Pergi ke kandungan

Benjamin Netanyahu

Laman dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Benjamin Netanyahu
בנימין נתניהו
Potret rasmi, 2023
Perdana Menteri Israel ke-9
Menyandang jawatan
29 Disember 2022
PresidenIsaac Herzog
Didahului olehYair Lapid
Dalam jawatan
31 Mac 2009 – 13 Jun 2021
PresidenShimon Peres
Reuven Rivlin
Didahului olehEhud Olmert
Digantikan olehNaftali Bennett
Dalam jawatan
18 Jun 1996 – 6 Jul 1999
PresidenEzer Weizman
Didahului olehShimon Peres
Digantikan olehEhud Barak
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
13 Jun 2021 – 29 Disember 2022
Didahului olehYair Lapid
Digantikan olehYair Lapid
Maklumat peribadi
Lahir (1949-10-21) 21 Oktober 1949 (umur 75)
Tel Aviv, Israel
Parti politikLikud
PasanganMiriam Weizmann (k. 1972; c. 1978)
Fleur Cates (k. 1981; c. 1984)
Sara Ben-Artzi ​(k. 1991)
TandatanganTandatangan

Benjamin "Bibi" Netanyahu (Bahasa Ibrani: בִּנְיָמִין נְתַנְיָהוּ; juga niqqud: בנימין נתניהו; Tulisan Jawi: بينيامين نيتنياهو; lahir 21 Oktober 1949) merupakan ahli politik Israel yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel ke-9 sejak 2022; sebelumnya dari 1996 hingga 1999 dan 2009 hingga 2021.

Sebagai seorang ketua dari parti konservatif Likud, beliau pernah memegang jawatan Perdana Menteri pada pertengahan Jun 1996 sehingga Julai 1999. Sehingga kini dialah satu-satunya orang yang lahir setelah negara Israel berdiri yang terpilih menjadi Perdana Menteri Israel. Ia juga pernah menjadi Menteri Kewangan Israel sehingga 9 Ogos 2005, ketika ia mengajukan surat pengunduran diri sebagai protes atas penarikan mundur sepihak Israel dari Genting Gaza. Kebijakan ini dikeluarkan oleh Perdana Menteri Ariel Sharon. Netanyahu mengambil alih pimpinan Likud pada 20 Disember 2005.

Latar belakang keluarga dan peribadi

Benjamin ialah putera Zila dan Ben-Zion Netanyahu (nama aslinya Milikowsky). Sanak keluarga Netanyahu berasal dari Lithuania. Ben-Zion ialah profesor Sejarah Yahudi dan bekas penyunting Hebrew Encyclopedia (Ensiklopedia Ibrani), dan bekas pembantu senior dari Zeev Jabotinsky. Kakaknya Yonatan ialah militer yang terbunuh pada Operasi Entebbe pada 1976. Adiknya Iddo ialah radiolog dan penulis. Ketiga bersaudara ini pernah berdinas di satuan pengintai Sayeret Matkal.

Ketika ia berusia 14 tahun, keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat dan menetap di Cheltenham Township, Pennsylvania, sebuah daerah pinggiran bandar Philadelphia. Ia lulus dari SMA Cheltenham. Ia memiliki gelaran B.Sc dalam Arsitektur dari Massachusetts Institute of Technology, dan MBA dari MIT Sloan School of Management. Ia juga pernah belajar ilmu politik di Harvard dan MIT. Setelah sekolah pasca-sarjana, Netanyahu kembali ke Israel. Netanyahu mempunyai seorang anak perempuan, Noa, dari perkahwinannya yang pertama dengan Micki Weizman. Pernikahan Netanyahu yang kedua adalah dengan Fleur Cates, yang berpindah menjadi pemeluk Yahudi kerana hanya ayahnya yang Yahudi. Kini ia beristerikan Sarah, isterinya yang ketiga, dan dari dia ia memperoleh dua orang anak iaitu Yair and Avner.

Setelah terjun sebentar di dunia bisnes, Netanyahu diangkat menjadi Wakil Kepala Misi dari Kedutaan Besar Israel di Washington, D.C. pada 1982. Kemudian ia diangkat menjadi duta besar Israel untuk Amerika Syarikat, dari 1984 hingga 1988. Ia terpilih menjadi anggota Knesset pada 1988 dan duduk di pemerintahan yang dipimpin oleh Yitzhak Shamir dari 1988 sehingga 1992. Shamir pensiun dari politik tidak lama setelah kekalahan Likud dalam pemilu 1992. Pada 1993, untuk pertama kalinya parti ini mengadakan pemilihan pendahuluan untuk memilih pemimpinnya, dan Netanyahu menang setelah mengalahkan Binyamin Ze'ev Begin, anak Perdana Menteri Menachem Begin, dan veteran politik David Levy. (Ariel Sharon mula-mula juga ikut memperebutkan kepemimpinan Likud, namun segera mengundurkan diri ketika jelas bahawa ia akan mendapatkan dukungan yang sangat kecil.)

Kerjaya politik

Perdana Menteri (1996-1999)

Netanyahu dipilih pada 1996 setelah gelombang aksi jihad pejuang Palestin menyerang warga sipil Israel. Shimon Peres-yang didukung di TPS-tak dapat menghentikannya dan kepercayaan publik padanya merosot dengan cepat Pada 3 dan 4 Mac 1996, pejuang Palestin mengadakan 2 serangan aksi jihad yang mematikan dan membunuh 32 warga Israel. Kedua serangan itu ialah katalisator utama dalam kejatuhan Peres, yang akhirnya melenyapkan hak pilih karena ketidakmampuannya menghentikan aksi jihad melawan orang-orang Israel. Tidak seperti Peres, Netanyahu tidak percaya pada ‘jasa baik’ Yasser Arafat dan memelihara kemajuan proses perdamaian terhadap Autonomi Palestin memenuhi kewajibannya-terutama melawan pejuang Palestin. Slogan kempennya ialah "Netanyahu-menjaga Perdamaian".

Sering pemerintahan yang baru mengabaikan yang telah menjadi keputusan pemerintahan sebelumnya. Begitu juga Netanyahu yang berasal dari garis keras Israel ini. Perdamaian yang telah dirintis pendahulunya Yitzhak Rabin dan Shimon Peres diabaikan begitu sahaja. Sebagai contoh, menurut hasil kesepakatan Perjanjian Oslo, pasukan Israel mesti ditarik dari sejumlah daerah pendudukannya. Namun, sehingga beberapa tahun, hal itu tidak direalisasikan akibat pergantian pemerintahan.

Sebagai Perdana Menteri ia berunding dengan Yasser Arafat pada forum Persetujuan Wye, namun banyak pernyataan ia mencuba mematikan banyak kemajuan. Pendekatan Netanyahu untuk perundingan perdamaian terkenal dengan:

"Jika mereka akan memberi – mereka akan menerima. Jika mereka tidak akan memberi – mereka tidak akan menerima".
"יתנו - יקבלו. לא יתנו - לא יקבלו"

Tiada kemajuan dalam perbincangan perdamaian dengan orang-orang Palestin dan Netanyahu gagal mewujudkan langkah yang disetujui atas Persetujuan Oslo. Pada 1996, Netanyahu dan walikota Jerusalem Ehud Olmert memutuskan membuka keluaran Tebing Barat. Ini meletuskan 3 hari pergolakan dari orang-orang Palestin, mengakibatkan lebih dari selusin warga Israel dan ribuan warga Palestina terbunuh.

Walaupun ia berprogram melawan ‘kawasan’, Netanyahu dibenci kebanyakan elit dan media massa yang dikenal dengan sayap kiri Israel. Setelah serentetan skandal yang panjang (termasuk gosip tentang isterinya) dan pengusutan membuka perlawanan padanya dalam tuduhan korupsi, Netanyahu kehilangan dukungan dari publik Israel.

Setelah dikalahkan Ehud Barak pada Pemilu Israel 1999, secara temporer Netanyahu beristirahat dari politik.

2000-2005: Kegiatan politik sampingan

Pada 2002 setelah Parti Buruh Israel meninggalkan kekuasaan dan mengosongkan jabatan Menlu, Perdana Menteri Ariel Sharon mengangkat Netanyahu sebagai Menteri Kewangan. Netanyahu meragukan Sharon pada kepemimpinan dalam parti Likud tetapi gagal memecat Sharon. Setelah pemilihan 2003, Netanyahu menerima jabatan Menteri Kewangan dalam koalisi terbaru bentukan Sharon. Netanyahu tidak sekarang mendukung konsep negara Palestin di masa depan, walaupun pada 2 kesempatan pada tahun 2001, ia menunjukkan keinginannya mempertimbangkan gagasan “Komite Sentral Likud Menolak Negara Palestina” (Haaretz Daily, 13 Mei 2002). Diarkibkan 2006-01-01 di Wayback Machine

Sebagai Menteri Kewangan, Netanyahu menjalankan rencana ekonomi yang hebat untuk memperbaiki ekonomi Israel dari keterpurukannya selama Intifadah al Aqsa. Rencana itu meliputi langkah terhadap pasar bebas, walau telah dilihat banyak lawannya kontroversial.

Pada 7 Ogos 2005, Netanyahu mengundurkan diri sebagai Menteri Kewangan dalam protes terhadap rencana penarikan Israel dari Genting Gaza dan digantikan oleh Ehud Olmert.

Pengembalian ke Likud

Menyusul penarikan diri Ariel Sharon daripada Likud, Netanyahu merupakan salah seorang calon yang menginginkan jawatan kepemimpinan. Percubaan terbaharunya sebelum ini ialah pada September 2005 pada waktu itu ia mencuba memegang lebih awal untuk kedudukan ketua Parti Likud, sedangkan parti ini masih berkuasa dalam kancah politik Israel lalu secara efektif mendepak Ariel Sharon dari jabatannya. Parti ini menolak usul itu. Netanyahu mengambil kembali kepemimpinan pada 20 Disember dengan pungutan 47% suara.

Berikutan pemilihan Tzipi Livni untuk mengetuai parti Kadima dan peletakan jawatan Olmert selaku Perdana Menteri, Netanyahu enggan bergabung dengan gabungan Livni yang cuba membentuk dan menyokong pilihan raya baharu yang diadakan pada bulan Februari 2009.[1][2] Netanyahu adalah calon Perdana Menteri bagi Likud dalam pilihan raya perundangan Israel 2009 yang berlangsung pada 10 Februari 2009 kerana Livni, Pemangku Perdana Menteri di bawah pemerintahan Olmert, tidak dapat membentuk sebuah pakatan kerajaan yang layak. Tinjauan pendapat menunjukkan Likud mendahului, tetapi sebanyak sepertiga pengundi Israel belum berkeputusan.[3]

Dalam pilihan raya itu, Likud memenangi jumlah kerusi kedua tertinggi; parti Livni mengatasi Likud dengan hanya satu kerusi. Penjelasan yang mungkin bagi prestasi Likud yang agak buruk ini ialah beberapa penyokong Likud berpaling tadah kepada parti Yisrael Beiteinu milik Avigdor Lieberman. Netanyahu, bagaimanapun, mengisytiharkan kemenangan adalah miliknya dengan alasan bahawa parti sayap kanan memperoleh suara terbanyak, dan pada 20 Februari 2009, Netanyahu dilantik oleh Presiden Israel Shimon Peres untuk menggantikan Ehud Olmert sebagai Perdana Menteri dan memulai perundingannya untuk membentuk kerajaan gabungan.

Walaupun parti sayap kanan meperoleh majoriti 65 kerusi di Knesset, Netanyahu lebih mahukan gabungan beraliran pusat yang lebih luas dan beralih kepada saingan daripada Kadima yang dipengerusikan oleh Tzipi Livni untuk bergabung dengan pemerintahannya. Kali ini, giliran Livni untuk menolak penggabungan, dengan perbezaan pendapat tentang kaedah pelanjutan proses perdamaian menjadi halangan. Netanyahu berhasil menarik pesaing yang lebih kecil, Parti Buruh, yang diketuai oleh Ehud Barak untuk bergabung dengan pemerintahannya, memberinya sejumlah suara sentris. Netanyahu mengemukakan kabinetnya bagi sesi "undi keyakinan" Knesset pada 31 Mac 2009. Kerajaan ke-32 telah diluluskan pada hari itu oleh majoriti 69 anggota berbanding 45 yang menolak (dengan lima berkecuali) dan para anggota telah mengangkat sumpah.[4][5]

Penggal ketiga sebagai Perdana Menteri

Pada 2012, Netanyahu pada awalnya merancang untuk mengadakan pilihan raya awal, tetapi kemudian mengawasi pembentukan pakatan kerajaan berkontroversi berdasarkan perpaduan negara untuk menguasai Israel sehingga pilihan raya umum pada 2013.[6] Pada Mei 2012, Netanyahu secara rasmi mengakui untuk pertama kalinya tentang hak rakyat Palestin untuk memiliki negara mereka sendiri dalam dokumen rasmi menerusi sepucuk surat kepada Mahmoud Abbas, walaupun seperti sebelumnya[7] Netanyahu pernah menyatakan bahawa negara itu perlu dinyahtenterakan.[8] Pada 25 Oktober 2012, Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman mengumumkan bahawa parti politik masing-masing, Likud dan Yisrael Beiteinu, telah bergabung dan akan bertanding dalam satu suara dalam pilihan raya umum Israel pada 22 Januari 2013.[9]

Pilihan raya pada 2013 mengembalikan gabungan Likud Beiteinu Netanyahu dengan 11 kerusi lebih sedikit berbanding gabungan parti Likud dan Yisrael Beiteinu yang dipertanding. Walaupun demikian, sebagai pemimpin pakatan terbesar terpilih di Knesset, Presiden Shimon Peres memberi tanggungjawab kepada Netanyahu untuk membentuk kerajaan Israel ke-33. Gabungan baharu itu juga merangkumi parti Yesh Atid, Rumah Yahudi dan Hatnuah dan mengecualikan anggota ultra-Ortodoks atas desakan Yesh Atid dan Rumah Yahudi.

Rujukan

  1. ^ Tran, Mark (31 Julai 2008). "Netanyahu calls for new Israeli elections". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). London. Dicapai pada 29 Julai 2009.
  2. ^ Mualem, Mazal (24 September 2008). "Netanyahu rejects Livni's call for unity government". Haaretz. Dicapai pada 1 Mac 2013.
  3. ^ Colvin, Marie (8 Februari 2009). "Netanyahu stokes fears to take poll lead". The Sunday Times (dalam bahasa Inggeris). London. Dicapai pada 8 Februari 2009.
  4. ^ "Netanyahu sworn in as Israel's prime minister". Haaretz. 31 Mac 2009. Dicapai pada 10 March 2013.
  5. ^ Heller, Jeffrey (31 Mac 2009). "Netanyahu sworn in as Israeli prime minister". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 10 Mac 2013.
  6. ^ Lis, Jonathan; Bar-Zohar, Ophir (8 Mei 2012). "In surprise move, Netanyahu, Mofaz agree to form unity government, cancel early elections". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mei 2012.
  7. ^ "Netanyahu backs demilitarized Palestinian state". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). 14 Jun 2009. Dicapai pada 14 Mei 2012.
  8. ^ Winer, Stuart; Ahren, Raphael (14 Mei 2012). "PM promises Abbas a demilitarized Palestinian state". The Times of Israel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mei 2012.
  9. ^ Leshem, Elie. "Netanyahu, Liberman announce they'll run joint list for Knesset". The Times of Israel (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Oktober 2012.

Buku dan Artikel

Buku

  • A Durable Peace: Israel and Its Place Among the Nations (Warner Books, 2000) ISBN 0-446-52306-2
  • Fighting Terrorism: How Democracies Can Defeat Domestic And International Terrorism (Diane Pub Co, 1995) ISBN 0-7881-5514-8
  • A Place Among the Nations (Bantam, 1993) ISBN 0-553-08974-9
  • Terrorism: How the West Can Win (Farrar Straus & Giroux, 1986) ISBN 0-374-27342-1

Artikel

Didahului oleh
Yitzhak Shamir
Ketua Parti Likud
19931999
Diikuti oleh:
Ariel Sharon
Didahului oleh
Shimon Peres
Menteri Luar Negeri Israel
20022003
Diikuti oleh:
Silvan Shalom
Didahului oleh
Silvan Shalom
Menteri Kewangan Israel
2003 – 2005
Diikuti oleh:
Ehud Olmert
Didahului oleh
Ariel Sharon
Ketua Parti Likud (penggal kedua)
2005 – Sekarang
Diikuti oleh:
-