Anugerah Nasyid Minggu Ini
Anugerah Nasyid Minggu Ini (NMI) merupakan satu anugerah yang dikhaskan kepada penggiat nasyid di Malaysia.
Pemilihan untuk memasuki peringkat akhir Anugerah Nasyid Minggu Ini adalah sebelum itu para penasyid perlu bertanding setiap minggu dalam carta mingguan Nasyid Minggu Ini di RTM1.
Anugerah Juara NMI adalah penganjuran bersama antara Sekretariat Anugerah Industri Nasyid dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), RTM serta disokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program NMI, siaran RTM1 adalah rancangan pertandingan carta lagu nasyid popular yang bermula sejak April 2004.
NMI 2006
[sunting | sunting sumber]Acara malam itu diserikan persembahan daripada kumpulan nasyid seperti kumpulan Rabbani, kumpulan Saujana, NowSeeHeart, Hijjaz dan lain-lain. Majlis itu diacarakan oleh VJ NMI, Akma.
Sebanyak 12 kategori dipertandingkan pada anugerah itu dengan tiga daripadanya adalah ditentukan menerusi undian penonton, manakala sembilan kategori lagi dinilai oleh juri profesional.
Tiga kategori yang dinilai menerusi undian penonton ialah Kategori Anugerah Juara Daurah (atau carta) 10 NMI 2006, Kategori Artis Baru Nasyid Popular dan Kategori Artis Nasyid Popular.
Senarai pemenang Anugerah NMI 2006
[sunting | sunting sumber]- Juara Daurah NMI - Nursyahadah (Far East)
- Anugerah Gemilang (Album Terbaik) - Saujana & Nowseeheart (Jalan Sehala)
- Anugerah Cemerlang (Popular & Berbakti) - Hijjaz (Pelita Hidup)
- Anugerah Terbilang (Global) - Raihan
- Anugerah Khas Juri (Nasyid Kanak-Kanak) - As Syakirin
- Artis Nasyid Popular - In-team
- Artis Baru Nasyid Popular - Munsyideen
- Persembahan Nasyid Terbaik - Rabbani
- Penyanyi Utama Nasyid Terbaik - Asri Ibrahim (Rabbani)
- Klip Video Nasyid Terbaik - Cinta Pertama (Far East)
- Lirik Nasyid Terbaik - Jalan Sehala (Loloq untuk kumpulan Saujana)
- Lagu Nasyid Terbaik - Inspirasi (Aidit Alfian untuk Kumpulan NowSeeHeart)