Cinta 100kg
Cinta 100kg | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Nazri M. Annuar |
Pengarah | Megat Sharizal |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Susun Silang Kata - Aizat Amdan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Faisal Azmy Kob |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Playground Productions Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Dahlia) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 5 Mac 2016 – 9 April 2016 |
Cinta 100kg merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2016 arahan Megat Sharizal, dibintangi oleh Sherry Alhadad, Sharifah Amani, dan Fezrul Khan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Dahlia TV3 bermula 2 Mac 2019 menggantikan Inikah Cinta [1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan dua sahabat yang bergelut dalam misi pencarian cinta sejati mereka. Wati (Sharifah Amani) dan Dian (Sherry Al Hadad) merupakan dua wanita yang kurang dari segi paras rupa mereka. Wati yang berperwatakan seperti tomboi merasakan dirinya kurang menarik dari pandangan lelaki. Manakala sahabatnya Dian pula, mempunyai masalah berat badan yang serius. Ini membuat Dian sentiasa berasa tidak yakin dengan dirinya berbanding dengan perempuan-perempuan yang jauh lebih cantik darinya.
Setelah Wati berpisah dengan teman lelakinya, Faliq, Wati mula bersenam di gym sebagai hobinya. Di gym itu, Wati berkenalan dengan pemilik gym yang kacak bernama Shahril (Zain Saidin). Bermula hari itu, Wati semakin obses dengan Shahril. Hampir setiap hari, Wati menceritakan tentang Shahril kepada Dian sehingga menyebabkan Dian muak dengan obsesi Wati kepada Shahril.
Namun, pada waktu yang sama, Dian sedang berhadapan dengan krisis bersama teman lelakinya, Khairul (Fezrul Khan) yang berkerja sebagai juruterbang. Hal ini kerana, Dian sentiasa cemburu dengan rakan-rakan peramugari Khairul yang jauh lebih cantik darinya.
Krisis Dian memuncak apabila Rozie, seorang peramugari didapati sedang mengenali Khairul. Tambahan lagi, Khairul seperti semakin tertarik dengan Rozie kerana Rozie pandai memasak. Ini membuatkan Dian berasa tercabar dan lebih cemburu. Demi membantu Dian, rakan karib Dian dan Wati, Tina (Safia Hanifah) mencadangkan agar Dian menipu Khairul bahawa dia juga pandai memasak dengan mengaku kuih yang dibuat oleh Tina adalah hasil tangannya.
Walaupun Dian tidak menyukai Rozie pada mulanya, tetapi lambat-laun dia merasakan bahawa sebenarnya Rozie adalah seorang wanita yang baik dan mereka berdua pun menjadi rapat. Persahabatan baru antara Dian dan Rozie itu telah membuat Wati berasa cemburu dan dia juga mempersoalkan motif sebenar Dian berkawan dengan Rozie. Namun, apa yang tidak disedari Dian adalah, Rozie sebenarnya mempunyai niat untuk mengkhianat Dian.
Adakah persahabatan antara Dian dan Wati tercabar? Bagaimanakah Wati menyelamatkan Dian dari khianat Rozie? Adakah cinta buat Wati dan Dian?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Sherry Alhadad sebagai Dian
- Sharifah Amani sebagai Cempaka Wati
- Fezrul Khan sebagai Khairul
- Ungku Hariz sebagai Zain
- Ruzana Ibrahim sebagai Rozie
- Zain Saidin sebagai Shahril
- Cristina Suzanne sebagai Siti Syuhada
- Safia Hanifah sebagai Tina
- Megat Sharizal sebagai Wadi
- Jay Iswazir sebagai Wanzi
- Zain Hamid sebagai Saufy
- Arja Lee sebagai Arman
- Riz Amin sebagai Bahar
- Amaris Ismail sebagai Sulaiman
- Azman Hassan sebagai Wan Jamal
- Putri Hanan Shahidah sebagai Wati kecil
- Najua P. Ramlee sebagai Dian Kecil
- Bront Palarae sebagai Tapai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Drama Cinta 100kg (TV3)". MyInfotaip. 25 Mac 2016.