Pergi ke kandungan

Detasmen Ketumbukan Kempf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Detasmen Ketumbukan
Armeeabteilung Kempf
Aktif1 Februari 1943 – 22 Ogos 1943
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranKursk
Komander
Komander
terkenal
Werner Kempf

Detasmen Ketumbukan Kempf Jerman adalah sebuah formasi bersaiz tentera darat medan Wehrmacht di Barisan Timur semasa Perang Dunia II. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Selatan, Detasmen Kempf beraksi semasa Operasi Citadel, iaitu cubaan Jerman untuk memintas sesusuh Kursk dan memusnahkan sebahagian besar tentera darat Soviet.

Sejarah operasi

[sunting | sunting sumber]

Detasmen itu telah ditubuhkan pada 1 Februari 1943 sebagai Armee-Abteilung Lanz, dipimpin oleh Jen Hubert Lanz. Pada 21 Februari 1943 Lanz telah digantikan oleh Jen Werner Kempf dan detasmen itu dinamakan semula untuk menunjukkan perubahan ini. Pada Februari–Mac tahun tersebut, Detasmen Ketumbukan Kempf bertempur dalam Pertempuran Kharkov Ketiga.

Detasmen itu mengambil bahagian dalam Pertempuran Kursk. Bermula malam 4/5 Julai 1943, Kor III Panzer, formasi serangan utama Kempf, menggempur timur Belgorod. Selepas kegagalan operasi itu, Detasmen Ketumbukan Kempf berundur dengan seluruh Kumpulan Tentera Darat Selatan. Kempf telah dilucutkan jawatan pada 16 Ogos 1943. Beliau digantikan oleh Jen Otto Wöhler pada 17 Ogos dan detasmen itu direka semula sebagai Tentera Darat Ke-8.

Senarai tempur bagi Operasi Citadel ialah:[1]

Senarai Panglima

[sunting | sunting sumber]

Hubert Lanz: 1 Februari 1943 - 21 Februari 1943

Werner Kempf: 21 Februari 1943 - 16 Ogos 1943

Otto Wöhler: 17 Ogos 1943 - 22 Ogos 1943