Hatta (Junction)
Hatta Junction | |
---|---|
Nama lahir | Kamarul Hatta bin Zaharudin |
Kelahiran | Kajang, Selangor, Malaysia | 17 November 1967
Genre | Rock |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal, Gitar |
Tahun aktif | 1985 - Sekarang |
Syarikat rakaman | PolyGram |
Pengkarya berkait | Junction, Speed Metal Project, Bloodshed |
Kamarul Hatta bin Zaharudin atau lebih dikenali sebagai Hatta Junction merupakan vokalis kumpulan Junction, sebuah kumpulan rock dari Segamat, Johor yang aktif pada penghujung tahun 80-an. Anak kelahiran Kajang, Selangor yang membesar di Temerloh, Pahang ini kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo selepas meninggalkan Junction dan pernah berduet bersama Lyana melalui album solonya yang berjudul Reaksi. Hatta telah mendirikan rumah tangga dengan Aszlender Abdul Aziz (Linda) dan dikurniakan sepasang cahaya mata.[1]
Tempat Asal
[sunting | sunting sumber]Hatta dilahirkan pada 17 November 1967 di Kajang, Selangor tetapi dibesarkan di kampung asal ibu bapa beliau iaitu di Temerloh, Pahang.
Kerjaya Muzik
[sunting | sunting sumber]Setelah menamatkan alam persekolahan pada tahun 1985 di Temerloh, Hatta mengambil keputusan untuk merantau ke luar negeri untuk mencari ilmu dan mengasah bakat dalam bidang muzik memandangkan pada ketika itu, bahang rock masih belum membara di Pahang. Boleh dikatakan ada beberapa tempat yang dilalui dan pernah beliau menetap antaranya Kuala Lumpur, Seremban dan Melaka . Kemudian, Hatta berpindah ke Renggam, sebuah pekan kecil yang terletak di Kluang, Johor sebelum sekali lagi berpindah ke Ayer Hitam, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Batu Pahat yang bersempadan dengan daerah Kluang. Di Ayer Hitam, Hatta telah menyertai Black CT Rockers melalui satu sesi uji bakat. Pada ketika itu, Hatta merupakan gitaris untuk Black CT Rockers dan sering mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan. Pada masa yang sama, beliau turut bekerja sebagai pelayan di restoran milik pengurus Black CT Rockers.
Pada tahun 1987, Hatta bersama Black City Rockers kemudiannya menyertai Juara Rock Johor Tengah, sebuah pertandingan rock yang turut disertai beberapa kumpulan lain seperti Junction, Crossfire, A.S.K dan Prodigy (kumpulan asal Allahyarham Arab). Dalam pertandingan tersebut, Black CT Rockers berjaya mendapat tempat ketiga. Pada ketika inilah, bakat Hatta disedari oleh kumpulan Burnmarks, sebuah kumpulan rock dari Segamat, Johor yang telahpun mencipta nama dalam industri muzik tempatan. Atas saranan Burnmarks, Hatta telah diuji bakat oleh anggota kumpulan Junction yang pada ketika itu sedang mencari vokalis baharu dan dengan serta-merta beliau diambil sebagai vokalis tetap Junction.
Hatta bersama Junction kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengembangkan lagi karier muzik mereka dan kemudiannya diterima sebagai kumpulan residen di Kathy's Lounge menggantikan kumpulan Wings yang mula sibuk merakamkan album. Atas inisiatif pengurus Kathy's Lounge iaitu Mr. Tan, Junction kemudiannya dilamar oleh PolyGram, sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang berpangkalan di Singapura dan pernah menerbitkan album-album kumpulan muzik terkenal seperti Search, Headwind dan Alleycats.
Album
[sunting | sunting sumber]Album Berkumpulan/Solo | Tahun | Tajuk | Jualan |
---|---|---|---|
Album Bersama Junction | |||
1988 | Arah
|
||
1989 | Penentuan
|
||
Album Solo | |||
1989 | Reaksi
|
Lagu-Lagu
[sunting | sunting sumber]Reaksi - 1989
[sunting | sunting sumber]- Reaksi
- Kita Masih Cinta feat Lyana
- Taufan
- Beku Di Lautan Rindu
- Hitam Putih
- Nyanyian Damai
- Sekurun Di Dasaran Cinta
- Tabir Hati
- Rentasi Garis Masa
- Begitulah Aku