Baderi Dasuki
Baderi Dasuki | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Panti (N34) | |
Dalam jawatan 2004–2018 | |
Didahului oleh | Mohamad Ameran Sohiran |
Digantikan oleh | Hahasrin Hashim |
Majoriti | 7503 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Api-Api, Pontian, Johor | 6 Disember 1948
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | UMNO Barisan Nasional |
Pasangan | Datin Hajah Zainon Haji Amir |
Anak | 4 |
Kediaman | Johor Bahru, Johor |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Dato' Haji Baderi Bin Haji Dasuki (lahir 6 Februari 1948) ialah ahli politik Malaysia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Panti, Johor dari UMNO, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).
Latarbelakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Kg. Parit Haji Omar, Api-api, Pontian pada 6 Februari 1948.
Beliau berkahwin dengan Datin Hajah Zainon Binti Haji Amir dan dikurniakan dengan 4 orang anak (dua lelaki dan dua perempuan) iaitu Syaiful Hariza, Syaiful Izdihar, Sulaiha Najiha dan Syaiful Afham.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]YB Dato' mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Api-Api Pontian (1953-59), kemudian pendidikan menengah di dua buah sekolah iaitu Pontian Secondary English (1960-1963) semasa Tingkatan 1 hingga 3 dan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1964-1967) semasa Tingkatan 4 hingga 6.
Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan mendapat Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (UM).
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Biodata ADUN Panti Diarkibkan 2011-03-25 di Wayback Machine