Formula empirik
Penampilan
Formula empirik ialah nisbah paling ringkas bagi setiap atom dalam suatu sebatian kimia[1]. Formula empirik bagi sesuatu sebatian biasanya diperoleh melalui uji kaji. Peratus komposisi setiap unsur boleh diperoleh berdasarkan berat sesuatu unsur.
Bilangan sebenar sesuatu unsur di dalam sesuatu molekul ialah bilangan mol unsur itu di dalam satu molar sebatian. Bilangan mol ini ditukarkan kepada nisbah angka penuh termudah, iaitu formula empirik. Formula empirik ditulis dengan bilangan setiap unsur sebagai subskrip.
Contoh
[sunting | sunting sumber]- Glukosa (C6H12O6), Ribosa (C5H10O5), Asid asetik (C2H4O2), dan Formalin (CH2O) kesemuanya mempunyai formula molekul yang berlainan namun mempunyai formula empirik yang serupa iaitu CH2O. Ianya merupakan formula molekul bagi formalin, tetapi bagi asid asetik jumlah atom adalah sebanyak dua kali ganda, lima kali ganda untuk ribosa, dan enam kali ganda bagi glukosa.
- Sebatian kimia n-heksana mempunyai struktur formula CH3CH2CH2CH2CH2CH3, yang menunjukkan bahawa ia mempunyai 6 atom karbon yang tersusun dalam sebuah rantaian, dan 14 atom hidrogen . Formula molekul bagi heksana ialah C6H14 manakala, formula empiriknya pula ialah C3H7, yang memberikan nisbah C:H sebanyak 3:7.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "Empirical formula". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.