013 Liverpool 508 (4)
Pasukan kebangsaan
1996–1997 England B20 4 (1)
1996–2000 England B21 27 (1)
1999–2010 England 38 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

James Lee Duncan Carragher (lahir 28 Januari 1978) merupakan pemain bola sepak Inggeris yang sudah bersara dan pernah bermain sebagai pemain pertahanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dalam kariernya berlangsung selama 17 tahun. Beliau juga adalah bekas naib kapten Liverpool selama 10 tahun, dan merupakan pemain kedua terbanyak membuat penampilan ke-737 buat Liverpool dalam semua pertandingan pada 19 Mei 2013. Carragher juga memegang rekod untuk penampilan terbanyak dalam pertandingan Eropah buat pasukan Liverpool sebanyak 150 penampilan.

Carragher memulakan kariernya di kelab akademi Liverpool dengan membuat penampilan profesional pertamanya pada musim 1996–97. Setelah mula bermain sebagai bek penuh, kedatangan pengurus Rafael Benítez pada tahun 2004 menyaksikan Carragher bergerak untuk menjadi bek tengah dan sekaligus mendapat penampilan terbaiknya dalam posisi tersebut. Penghormatannya dengan Liverpool merangkumi dua gelaran Piala FA Inggeris, tiga gelaran Piala Liga Bola Sepak Inggeris, dua gelaran Piala Perisai Komuniti FA, satu gelaran Liga Juara-Juara UEFA, satu gealaran Liga Europa UEFA, dan dua gelaran Piala Super UEFA.

Di peringkat antarabangsa, Carragher memegang rekod kebangsaan untuk kebanyakan penampilan (Kaps) pada peringkat bawah-21 tahun dan memperoleh penampilan senior pertamanya pada tahun 1999. Beliau mewakili England dalam kejohanan UEFA Euro 2004 dan Piala Dunia FIFA 2006, sebelum mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa pada tahun 2007. Namun, beliau keluar dari persaraan sementara untuk mewakili England dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2010, sebelum bersara sekali lagi dengan melakukan 38 penampilan sebagai pemain senior England.

Setelah bersara pada tahun 2013, Carragher menyertai Sky Sports, di mana beliau muncul sebagai pengulas dan pundit dalam sukan bola sepak, serta menjadi juara menembak greenie Britain.

Statistik

[sunting | sunting sumber]
Persembahan bersama Kelab
Kelab Musim Premiership Piala FA Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol App Gol
Liverpool FC 2006-07 11 1 0 0 0 0 5 0 1 0 15 1
2005-06 36 0 6 0 0 0 13 1 2 0 57 1
2004-05 38 0 0 0 3 0 15 0 0 0 56 0
2003-04 22 0 3 0 0 0 4 0 0 0 29 0
2002-03 35 0 3 0 5 0 11 0 0 0 54 0
2001-02 33 0 2 0 1 0 16 0 1 0 53 0
2000-01 34 0 6 0 6 0 12 0 0 0 58 0
1999-00 36 0 2 0 2 0 0 0 0 0 40 0
1998-99 34 1 2 0 2 0 6 0 0 0 44 1
1997-98 20 0 0 0 2 0 1 0 0 0 23 0
1996-97 2 1 0 0 1 0 0 0 0 0 3 1
Total 300 3 24 0 22 0 83 1 4 0 432 4

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Semua pencapaian dimenangi bersama Liverpool.
Pemenang
Tempat Kedua
  1. ^ Hugman, Barry J. (2005). The PFA Premier & Football League Players' Records 1946–2005. Queen Anne Press. m/s. 109. ISBN 1-85291-665-6.
  2. ^ "Jamie Carragher Profile". Eurosport.com. Dicapai pada 2020-07-01.
  3. ^ "Liverpool F.C. Profile". Liverpool F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-01. Dicapai pada 22 April 2011.