Pergi ke kandungan

Dinasti Liao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liao
915–1125
Kedudukan Liao (warna ungu)
Kedudukan Liao (warna ungu)
Ibu negaraShangjing
(918-1120)
Agama
Tengrisme, Buddhisme, Taoisme, Konfucianisme, agama rakyat China
KerajaanMonarki dipilih kemudian monarki
Khan kemudian Maharaja 
• 916-926
Maharaja Taizu
• 1101-1125
Maharaja Tianzuo
Badan perundanganKurultai kemudian dihapuskan apabila mereka mengambil gelaran maharaja
Sejarah 
• Abaoji dipilih menjadi ketua puak
907
• Diwujudkan
916 915
• Maharaja Tianzuodi ditawan
1125 1125
Keluasan
947 (anggr)2,600,000 km2 (1,000,000 bt2)
Populasi
• puncak
9,000,000
Mata wangMatawang China, syiling China, syiling tembaga dsb.
Didahului oleh
Diganti oleh
Orang Khitan
Balhae
Empayar Uyghur
Dinasti Jin, 1115–1234
Kekhanan Kara-Khitan
Khamag Mongol
1. Dinasti-dinasti Khitan lain termasuk Liao Utara dan Liao Barat.
2. Dinasti Liao memiliki nama "Khitan" berbeza yang mana digunakan pada tahun 916-947, 983-1066.

Dinasti Liao (Cina ringkas: 辽朝Cina tradisional: 遼朝pinyin: Liáo Cháo, bahasa Khitan: Mos Jælut)[1][2], 907-1125, juga dikenali sebagai Empayar Khitan (契丹國 pinyin: Qìdān Guó, Khitan: Mos diau-d kitai hulʤi gur)[3], adalah sebuah empayar di Asia Timur yang merangkumi kawasan di Manchuria, Mongolia dan sebahagian utara China moden. Ia diasaskan oleh puak Yelü (耶律 Yēlǜ, Khitan: Jalut, Jælut) daripada orang Khitan pada tahun sama kejatuhan dinasti Tang yang runtuh pada tahun 907, walau bagaimanapun pemerintah pertamanya, Yelü Abaoji, tidak mengistiharkan nama era beliau sehinggalah tahun 916.

Meskipun pada awalnya dikenali sebagai Empayar Khitan, Maharaja Yelü Ruan secara rasminya menggunakan nama "Liao" (dahulunya "Liao Besar") pada tahun 947 (938?). Nama "Liao" kemudian digugurkan pada tahun 983, tetapi digunakan kembali pada tahun 1066. Nama Inggeris lain bagi China, iaitu Cathay, diterbitkan daripada nama Khitan. Ia juga asal perkataan Rusia untuk China, Китай atau Kitay, dan dalam beberapa bahasa Eropah Timur lain.

Empayar Liao telah dihancurkan oleh puak Jurchen dari Dinasti Jin pada tahun 1125. Bagaimanapun, sisa penduduknya diketuai oleh Yelü Dashi mengasaskan Dinasti Liao Xi (barat) 1125-1220, juga dikenali sebagai Kekhanan Kara-Khitan, yang mana wujud sehingga ketibaan Genghis Khan dan tentera Mongol beliau.

Templat:History of Mongolia

Sejarah China
Sejarah China
Sejarah China
PURBA
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja
Dinasti Xia 2100–1600 BCE
Dinasti Shang 1600–1046 BCE
Dinasti Zhou 1045–256 BCE
 Zhou Barat
 Zhou Timur
   Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
   Zaman Negara Berperang
Maharaja
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE
Dinasti Han 206 BCE–220 CE
  Han Barat
  Dinasti Xin
  Han Timur
Tiga Kerajaan 220–280
  Wei, Shu & Wu
Dinasti Jin 265–420
  Jin Barat 16 Kerajaan
304–439
  Jin Timur
Dinasti-dinasti Utara & Selatan
420–589
Dinasti Sui 581–618
Dinasti Tang 618–907
  ( Zhou Kedua 690–705 )
5 Dinasti &
10 Kerajaan

907–960
Dinasti Liao
907–1125
Dinasti Song
960–1279
  Song Utara Xia Barat
  Song Selatan Jin
Dinasti Yuan 1271–1368
Dinasti Ming 1368–1644
Dinasti Qing 1644–1911
MODEN
Republik China 1912–1949
Republik Rakyat China
1949–kini
Republik
China

(Taiwan)
1945–kini

Sejarah sebelum empayar

[sunting | sunting sumber]
Topeng kematian Liao, kurun ke-10.

Oleh kerana tidak banyak rekod-rekod Khitan terselamat, sejarah awal mereka banyak berdasarkan kepada rekod-rekod China, yang mana agak kurang sebelum kurun ke-17, walau bagaimanapun kewujudan mereka disebut sejak kurun ke-4.

Orang Khitan tinggal di cerun timur kawasan pergunungan Khingan Besar, di antara bahagian timur Mongolia Dalam (kini). Kawasan ini ideal untuk perternakan lembu dan kuda, yang mana merupakan sumber kekayaan asas bagi orang Khitan. Budaya mereka berkembang perlahan-lahan selama beberapa kurun, dipengaruhi oleh konflik dan interaksi budaya dengan jiran-jiran mereka, penduduk nomad dan tetap. Menjadi satu kebiasaan juga bagi orang Khitan berkahwin campur dengan orang dari puak-puak padang rumput yang tinggal bersebelahan.

Semasa pemerintahan dinasti Tang di China, diketahui bahawa Khitan patuh kepada Uyghur yang membina ibukota mereka di Penara Mongolia sebelum berpindah kea rah barat pada tahun 840-an. Perkembangan awal adalah ke arah barat di dataran Mongolia, mengisi kekosongan kuasa ekoran perpindahan Uyghur. Puak-puak lain yang mendiami kawasan padang rumput ini adalah Shiwei, Xi dan Tartar. Baki orang Uyghur melarikan diri ke barat untuk mengelakkan pertembungan dengan kemaraan Khitan.

Setelah beberapa lama, Khitan membuat beberapa pemerhatian penting. Mereka menyedari bagaimana Uyghur memaksa Dinasti Tang membayar ufti. Mereka juga melihat kesan menggerunkan kavalri padang rumput yang digunakan oleh Shatuo Turki, Kyrgyz dan Uyghur bagi menentang pasukan tentera China[perlu rujukan]. Para pemimpin Khitan juga sedar bahawa untuk berdiri di atas kaki mereka sendiri bermakna mereka harus bersaing dengan China [perlu rujukan], satu keadaan di mana Khitan mungkin tidak memiliki harapan untuk berjaya. Mereka tahu bahawa mereka mesti memiliki akses kepada sumber-sumber China tanpa kehilangan budaya dan/ atau identiti yang mana adalah komponen penting bagi budaya padang rumput mereka.

Kebangkitan Abaoji

[sunting | sunting sumber]
Pinggan Sancai, dinasti Liao, kurun ke-10-12.
Dinasti Liao atau Empayar Khitan, sekitar 1000

Bermula tahun 750-an, satu puak yang menggunakan nama keluarga Yaolian yang memiliki gelaran khan, memegang monopoli kuasa selama lebih daripada 150 tahun. Mereka mempunyai hubungan penuh dengan istana dinasti Tang. Bahkan, khan Yaolian pertama memiliki nama keluarga maharaja, Li yang dikurniakan kepada beliau, meskipun tiada sesiapa yang mempedulikannya. Khan Yaolian kemudian memutuskan persekutuan dengan dinasti Tang dan menyertai gabungan penentang. Semasa tempoh ini, hanya puak Yaolian menggunakan nama keluarga dari kalangan Khitan.

Rekod-rekod China menyebut terdapat lapan buah suku Khitan. Suku yang paling berkuasa adalah puak Yila. Abaoji telah dilahirkan daripada puak ini pada tahun 872. Puak Yila tidak menggunakan nama keluarga China pada masa ini, meskipun mereka mempunyai hubungan erat dengan China, memfokuskan pergelutan mereka dengan jiedushi (gabenor tentera) di timur laut dari Dinasti Tang.

Abaoji telah dipilih menjadi ketua puak Yila pada tahun 901. Dua tahun kemudian, beliau dinamakan sebagai “yuyue”, komander bagi keseluruhan tentera Khitan. Puak Yila memiliki hubungan erat dengan Shatuo Turk. Li Keyong was a partially-sinified Shatuo Turk seorang jiedushi dari utara Shanxi. Pada tahun 905, Abaoji memimpin 70,000 tentera kavalri ke Datong dan membuat persaudaraan darah dengan Li Keyong, sebuah hubungan yang membentuk kawasan ini buat beberapa lama setelah kematian mereka.

Khitan kemudian memilih Khan Besar mereka, atau khaghan, pada satu majlis. Seorang Yaolia telah dipilih di setiap majlis ini sejak tahun 750-an. Bagaimanapun, kejayaan Abaoji menyebabkan peningkatan status beliau di kalangan Khitan. Melihat beliau seorang yang layak, Yaolian bersetuju untuk melantik beliau sebagai Khan Besar bagi Khitan pada tahun 907.

Sistem pentadbiran Liao

[sunting | sunting sumber]
Ukiran kayu polikrom Guan Yin dari Dinasti Liao; wilayah Shanxi, China, (A.D. 907-1125)
Perabut Liao yang digali daripada istana bawah tanah di daerah Fangshan di Beijing

Abaoji telah memperkenalkan sebuah sistem revolusi bagi mentadbir penduduk nomad dan tinggal tetap secara serentak. Konsep beliau adalah dengan membahagikan empayar kepada dua bahagian yang dipanggil Cancelori. Cancelori Utara (北院) terdiri daripada orang nomad padang rumput, termasuk Khitan dan menakluk puak-puak padang rumput. Berlawanan dengan Cancelori Selatan, termasuk wilayah-wilayah yang digabungkan ke dalam kawasan Khitan yang mana didiami oleh Cina dan orang Balhae.

Cancelori Utara diuruskan mengikut model tentera padang rumput. Abaoji dikenali sebagai Khan Besar dari Cancelori Utara. Keseluruhan penduduk padang rumpur sering diatur gerak, sedia untuk aksi ketenteraan sekiranya perlu. Bahasa Khitan, yang mana tulisannya telah dicipta pada tahun 920 dan 925, merupakan bahasa rasmi di Cancelori Utara. Keluarga Xiao, keluarga permaisuri kepada keluarga maharaja baru akan mentadbir bahagian Utara.

Cancelori Selatan (南院) ditadbir menggunakan model awam. Di sini Abaoji bertindak sebagai seorang maharaja menyerupai model kepimpinan China. Majoriti besar kerja pentadbiran dilakukan oleh penduduk bermastautin di bawah kepimpinan keluarga Abaoji, yang mana pada satu ketika menggunakan nama keluarga Yelü. Cina adalah bahasa pentadbiran rasmi wilayah ini. Bahkan Cancelori Selatan menerima pakai praktik dinasti Tang dalam mengadakan peperiksaan perkhidmatan awam kepada kakitangan dalam pelbagai birokrasi kerajaan yang perlu bagi mentadbir sebuah penduduk bermastautin yang besar. Bagaimanapun, disebabkan rasa sangsi ke atas sistem China secara terang-terangan, pada awalnya sejumlah kecil pemegang ijazah jinshi telah diambil untuk memegang jawatan-jawatan kerajaan. Kesetiaan, satu kebiasaan di padang rumput, masih menjadi alat pelantikan yang penting, bahkan di Cancelori Selatan.

Zaman-zaman pra-Mongol Mongolia
Zaman Xiongnu
Zaman Xianbei
Zaman Nirun
Zaman Turkic
Zaman Uyghur
Zaman Khitan
Lihat juga: Khamag Mongol

Meskipun bijak dalam inovasi pentadbiran, ia hampir pasti tidak memenuhi kelulusan universal daripada para elit Khitan. Mereka percaya, dengan beberapa justifikasi, bahawa pembangunan dengan sistem gaya maharaja China akan membahayakan kepentingan mereka di dalam masyarakat Khitan secara serius. Oleh itu, kebanyakan para elit termasuk dari kalangan keluarga Abaoji sendiri, memberontak menentang pemerintahan beliau. Perkara ini berlanjutan selama sembilan tahun.

Pada 916, Abaoji mula cuba untuk mendirikan sebuah inovasi lain, meminjam rasa ingin tahu primogeniture dari China. Beliau menamakan anak lelaki terbongsu beliau, Putera Bei, bakal pewaris raja, satu sejarah dalam puak Khitan. Bagaimanapun, meskipun mendapat sokongan Abaoji untuk sistem ini, ia tidak pernah dilakukan sehingga akhir kurun ke-10.

Pada 918, keraajaan mendiami sebuah kota bertembok yang baru siap dibina dan akan menjadi ibukota baru Liao. Dikenali sebagai Shangjing 上京 (Ibukota Tertinggi), ia bukan sahaja digunakan sebagai pusat pentadbiran bagi empayar baru, tetapi juga sebagai sebuah daerah komersil dan dikenali dengan kota China 漢城 (Hancheng – jangan dikelirukan dengan bekas nama China untuk Seoul yang mana adalah sama). Kota ini dibina di atas tapak suci orang Khitan di kepala air di Sungai Shira Muren.

Lebih dari 30 buah kota bertembok telah dibina, termasuk empat buah ibu kota tambahan yang bertindak sebagai ibu negeri bagi empat kawasan di dalam empayar. Ibukota Timur telah dibina berdekatan dengan Liaoyang (kini). Setelah Enam Belas Kerajaan digabungkan ke dalam empayar, sebuah Ibukota Barat telah dibina berdekatan dengan Datong sementara Ibukota Selatantelah dibina di atas tapak Beijing (kini). Terdapat juga sebuah Ibukota Tengah. Kota-kota ini bukan sahaja menjadi ibukota bagi kawasan masing-masing, ia juga bertindak sebagai pusat perdagangan, dan memberi kekayaan yang banyak kepada dinasti Liao.

Isu-isu pewarisan

[sunting | sunting sumber]
Liao funerary mask, 10-12th century CE.

Abaoji telah menamakan anak lelaki bongsu beliau, Putera Bei, sebagai bakal raja pada tahun 918. Bagaimanapun, janda beliau, Maharani Dowager Yingtian, adalah seorang yang lebih tradisional berbanding suami beliau. Oleh itu, beliau tidak dapat menerimanya. Beliau percaya anak lelaki kedua beliau, Deguang, lebih layak menjadi maharaja Khitan kerana memiliki cirri-ciri tradisional yang lebih sesuai bagi kepimpinan padang rumput. Beliau mengistiharkan pewaris bagi Abaoji sementara Putera Bei mengekalkan gelaran. Putera Bei kemudian pergi ke China, di mana beliau telah dibunuh pada tahun 936.

Isu pewarisan tidak selesai meskipun selepas kematian Deguang pada tahun 947. Maharani Dowager Yingtian, mengutamakan anak lelaki ketiga beliau, dengan segera melucutkan cucu lelaki beliau, yang mana berada pada kedudukan bagi menjadi maharaja Liao ketiga. Bagaimanapun, Putera Lihu dilihat oleh kebanyakkan orang sebagai tidak sesuai untuk menjadi pemimpin bagi Khitan. Perang saudara muncul, tetapi tidak jadi kerana istana gagal member sokongan kepada Yingtian pada kali ini. Cucu lelakibeliau menjadi maharaja dengan gelaran Shizong.

Pewarisan tidak kembali kepada keturunan Putera Bei, sepertimana diharap oleh Abaoji pada tahun 918, sehingga 969 dengan kematian Muzong dan pentabalan Yelu Longxu sebagai Maharaja Jingzong. Pewarisan kekal dalam keturunan ini sehingga kejatuhan Dinasti Liao pada tahun 1125. Meskipun dengan kestabilan kekeliruan ini, masih terdapat pelbagai cabaran pewarisan lain sehingga berakhirnya dinasti.

Status wanita

[sunting | sunting sumber]
The Pagoda Kuil Tianning (Beijing), dibina pada tahun 1119 atau 1120.

Wanita di dalam masyarakat di padang rumput secara tipikalnya mempunyai hak dan tanggungjawab yang lebih besar berbanding dengan penduduk di selatan. Wanita kelas atas bebas untuk berkahwin semula selepas kemtian suami mereka. Maharani dianggap sebagai pemerintah bersama dengan suami mereka. Mereka juga terlibat di dalam aspek keagamaan dan kehidupan bermasyrakat. Bagaimanapun, dengan peningkatan hak-hak ini juga bermakna hadirnya tanggungjawab. Wanita membuat banyak kerja-kerja berat bagi kehidupan seharian kerana para lelaki sering keluar berburu atau berperang. Mereka cekap melakukan banyak kerja-kerja buruh dan kasar berbanding rakan seperjuangan mereka di bahagian selatan.

Kebiasaan tradisi bagi seseorang lelaki yang kematian isteri dengan mengahwini adik perempuan beliau tamat dengan dekri maharaja pada tahun 940, meskipun ia tidak pernah dikuatkuasa.

Celik huruf

[sunting | sunting sumber]

Asalnya, Khitan adalah sebuah masyarakat yang buta huruf. Pada tahun 920, Abaoji telah mengarahkan penciptaan tulisan yang dikenali sebagai tulisan besar Khitan. Biarpun kelihatan menerapkan unsur-unsur tulisan Cina, namun tulisan Khitan tiada kefahaman menyaling dengan tulisan Cina, dan sampai hari ini masih belum dapat ditafsirkan oleh para ahli linguistik.

Pada tahun 925, ketibaan utusan Uyghur ke Liao menyeru agar tulisan baru dicipta berasaskan prinsip abjad tulisan Uyghur. Tulisan kecil Khitan ini lebih mudah digunakan daripada tulisan besar yang digunakan sebelum ini. Tulisan kecil Khitan masih dalam usaha pentafsiran oleh pakar-pakar linguistik.

Tulisan Cina digunakan dalam pentadbiran Canseleri Selatan, tetapi terhad kepada golongan elit Khitan. Abaoji dan maharaja Liao yang berikutnya tidak membenarkan penggunaan tulisan Cina secara meluas kerana khuatir ini akan banyak menjejaskan budayanya, di samping juga menguatkan tentangan Cina terhadap hegemoni Liao-Khitan sementara masih bermusuh dengan Dinasti Song Utara.

Keagamaan

[sunting | sunting sumber]

Buddhisme

[sunting | sunting sumber]
Pagoda Kuil Fogong, dibina pada tahun 1056 semasa pemerintahan Maharaja Daozong dari Liao.

Meskipun maharaja pengasas Abaoji mengarahkan pembinaan kuil-kuil Buddha, Konfucian dan Taoist, maharaja-maharaja selepas beliau memeluk agama Buddha. Peningkatan ketaatan kepada Buddhisme boleh dijejak sehingga ke pemerintahan Maharaja Shengzong. Pada tahun 1078, pegawai kerajaan tempatan melaporkan terdapat 360,000 sami dan biarawati, mewakili sekitar 10 peratus dari keseluruhan penduduk. Walaupun terdapat kemungkinan angka ini diperbesarkan, jelasnya agama Buddha bersepadu di dalam kehidupan Liao.

Ada yang menggunakan pemelukan agama Buddha sebagai bukti tambahan untuk mendukung pencinaan, walau bagaimanapun, Khitan seolah-olah memandang agama Buddha sebagai satu agama bukan Cina setelah mereka menyedari bahawa Uyghur juga mmeluk agama ini.

Liao lebih komited terhadap pengajian Buddha berbanding jiran Song mereka. Sebuah edisi lengkap Tripitaka bertarikh kira-kira pada tahun 1075 dengan cetakan bermutu jauh melebihi yang terdapat pada Song sezamannya. Ia telah digunakan oleh orang Korea untuk menghasilkan versi Tripitaka mereka sendiri menjelang tahun 1082.

Agama tradisi

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan Khitan masih lagi memeluk agama animise di mana menyembah matahari. Oleh itu, maharaja mengadap timur, di mana matahari terbit, bukannya ke selatan sepertimana yang dilakukan oleh maharaja China. Di sebabkan Khitan memberi keutamaan ritual kearah kiri, arah utara diberikan keutamaan kepada Cancelori Selatan.

Hubungan luar

[sunting | sunting sumber]

Dinasti-dinasti China

[sunting | sunting sumber]
Glazed stoneware sculpture of a Buddhist luohan, Dinasti Liao.

Sejak dari kebangkitan Abaoji sehingga kejatuhan Dinasti Liao pada tahun 1125, sejumlah enam dinasti telah memerintah utara China. Pertamanya adalah Lima Dinasti, yang mana memerintah utara China berturut-turut bermula pada tahun 907 sehingga 960. Kemudian, Dinasti Song, yang mana mengantikan Dinasti Zhou Akhir pada tahun 960, dan yang mana dalam masa dua dekad, telah berjaya menggabungkan kerajaan-kerajaan di selatan ke dalam kerajaannya, menyatukan hampir keseluruhan tanah-tanah tradisional China.

Tang Akhir

[sunting | sunting sumber]

Dinasti Tang Akhir telah diasakan oleh Shatuo Turks pada tahun 923 selepas pengasasnya, Li Cunxu, anak lelaki kepada saudara darah Abaoji, Li Keyong, menjatuhkan Dinasti Liang Akhir. Walaubagimanapun, hubungan antara kedua-dua semakin buruk, sebahagian besarnya disebabkan oleh serangan Khitan ke atas Hebei, mengambil harta rampasan dan tawanan.

Li Cunxu meninggal dunia pada tahun 926. Meskipun, ada umumnya menghadapi kemerosotan dalam hubungan, Dinasti Tang Akhir telah menghantar utusan bernama Yao Kun ke Dinasti Liao. Walau bagaimanapun, sewaktubeliau tiba, Abaoji sedang di dalam kempen, bagi melengkapkan penaklukan kerajaan Balhae (dikenali di dalam sejarah China sebagai Bohai). Selera Abaoji terhadap perluasan empayar tidak dapat dipuaskan dengan penaklukan Balhae, kerana beliau kemudian menghantar tuntutan berhenti Enam Belas Kerajaan Pengawasan, yang mana sempadan wilayah kepada dua buah empayar. Bagaimanapun, Abaoji meninggal dunia pada 6 September, dan menyebabkan perhatian terhadap Enam Belas Kerajaan Pengawasan ini beralih seketika.

Jin Akhir

[sunting | sunting sumber]

Dinasti Tang Akhir mula lemah pada tahun 930-an. Apabila Shi Jingtang memberontak, Liao menghantar satu pasukan besar tentera di Shanxi bagi membantu. Sebagai ganjaran bagi bantuan ini, Dinasti Jin Akhir baru ini telah melepaskan Enam Belas Kerajaan Pengawasan kepada Liao.

Bangsa Cina Han dan Turk Shatuo yang tinggal dalam wilayah Jin Akhir jengkel akan kedudukan bawahan mereka dalam hubungan dengan Liao. Ini menyebabkan istana Jin Akhir berazam untuk bebas dari Liao. Kesannya, Khitan melancarkan serangan sejauh ke Kaifeng, di mana mereka merampas arkib peta, jam air, alat muzik, dan salinan Klasik, serta menculik para tukang dan ilmuwan. Kemudian, mereka hendak bergerak jauh ke kawasan yang kini merupakan wilayah Hebei dan Shanxi. Namun, oleh sebab berdepan dengan kesukaran mentadbir kependudukan tetap yang besar, maharaja Liao ingin melepaskan jawatan selaku maharaja China lalu membuat keputusan untuk kembali ke Ibu Kota Selatan. Sekembalinya pada tahun 947, baginda mangkat.

Peristiwa ini membawa kepada kejatuhan Dinasti Jin Akhir, dan untuk mengisi kekosongan yang disebabkan oleh kemangkatan maharaja Liao, maka tertubuhnya Dinasti Han Akhir yang berhayat singkat.

Zhou Akhir

[sunting | sunting sumber]

Dinasti Zhou Akhir menyerang kedudukan Liao pada tahun 958 dalam satu cubaan untuk mendapatkan semula Enam Belas Kerajaan. Selepas berjaya mengambil alih dua kerajaan di Hebei, Maharaja Muzong menyertai pertempuran, memimpin satu pasukan kavalri Khitan ke ibu kota selatan pada tahun berikutnya. Konfrontasi ketenteraan dapat dihindarkan dengan kematian maharaja Zhou Akhir.

Dinasti Song

[sunting | sunting sumber]
Satu marmar Amitabha Buddha dari dinasti Liao berasal daripada Hebei, di dalam gaya Qi Utara

Pada tahun 960, dinasti Song mengantikan dinasti Zhou Akhir, yang terkahir dari Lima Dinasti. Awalnya, istana dinasti Song menumpukan usaha untuk menyatukan semula alam China dengan menggabungkan kerajaan beraja selatan yang masih tinggal sejak zaman Sepuluh Kerajaan. Bagaimanapun, pada tahun 978 apabila Wuyue dibawa masuk dalam kekuasaannya, Maharaja Taizong mula memfokuskan ke arah utara.

Dua isu utama mengakibatkan hubungan Liao dan Song menjadi keruh. Pertama adalah pendudukan berterusan Liao di Enam Belas Buah Prefektur. Kedua adalah sokongan Liao kepada kerajaan beraja Han Utara, sisa dinasti Han Akhir yang dijatuhkan pada tahun 950.

Maharaja Taizong telah mengetuai penaklukan ke atas Han Utara pada tahun 979. Kemudian, beliau mengetuai sebuah serangan ke atas Enam Belas Prefektur. Keputusan telah memihak dengan kemenangan Liao, memaksa maharaja Song untuk berundur dengan malu.

Maharaja Taizong cuba mengambil kelebihan atas maharaja Liao yang berumur 15 tahun dengan melancarkan satu serangan tiga arah pada tahun 986. Di mana Song secara muktamadnya telah dikalahkan di semua tida perbatasan. Istana Song kemudian menyambung semula hubungan diplomatik dengan Liao.

Pada tahun 1004, Liao telah menyerang dinasti Song, dan berhenti di utara Shanyuan, sekitar 100 batu (160 km) di utara ibu negara Song, Kaifeng. Maharaja Song, Zhenzong menemui mereka dengan satu pasukan tentera. Perjanjian Shanyuan telah dimaterai pada Januari, 1005. Dinasti Song dikehendaki membayar ufti tahunan kepada Liao. Perjanjian ini juga menggariskan bahawa dua buah keluarga diraja menggunakan istilah-istilah keluarga. Bayaran ufti kemudian dinaikkan dan merangkumi Xi Xia apabila Liao dan Tangut mengancam serangan lanjut pada tahun 1042.

Apabila Khitan menakluk kerajaan beraja Balhae, sempadan dengan Korea berubah ke Sungai Yalu. Korea sendiri pada waktu itu sedang mengalami transformasi penting. Goryeo yang diasaskan pada tahun 918, dan akhirnya menyatukan seluruh Semenanjung Korea. Kerajaan beraja Silla yang mana telah memerintah seluruh semenanjung sejak kurun ke-7, telah jatuh pada tahun 935.

Pada tahun 993, Khitan telah menyerang sempadan barat laut Goryeo dengan tentera seramai 800,000 orang. Khitan berundur dan telah melepaskan wilayah di sebelah timur Sungai Yalu apabila Goryeo bersetuju untuk menamatkan persekutuan mereka dengan dinasti Song China. Bagaimanapun, Goryeo terus berhubungan dengan Song, mengukuhkan kedudukan mereka dengan membina kubu-kubu di wilayah utara yang baharu diperolehi.

Pada 1010, Maharaja Shengzong dari Liao telah mengetuai satu pasukan serangan seramai 400,000 orang. Beliau dengan mudah berjaya mengalahkan pasukan tentera yang diketuai oleh Jeneral Gang Jo, yang mana kemudian dihukum mati oleh Khitan. Gang Gam-chan mendesak Raja Hyeonjong untuk melarikan diri dari istana, dan tidak menyerah kalah kepada tentera Liao. Raja Hyeonjong menuruti nasihat Gang Gam-chan, dan berjaya melepaskan diri dari ibu kota yang terbakar. Satu pasukan insurgensi Korea mula mengganggu tentera Khitan. Akhirnya, Shengzong memerintahkan pengunduran seluruh pasukan tentera Khitan; Khitan kalah dalam peperangan, dan tidak mendapat sebarang manfaat. Oleh itu, satu bayangan peperangan berdarah antara dua buah negara akan berlaku, di mana kedua-dua pihak kekal bermusuhan. Selepas perang, Gang dinaikkan pangkat sebagai Menteri Pentadbiran Kerajaan.

Pada 1018, Jeneral Xiao Baiya dari Liao telah menyerang Goryeo bersama 100,000 tentera. Pada waktu ini, ramai para pegawai mendesak raja untuk merundingkan satu perjanjian damai, di sebabkan kemusnahan sejak Perang Khitan-Koryo Kedua sangat besar dan Goryeo tidak mampu pulih darinya. Bagaimanapun, Gang sekali lagi mendesak raja untuk menentang Khitan, oleh kerana saiz tentera Khitan lebih kecil berbanding serangan sebelumnya. Gang secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi timbalan panglima tentera Goryeo, pada umur 71 tahun. Beliau mengetuai kira-kira 200,000 tentera ke arah sempadan Goryeo-Liao. Pertempuran pertama dalam perang ini adalah Pertempuran Heunghwajin, yang mana dimenangi oleh Jeneral Gang dengan menghalang satu jeram sungai dan kemudian memusnahkan empangan apabila tentera Khitan sedang menyeberanginya. Ramai tentera Khitan mati lemas, tetapi Jeneral Xiao tidak berputus asa untuk menawan ibu kota, Gaeseong, dan terus mara ke arah selatan. Kemudian, Xiao sedar bahawa misi ini adalah mustahil untuk dicapai dan memutuskan untuk berundur. Pada tahun 1019, Jeneral Gang tahu bahawa tentera Khitan akan berundur daripada perang, dan menunggu mereka di kubu Kwiju, apabila beliau berdepan dengan tentera Khitan yang sedang berundur. (Pertempuran Kwiju). Lemah semangat dan kebuluran, Khitan kalah dalam pertempuran ini. Berikutan dengan kemenangan beliau dalam Perang Goryeo-Khitan Ketiga, keamanan berjaya dicapai.

Hubungan lain

[sunting | sunting sumber]

Bermula sejak kewujudan empayar sehingga kemerosotannya, dinasti Liao telah diakui oleh Korea. Orang Rusia dalam pertembungan pertama mereka dengan orang Khitan dari Liao, percaya mereka telah mewujudkan perhubungan pertama dengan empayar China, yang mana dari segi budaya dan fizikal menyerupai orang Cina, dan oleh itu nama negara China di Rusia dikenali sebagai Китай (disebut kitai). Khitan juga berhubungan dengan empayar Abassiyyah, dan istana Baghdad pernah meminta seorang puteri Khitan untuk dikahwini. Hubungan-hubungan ini diwujudkan oleh Khitan merentasi padang rumput sebelum perluasan Mongol. Aktiviti perdagangan membolehkan nama Khitan dikenali melampaui Pamir dan Eropah.

Kemerosotan

[sunting | sunting sumber]

Menjelang pertengahan kurun ke-11, Khitan hilang moral mereka dan mula mengambil pendekatan mempertahankan diri terhadap jiran-jirannya. Ini disebabkan pengaruh Buddhisme dan hilangnya cara hidup nomad dalam kebanyakan orang Khitan. Sekitar kurun ke-12, kemerosotan empayar bergerak pantas ekorang masalah pewarisan, malapetaka semulajadi dan perkembangan positif Jurchen di timur laut. Lebih tekanan diletakkan kepada Khitan apabila Jurchen dan Song membuat persekutuan menentangnya dan pada tahun 1124-1125, Empayar Khitan runtuh.

Penghijrahan

[sunting | sunting sumber]

Selepas kejatuhan empayar, satu kumpulan bangsawan Khitan diketuai oleh Yelü Dashi berhijrah ke Uyghur di Xinjiang, dan dengan pertolongan mereka berjaya mengasaskan Keberajaan Karakhitan. Ia adalah sebuah keberajaan Turko-Mongol yang sangat sinicized. Keberajaan ini membenarkan perkembangan agama Buddhisme dan Kristian Nestor. Ibukotanya terletak di Balasaghun, di selatan Tasik Balkhash dan mengunjur sehingga ke kawasan Kashgar dan Samarkand. Keberajaan ini memperoleh kemenangan ke atas Seljuk Turki berdekatan Samarkand pada tahun 1141 dan kekal stabil sehingga ia dimusnahkan oleh Genghis Khan pada tahun 1218.

Dinasti Liao 907-1125

[sunting | sunting sumber]
Dinasti Liao 907-1125
Nama kuil ( Miao Hao 廟號 miàohào) Nama selepas mati ( Shi Hao 諡號 shìhào) Nama lahir Tempoh pemerintahan Nama era (Nian Hao 年號 niánhào) dan sela tahun
Konvensyen: "Liao" + nama kuil kecuali Liao Tianzuodi yang dirujuk menggunakan "Liao" + nama selepas mati
Taizu (太祖 Tàizǔ) Shen Tian Huangdi Yelü Abaoji (耶律阿保機 Yēlǜ Ābǎojī) 907-926 Shence (神冊 Shéncè) 916-922
Tianzan (天贊 Tiānzàn) 922-926
Tianxian (天顯 Tiānxiǎn) 926
Taizong (太宗 Tàizōng) Xiao Wu Huangdi Yelü Deguang (耶律德光 Yēlǜ Déguāng) 926-947 Tianxian (天顯 Tiānxiǎn) 927-938
Huitong (會同 Huìtóng) 938-947
Datong (大同 Dàtóng) 947
Shizong (世宗 Shìzōng) Tian Shou Huangdi Yelü Ruan (耶律阮 Yēlǜ Ruǎn) 947-951 Tianlu (天祿 Tiānlù) 947-951
Muzong (穆宗 Mùzōng) Yelü Jing (耶律璟 Yēlǜ Jǐng) 951-969 Yingli (應曆 Yìnglì) 951-969
Jingzong (景宗 Jǐngzōng) Yelü Xian (耶律賢 Yēlǜ Xián) 969-982 Baoning (保寧 Bǎoníng) 969-979
Qianheng (乾亨 Qiánhēng) 979-982
Shengzong (聖宗 Shèngzōng) Wen Wu Da Xiao Xuan Huangdi Yelü Longxu (耶律隆緒 Yēlǜ Lóngxù) 982-1031 Qianheng (乾亨 Qiánhēng) 982
Tonghe (統和 Tǒnghé) 983-1012
Kaitai (開泰 Kāitài) 1012-1021
Taiping (太平 Tàipíng) 1021-1031
Xingzong (興宗 Xīngzōng) Xiao Zheng Huangdi Yelü Zongzhen (耶律宗真 Yēlǜ Zōngzhēn) 1031-1055 Jingfu (景福 Jǐngfú) 1031-1032
Chongxi (重熙 Chóngxī) 1032-1054
Daozong (道宗 Dàozōng) Yelü Hongji (耶律洪基 Yēlǜ Hóngjī) 1055-1101 Qingning (清寧 Qīngníng) 1055-1064
Xianyong (咸雍 Xiányōng) 1065-1074
Taikang (太康 Tàikāng) atau Dakang (大康 Dàkāng) 1075-1084
Da'an (大安 Dà'ān) 1085-1094
Shouchang (壽昌 Shòuchāng) atau Shoulong (壽隆 Shòulóng) 1095-1101
Tianzuodi (天祚帝 Tiānzuòdì) Yelü Yanxi (耶律延禧 Yēlǜ Yánxǐ) 1101-1125 Qiantong (乾統 Qiántǒng) 1101-1110
Tianqing (天慶 Tiānqìng) 1111-1120
Baoda (保大 Bǎodà) 1121-1125
  1. ^ 遼朝國號非「哈喇契丹(遼契丹)」考
  2. ^ "遙輦氏迪輦鮮質可汗與陶猥思迭剌部─以契丹文『故左龍虎軍上將軍正亮功臣檢校太師只兗昱敞穩墓誌』為中心─" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2010-09-29.
  3. ^ 契丹文dan gur與「東丹國」國號──兼評劉浦江「再談“東丹國”國号問題」──
  • Jacques Gernet (1972). "A History Of Chinese Civilization". Cambridge University Press. ISBN 0-521-24130-8
  • Mote, F.W. (1999). Imperial China (900-1800). Harvard University Press. m/s. 31–91.
  • Wittfogel K.A., Feng Chia-Sheng History of Chinese Society. Liao (907-1125). Philadelphia, 1949 (Transactions of the American Philosophical Society, new series, 36)
  • David Curtis Wright (1 août 2005). From War to Diplomatic Parity in Eleventh-Century China: Sung's Foreign Relations With Kitan Liao. Brill Academic Publishers. m/s. 290. ISBN 978-9004144569. Cite has empty unknown parameter: |langue= (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)
  • Wang Gungwu, "The Rhetoric of a Lesser Empire: Early Sung Relations with Its Neighbors" in Rossabi, Morris, ed. China Among Equals: The Middle Kingdom and its Neighbors, 10th-14th Centuries. University of California Press, 1983, pp. 47-65.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]