iamNEETA
iamNEETA | |
---|---|
Berasal dari | Kedah, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2011–kini |
Syarikat rakaman | NAR Records |
Pengkarya berkait | Najwa Latif |
Ahli | Anas Zakwan Neeta Manis Patrick Anohada |
iamNEETA merupakan sebuah kugiran rock alternatif yang dibentukkan pada tahun 2011. Mereka merupakan kugiran pertama yang popular di laman YouTube dan berjaya menarik minat NAR Records untuk melamar mereka sebagai artis naungan di bawah syarikat ini. Kugiran yang berasal dari Kedah, Malaysia ini dianggotai oleh Neeta Manis (Vokal), Patrick Anohada (Gitar) dan Anas Zakwan (Bass). Mereka membuat penampilan sulung dalam industri muzik Malaysia dengan mempertaruhkun single berjudul Tuhan Tolong Aku.[1]
Ahli kugiran
[sunting | sunting sumber]Neeta Manishaa Manogaran (Neeta) - Vokalis
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan pada [2]
16 November 1994 di Sungai Petani, Kedah. Neeta merupakan gadis kacukan Cina, India (Bapa) dan Thailand (Ibu) yang membolehkan dia bertutur dalam 5 bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Hokkien dan Thailand).Pada tahun 2019, Neeta telah terpilih sebagai salah seorang peserta program realiti terbitan Astro, Big Stage untuk musim kedua dan berjaya diangkat sebagai naib juara bagi program terebut selain merupakan satu-satunya peserta yang berjaya memenangi plak penghargaan Vivo BBNU of The Week sebanyak 3 kali.[3]
Kini beliau aktif nyanyian solo, pengacara dan lakonan sungguhpun masih menjadi penyanyi kugiran.
Patrick Lofamia Anohada (Patrick) - Gitaris
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan pada 17 Mei di Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik. Kedua ibubapanya berasal dari Filipina membolehkan dia memahami dan bertutur dalam 4 jenis bahasa dari negara tersebut.[4]
Selain menjadi gitaris bagi kugiran iamNEETA, Patrick juga merupakan seorang penulis lirik, komposer dan jurutera bunyi di NAR Records. Kejayaan terbesar Patrick sebagai penulis lirik adalah apabila lagu ciptaannya, Bayang, nyanyian Khai Bahar berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-32.[5]
Patrick meninggalkan NAR Records dan kini menetap di kampung halaman di Penampang dan kini mengusahakan perniagaan kecil-kecilan serta menjadi Youtuber namun masih menerajui iamNEETA, beliau terlibat apabila ada projek bersama.
Anas Zakwan Azhar (Anas) - Bassis
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan pada Kejuruteraan Kimia dan graduan di salah sebuah universiti di Rusia dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.[6]
14 Oktober 1993 , Anas merupakan pelajar lulusan UniKL dalam jurusanDiskografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Durasi | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Tuhan Tolong Aku | 3:53 | |
Terima Kasih | 3:38 | ||
2013 | Kau Pergi Jua | 3:26 | duet bersama Najwa Latif |
2014 | Jatuh Cinta | 4:16 | |
2015 | Marry Me | 3:27 | |
Satu Dunia | 3:51 | ||
2016 | Sakit | 3:27 | Lagu tema Menanti Februari& Sweet Dreams |
2017 | Sepuluh Jari | 3:13 | lagu raya |
Ibu | 3:58 | ||
2019 | iLusi | 3:40 | Lagu tema Sweet Dreams |
2021 | Lampu Hijau | 3:37 | |
2022 | Depresi | 4:25 | Lagu tema Yang Tahu Je Tahu |