Hikayat Seri Rama
Hikayat Seri Rama (Jawi: حكاية سري رام ) ialah salah satu daripada dua versi gubahan dan pendaerahan Melayu untuk versi Ramayana yang ditulis oleh Valmiki dalam bahasa Sanskrit. Versi gubahan yang lain itu ialah Hikayat Maharaja Wana. Hikayat ini yang pada asalnya ditulis dalam tulisan Jawi menunjukkan kelainan ejaan nama kerana penterjemahnya tidak mengenali nama-nama tokohnya secara benar lagi. Tujuan utama Hikayat Seri Rama adalah untuk menampilkan kewajaran, kasih sayang, kesetiaan, dan penumpuan yang tidak mementingkan diri.
Ia berdasarkan kisah Seri Rama, iaitu sebuah kisah mitos dalam kitab suci agama Hindu Ramayana yang terkenal di India. Ia di tukar bahasa dalam semua versi seluruh Asia. Cerita mengenai seorang anak di raja (Dhasaradha Maharaja) kelahiran Dewa Vishnu terpaksa akur dengan perintah ibu bapanya untuk berhijrah di hutan selama 14 tahun bersama adiknya Lakhsmana dan isterinya Sri Sita Devi. Ravana Maharaja yang memerintah negara Langkapuri (kini Sri Lanka) menculik isteri Sri Rama kerana jatuh cinta dengan kecantikan Sri Sita Devi.
Gambaran umm
[sunting | sunting sumber]Hikayat ini dipercayai mula mula muncul hasil penerjemahan dan pengubahsuaian kira-kira pada penghujung kurun Masihi yang ke-XIV, Ini berdasarkan terdapat sebuah naskhah asalnya yang dimiliki oleh Uskup Agung Laud telah tersimpan dari semenjak 1633 M di dalam Perpustakaan Bodleian, Oxford, England. [1][2] Kitab Sirat ul-Mustakim yang telah dikarang pada tahun Hijrah 1044 (T.M. 1634) oleh Shaikh Nuruddin al-Raniri, turut menyebut mengenai Hikayat Seri Rama ini, membuktikan bahawa ia masih terkenal pada masa itu.
Legenda Rama, sebagaimana yang digambarkan oleh Valmiki, tiba di pantai Indonesia pada abad ke-9, dan beransur-ansur tersebar ke seluruh Jawa dan Bali. Bagaimanapun, penglipur-penglipur lara tempatan telah menyetempatkan Ramayana dan menampilkan warisan tamadun mereka dalam versi hikayat mereka. Agama juga mempengaruhi perubahan-perubahan tersebut, disebabkan orang-orang Melayu telah menjadi penganut Islam ketika itu.
Banyak cerita ranting telah dikembangkan sebagai pertambahan atau pelanjutan untuk hikayat Ramayana, termasuk penambahan motif-motif daripada roman kesateriaan Panji Jawa, peningkatan watak-watak yang kurang penting menjadi watak-watak yang utama, atau perekaan watak-watak yang baru. Umpamanya, para penulis dan penglipur lara Melayu telah menghasilkan kelainan-kelainan yang menjadikan Lakhsmana, adik lelaki Rama, merupakan watak yang lebih penting berbandingnya. Walaupun Rama merupakan seorang yang salih dan berakhlak mulia, beliau dirasakan sebagai orang yang lemah dan oleh itu, wataknya sering dipindah ke latar belakang. Keberanian dan kemampuan Lakhsmana untuk bertindak dengan tegas kelihatan merupakan sifat-sifat yang dihargai oleh kaum Melayu.
Hikayat Seri Rama merupakan salah satu wadah cerita yang dipentaskan dalam seni wayang kulit. Dalang-dalang wayang kulit memilih episod-episod yang paling teruja untuk pertayangan-pertayangan mereka, khususnya adegan-adegan yang berkaitan dengan perkahwinan Seri Rama dengan Sita Dewi, penculikan Sita Dewi, pertempuran-pertempuran terakhir di Langkapuri, serta penyelamatan wirawati oleh suaminya.
Barisan watak
[sunting | sunting sumber]Dewa
[sunting | sunting sumber]Manusia
[sunting | sunting sumber]Sekutu Seri Rama
[sunting | sunting sumber]Musuh Seri Rama
[sunting | sunting sumber]- Rawana- raksasa berlengan 20 dan berwajah 20 Raja dari Langkapuri
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]- Sastera Melayu
- Ramayana
- Kakawin Ramayana - Ramayana versi Jawa Kuno
- Reamker (Kemenangan Rama) - Puisi Epik Kamboja yang berdasar pada epik Ramayana
- Ramakien - Ramayana versi Thailand
- Phra Lak Phra Lam - Ramayana versi Laos
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Barangan persembahan termasuk patung wayang hikayat dalam koleksi Muzium Tamadun Asia Singapura
- Budaya Melayu Tradisional – sebuah projek Pusat Asia
- Hikayat Seri Rama, perbandingan versi Melayu, Sanskrit, dan Tamil, by Rajantheran Muniandy, Published in 1995, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia (Kuala Lumpur)
- The Ramayana in Southeast Asia - MALAYSIA. Diarkibkan 2009-05-04 di Wayback Machine
- Pusat untuk Kajian Asia Tenggara: Ramayana di Asia Tenggara Diarkibkan 2008-06-16 di Wayback Machine
- Si Hindu – versi akhbar negara India dalam talian.
- Hikayat[pautan mati kekal] Seri Rama[pautan mati kekal]di MyManuskrip | Manuskrip Melayu[pautan mati kekal]
- Karyanet.[pautan mati kekal]
Senarai Kesusasteraan Melayu |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |