Pergi ke kandungan

Charles VII dari Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Charles VII yang Berjaya (bahasa Perancis: le Victorieux) (22 Februari 140322 Julai 1461) adalah raja Perancis sejak 1422 sampai 1461 dari Wangsa Valois. Dilahirkan di Paris, Charles adalah anak ke lima dan satu-satunya yang bertahan hidup dari Charles VI dari Perancis dan Isabeau de Bavière. Empat saudara lelakinya yang lebih tua adalah dauphin yakni "putera mahkota") yang meninggal tanpa sebab yang jelas sewaktu ibu bapanya masih hidup: Charles (1386), Charles (1392-1401), Louis, Duc de Guyenne (1397-1415) dan Jean, Duc de Touraine (1398-1417). Sebagai dauphin ke lima, Charles menyebabkan tambahan ketidakstabilan kerajaan yang juga sedang berada dalam serangan Inggris. Keselamatan hidupnya diragukan, ditambah lagi, ada keraguan juga terhadap legitimasinya, kerana ibundanya terkenal kerana perselingkuhan yang dilakukannya.