Hemisfera Barat
Hemisfera barat merupakan satu terma geografi untuk bahagian dunia yang berada di sebelah barat iaitu di sebelah kiri / barat garisan Meridian yang memisahkan kawasan hemisfera barat dan hemisfera timur. Garisan ini, merentangi pekan Greenwich,London , England. Pekan Greenwich terletak pada 0 darjah. Hemisfera Barat dikira dari 0' hinggA 180 ' barat.
Garisan 180' dipanggil Garisan Tarikh Antarabangsa , terletak di Lautan Pasifik dan bengkang-bengkok.
Lebih mudah dikatakan, di bahagian hemisfera barat ini hanya terdapat benua Amerika sahaja, ini termasuk di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Juga, ia dikenali sebagai Dunia Baru, terma ini dimulakan apabila Christopher Colombus menemui benua ini. Juga, hemisfera barat ini hanya meliputi sebahagian disebelah barat benua Afrika dan Eropah.
Hemisfera Dunia |
---|
Hemisfera Utara • Hemisfera Selatan • Hemisfera Barat • Hemisfera Timur • Hemisfera darat • Hemisfera air |