Pergi ke kandungan

Bahasa Portugis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bahasa Portugal)
Bahasa Portugis
Português
Sebutan[puɾtu'geʃ] (Eropah), [poɾtu'gejs] (Brazil)
Asli kepadaAngola, Brazil, Portugal, Mozambique, Tanjung Verde, Goa (India), Uruguay, Melaka (Malaysia) dan beberapa lain negara CPLP
Penutur bahasa
220 juta orang
Huruf Latin (Portugis pelbagaian)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Angola, Brazil, Cape Verde, Timor Timur, Kesatuan Eropah, Guinea-Bissau, Cina Macau S.A.R., Mozambique, Portugal, São Tomé dan Príncipe
Dikawal selia olehInstitut Bahasa Portugis Antarabangsa; CPLP
Kod bahasa
ISO 639-1pt
ISO 639-2por
ISO 639-3
por

Bahasa Portugis (português) ialah sebuah bahasa Romawi yang banyak dituturkan di Portugal (bahasa rasmi), Brazil, Angola, Mozambique, Tanjung Verde, Timor Timur dan Guinea Khatulistiwa. Banyak ahli bahasa yang menganggap bahasa Galicia, bahasa daerah di Galicia, Sepanyol, sebenarnya adalah sejenis bahasa Portugis yang telah dipengaruhi dengan kuat oleh bahasa Sepanyol.

Dengan lebih daripada 200 juta penutur asli, bahasa Portugis merupakan bahasa yang keenam paling banyak dituturkan di dunia. Bahasa Portugis menjadi bahasa yang paling banyak digunakan di Amerika Selatan kerana Brazil, dengan 186 juta penduduknya, membentuk sekitar 51% dari seluruh populasi Amerika Selatan.

Bahasa ini banyak meminjamkan kosa kata ke dalam bahasa Melayu melalui pertembungan antara orang-orang Empayar Portugis menuturkan bahasa ini menakluk serata Nusantara.

Fonem konsonan bahasa Portugis[1][2][3][4]
Dwibibir Gigi/

Gusi

Dorsal
biasa labial
Sengauan m n ɲ
Letusan tak bersuara p t k
bersuara b d ɡ ɡʷ
Geseran tak bersuara f s ʃ
bersuara v z ʒ
Aproksiman semivokal j w
lateral l ʎ
Rotik getaran/geseran ʁ
tamparan ɾ

Ada beberapa bunyi fonem ini yang dimunculkan melalui gabungan dwihuruf tertentu:

Grafem Sebutan
ch /ʃ/
lh /ʎ/, /lʲ/, /lj/
nh /ɲ/, //
rr /ʁ/
ss /s/
qu /k/; //
gu /ɡ/; /ɡʷ/; /ɡu/

Aturan abjad ini sendirinya asas kepada kaedah perumian bahasa Vietnam yang dikembangkan Francisco de Pina, seorang mubaligh Jesuit Portugis serta dikemas lanjut Alexandre de Rhodes untuk kamus tribahasa Vietnam-Portugis-Latin dikarangnya iaitu Dictionarium Annamiticum Lusitanum et Latinum yang terbit di Roma tahun 1651.[5]

  1. ^ Cruz-Ferreira, Madalena (1995). "European Portuguese". Journal of the International Phonetic Association. 25 (2): 90–94. doi:10.1017/S0025100300005223.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Barbosa, Plínio A.; Albano, Eleonora C. (2004). "Brazilian Portuguese". Journal of the International Phonetic Association. 34 (2): 227–232. doi:10.1017/S0025100304001756.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Bisol, Leda (2005), Introdução a estudos de fonologia do português brasileiro (dalam bahasa Portugis), Porto Alegre – Rio Grande do Sul: EDIPUCRS, ISBN 978-85-7430-529-5
  4. ^ Carvalho, Joana (2012). "Sobre os Ditongos do Português Europeu" (PDF). eLingUp (dalam bahasa Portugis). 4 (1): 20. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 November 2015.
  5. ^ Jacques, Roland (2002). Portuguese Pioneers of Vietnamese Linguistics Prior to 1650 – Pionniers Portugais de la Linguistique Vietnamienne Jusqu'en 1650 (dalam bahasa Inggeris dan Perancis). Bangkok, Thailand: Orchid Press. ISBN 974-8304-77-9.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Bahasa Portugis