Bidan
Definisi Bidan oleh The International Confederation of Midwives yang telah diadaptasi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan International Federation of Gynaecology and Obstetrics adalah seseorang yang telah melangkapkan dan lulus program perbidanan yang berdasarkan ICM Essential Competencies for Basic Midwifery Practice and the framework of the ICM Global Standards for Midwifery Education[1] dan program tersebut diiktirafkan oleh negara dimana program perbidanan tersebut dijalankan; Bidan merujuk kepada seseorang yang telah memenuhi syarat kelayakkan, mempunyai kecekapan dalam perbidanan dan telah berdaftar dan/atau memiliki lesen untuk menjalankan aktiviti perbidanan oleh badan/lembaga perbidanan negara tersebut[2]
Di Malaysia, menurut Akta Perbidanan 1966[3]; bidan merujuk kepada seseorang yang menjalankan aktiviti yang memerlukan pemahaman dan aplikasi prosedur dan teknik penjagaan perempuan mengandung yang normal dan sihat dari awal kandungan sehingga 6 minggu selepas melahirkan anak termasuk penjagaan bayi yang normal dan sihat sehingga berumur 1 bulan untuk wang atau sebarang bentuk hadiah/pampasan KECUALI pelajar-pelajar institusi perbidanan atau institusi latihan yang menjalankan servis perbidanan dan mereka yang didapati menjalankan perbidanan tanpa berdaftar dibawah akta ini boleh disabit kesalahan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali[3]
Di Malaysia, Lembaga Bidan Malaysia[4] di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia megawalselia latihan dan etika bidan dalam Malaysia bagi memastikan praktis kebidanan yang dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Akta Bidan 1966 dan Peraturan – Peraturan Bidan 1990.[3]
Dahulunya bidan merujuk kepada wanita yang membantu wanita yang mengandung sepanjang waktu mengandung dan kelahiran bayi, dimana pengetahuan ini diajar secara tidak formal sesama pengamalnya, tetapi selaras dengan pembangunan sains, teknologi kini bidan merujuk kepada pengamal perawatan kesihatan moden yang menjalankan perbidanan di institusi-institusi kesihatan seperti di hospital. Di Malaysia, bidan memerlukan Advanced Diploma in Midwifery yang boleh diambil dengan syarat memliki;[5]
- Diploma kejururawatan yang diiktiraf oleh kerajaan dan pengalaman bekerja sekurangkurangnya 3 tahun ATAU satu tahun pengalaman dalam bidang Obstetric and Gynecology ATAU
- Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan(Kepujian) yang diiktiraf, DAN
- Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
Tugas-Tugas Bidan[6]
[sunting | sunting sumber]- Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
- Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
- Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
- Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
- Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
- Memberi pendidikan kesihatan.
- Menyambut kelahiran bayi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://www.internationalmidwives.org/assets/files/education-files/2018/04/icm-standards-guidelines_ammended2013.pdf
- ^ https://www.internationalmidwives.org/our-work/policy-and-practice/icm-definitions.html
- ^ a b c http://www.moh.gov.my/moh/attachments/1202.pdf
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-05. Dicapai pada 2019-06-05.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-05. Dicapai pada 2019-06-05.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-05. Dicapai pada 2019-06-05.