Pergi ke kandungan

Dal Shabet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dal Shabet
Dal Shabet pada tahun 2016: Dari kiri ke kanan, Subin, Serri, Woohee dan Ah young
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif
  • 2011–2016
  • 2019
Syarikat rakaman
Dreamcatcher Company
Pengkarya berkait
UNI.T
Ahli
  • Serri
  • Ah Young
  • Jiyul
  • Woohee
  • Kaeun
  • Subin
Bekas ahli
  • Viki
Nama Korea
Hangul샤벳
Perumian SemakanDal Syabet
McCune–ReischauerTal Syabet

Dal Shabet (Hangul: 달샤벳, digayakan sebagai Dal★Shabet atau Dalshabet) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan. Yang dicipta oleh E-Tribe di bawah Happy Face Entertainment. Kumpulan ini debut pada 3 Januari 2011, dengan album mini pertama Supa Dupa Diva dengan enam orang ahli iaitu Viki, Serri, Ah Young, Jiyul, Kaeun dan Subin. Viki secara rasmi keluar pada bulan Mei 2012 dan digantikan oleh Woohee.

Sejak debut mereka, Dal Shabet telah mengeluarkan satu album studio dan sepuluh album mini. Single mereka "Supa Dupa Diva", "Pink Rocket", "Bling Bling", "Hit U", "Mr. Bang Bang”, “Be Ambitious (Look At My Legs)”, “B.B.B (Big Baby Baby)” dan “Joker” semuanya tercatat di dua puluh teratas dalam Gaon Digital Chart.

Pada bulan Disember 2015, Jiyul dan Kaeun meninggalkan kumpulan berikutan tamatnya kontrak mereka. Kumpulan ini melanjutkan karier sebagai kuartet dan mengeluarkan dua album mini iaitu Naturalness pada Januari 2016 dan Fri. Sat. Sun pada bulan September 2016 sebelum Serri, Ah Young dan Subin meninggalkan syarikat itu pada bulan Disember 2017, dengan Woohee mengikuti pada bulan Disember 2018. Happy Face menyatakan bahawa "kumpulan itu belum dibubarkan dan aktiviti masa depan kumpulan itu masih perlu dibincangkan."

Pada bulan September 2019, Dal Shabet bersatu kembali sebagai enam orang ahli dan mengadakan pameran foto dan konsert mini.

  • Subin (수빈)
  • Serri (세리)
  • Ah Young (아영)
  • Woohee (우희)
  • Kaeun (가은)
  • Jiyul (지율)

Bekas ahli

[sunting | sunting sumber]
  • Viki (비키)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Bang Bang (2012)

Album mini

[sunting | sunting sumber]
  • Supa Dupa Diva (2011)
  • Pink Rocket (2011)
  • Bling Bling (2011)
  • Hit U (2012)
  • Have, Don't Have (2012)
  • Be Ambitious (2013)
  • B.B.B (2014)
  • Joker Is Alive (2015)
  • Naturalness (2016)
  • Fri. Sat. Sun (2016)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan
2012 Wonderful Radio Gadis Corby (Kameo)
Tahun Tajuk Saluran Peranan
2011 Dream High KBS2 Pelajar Kirin (Kameo)

Rancangan realiti

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Saluran
2011 Sweet Sweet Story KukiTV
Cool Friends SBS MTV
2014 A Date with K-pop Stars MediaCorp, Channel M

Anugerah dan percalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ref
2011 19th Republic of Korea Entertainment News Awards Popularity Award Menang [1]
2011 Bugs Music Awards Best Rookie Menang [2]
Soompi Gayo Awards Top 50 Songs – #41 Menang [3]
Top New Artists of 2011 Menang [3]
13th Mnet Asian Music Awards Best New Female Artists Tercalon [4]
2012 GALLUP Korea Best New Female Group of 2011 Menang [5]
26th Golden Disk Awards Rookie Award Menang [6]
Ministry of Health and Welfare Campaigning Award Menang [7]
allkpop awards Rising Star Award Menang [8]
2013 Homme Music Award #1 Played Song Menang [9]
2016 Japan Gold Disc Award Best New Asian Artist Menang [10]
MAXIM K-Model Award Best Cover Model Award Menang [11]
  1. ^ "Dal Shabet receives Popularity Award at the 19th Republic of Korea Entertainment News Awards". Dicapai pada January 17, 2012.
  2. ^ "Bugs 2011 Music Awards Winners". Diarkibkan daripada yang asal pada March 6, 2013. Dicapai pada December 28, 2011.
  3. ^ a b "2011 Soompi Gayo Awards Results". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-04. Dicapai pada 31 December 2011.
  4. ^ "2011Mnet Asian Music Awards part 1" Diarkibkan Disember 9, 2014, di Wayback Machine. MAMA. Retrieved 2015-01-20.
  5. ^ "한국갤럽이 뽑은 '2011년 10대 가수와 가요'". Dicapai pada January 1, 2015.
  6. ^ "Dal Shabet proudly shows off their Golden Disk Award". Dicapai pada December 10, 2012.
  7. ^ "Dalshabet receives an award from the Minister of Health and Welfare". Diarkibkan daripada yang asal pada March 2, 2014. Dicapai pada March 3, 2012.
  8. ^ "Winners of the 2012 allkpop awards presented by Naver BAND!". Dicapai pada March 3, 2013.
  9. ^ "GS샵, 배경음악 1위는 달샤벳 ′있기없기′". Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 31, 2013. Dicapai pada Disember 30, 2013.
  10. ^ "외방커뮤니티 > 외방재팬 > 제30회 일본 골든 디스크 대상 - 수상자 결과". oeker.net.
  11. ^ "[T포토] 달샤벳 "비글돌 상 받았어요~"". entertain.naver.com.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]