Pergi ke kandungan

Gerak Khas The Movie II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gerak Khas The Movie II
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
BerdasarkanGerak Khas oleh
Yusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 23 Mei 2002 (2002-05-23) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.50 Juta
Pecah panggungRM 3.07 Juta

Gerak Khas The Movie II merupakan sebuah filem aksi kepolisan Malaysia 2002 berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie. Filem yang diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, AC Mizal dan Juliana Banos. Filem ini mengisahkan Inspektor Mazlan (AC Mizal) dan Inspektor Aleeza (Abby Abadi) ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 23 Mei 2002.[1]Filem ini menjalankan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur termasuk Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur,Jalan Hang Tuah (lokasi sama drama) manakala adegan laut dan hutan dibuat di Janda Baik,Pahang dan Pulau Pinang serta adegan gudang di Port Klang

Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Sindiket ini mempunyai berpuluh-puluh pengedar di seluruh negara dan dikaitkan dengan satu sindiket dadah antarabangsa.

Dalam masa yang sama TVKL iaitu sebuah stesen TV mencuba untuk membongkarkan aktiviti dadah di Kuala Lumpur. Unit Gerak Khas terpaksa mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan bagi menghapuskan sindiket ini. Disamping itu terdapat beberapa masalah yang melanda Unit Gerak Khas sendiri.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2003 Festival Filem Malaysia ke-16 Suntingan Terbaik Salehan Shamsuddin Menang
Anugerah Khas Juri - Filem yang bertemakan membendung jenayah Gerak Khas The Movie II Menang
Anugerah Skrin 2003 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Faizal Hussein Menang
  • Gerak Khas - AC Mizal ft Abby Abadi
  • Titip Rindu - Abby Abadi
  • Jangan Lafazkan ,The Way Big Jam - KRU

Kesinambungan

[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan ketiga dan terakhir dalam trilogi Gerak Khas, GK3 The Movie ditayangkan pada 9 Februari 2005, dengan penambahan pelakon baru termasuk penyanyi Misha Omar.[2]

  1. ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 May 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.
  2. ^ Muzlina Abu Bakar (28 March 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]