Anugerah Rhysling
Penampilan
Anugerah Rhysling merupakan anugerah tahunan yang dianugerahkan untuk puisi cereka sains, fantasi atau seram. Tidak seperti kebanyakan anugerah sastera yang dinamakan sempena pencipta anugerah, perihal anugerah atau ahli termasyhur dalam bidangnya, anugerah Rhysling dinamakan sempena watak dalam cereka sains: Rhysling, seorang pemuisi buta dalam cerpen The Green Hills of Earth oleh Robert Heinlein.[1] Anugerah ini ada 2 kategori: "Puisi Panjang Terbaik" untuk karya melebihi 50 baris, dan "Pantun Pendek Terbaik" untuk karya yang mempunyai 49 baris atau kurang daripada 50 baris. Antara pemenang anugerah Rhysling, pengarangnya ialah Mary Soon Lee, Neil Gaiman, Amal El-Mohtar, Marge Simon dan lain-lain.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ David Langford, "Rhysling Award." The Encyclopedia of Science Fiction, 3rd edition (online). Ed. John Clute, David Langford, and Peter Nicholls. 2013. Accessed 19 February 2013