Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 atau Anugerah DFKL 2015 merupakan sebuah majlis penganugerahan tahunan sempena program Drama Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad[1]. Ia diadakan pada Ahad, 22 Mac 2015 , jam 9 malam bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam. Majlis diacarakan oleh pengacara AG Selamat dan pelakon Yana Samsudin dan dipancarkan secara langsung di stesen TV3.
Drama Festival Kuala Lumpur
[sunting | sunting sumber]DFKL pada tahun ini turut mengangkat pelakon Zul Ariffin dan Fathia Latiff sebagai duta utama DFKL 2015. Sementara aktres Nora Danish pula, dilantik sebagai duta media sosial. Mereka telah mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015.
Kali ini, beberapa penceramah berpengalaman terlibat dalam bengkel yang diadakan pada 14 dan 15 Mac 2015. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut terlibat dalam bengkel pada tahun ini. DFKL 2015 dilihat sebagai satu platform yang amat tepat untuk memartabatkan industri drama tanah air di mana ianya turut menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, juruanimasi, pelawak dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional untuk saling berkongsi idea. Selain itu juga, penganjuran DFKL 2015 turut dapat memanfaatkan kepakaran yang mereka miliki agar ianya dapat dikongsi bersama dan melahirkan generasi baru yang berbakat serta lebih kreatif.
Siri Jelajah DFKL 2015
[sunting | sunting sumber]Untuk merancakkan lagi DFKL 2015, satu siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi terpilih turut diadakan bermula 12 Februari 2015.
- 12 Februari 2015 - KL Metropolitan University College (KLMUC)
- 24 Februari 2015 - UNITAR International University
- 26 Februari 2015 - UiTM Lendu, Melaka
Pertandingan Drama Pendek DFKL 2015
[sunting | sunting sumber]Sempena DFKL 2015, TV3 dan TV9 juga telah bekerjasama menganjurkan pertandingan drama pendek yang telah pun dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula 1 November 2014 hingga 8 Februari 2015 lalu menerusi laman web veedo di www.veedo.my. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM18,000 dan telah menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada orang awam. Lebih menarik lagi, drama yang memenangi peraduan ini akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9.
Bengkel DFKL 2015 (14 dan 15 Mac 2015)
[sunting | sunting sumber]Bagi tahun kedua ini, DFKL 2015 mendapat sokongan yang amat padu daripada para karyawan yang teruja untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang mereka bergiat dalam industri hiburan dalam sesi bengkel selama dua hari yang dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2015 di Balai Berita NSTP nanti [2]. Antara selebriti dan karyawan yang akan terlibat dalam sesi bengkel pada tahun ini adalah:
- Bengkel Lakonan
- Sheila Rusly, penerbit dan pelakon komedi
- Remy Ishak, pelakon drama dan filem
- Noorkhiriah Ahmad Shapie, pelakon komedi dan drama
- Ady Putra, pelakon filem
- Bengkel Pengarahan
- Azman Yahya (Jinggo), pengarah drama
- Nik Amir Mustapha, pengarah filem muda
- Yusof Haslam, penerbit dan pengarah filem
- Khai Baha, penerbit penyelaras filem dan drama
- Bengkel Animasi
- Nizam Razak, dari Animonsta Studio
- Syed Nurfaiz Khalid , Les’ Copaque
- Tariq Mohd Noh, Glues Studios
- Usamah Zaid, Wau Studio
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur
[sunting | sunting sumber]Penganjuran pertama kali Anugerah DFKL pada tahun lalu juga membuktikan penerimaan penonton apabila menerima 2.2 juta tontonan apabila ditayangkan di TV3. 8 kategori akan dipertandingkan diantaranya Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Drama Pilihan, Penulis Skrip Drama Pilihan, Barisan Pelakon Drama Pilihan, Hero dan Heroin Pilihan dan Drama Pendek Pilihan yang bakal berlangsung 20 Mac nanti. Drama yang dipilih adalah menerusi drama yang mencatatkan penonton tertinggi di setiap slot drama di TV3 dan TV9[3]. Berikut adalah senarai drama, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang tercalon untuk Malam Anugerah DFKL 2015:
Senarai Siri Drama yang bertanding
[sunting | sunting sumber](Drama; pengarah; penulis; pelakon utama)
- "Cerita Cinta Kita" (Azmi Hatta ;Zarihah Hassan; Aeril Zafrel dan Wawa Zainal)
- "Menjinak Ombak" (Along Kamaluddin; Azlina Din ; Shukri Yahaya dan Risteena Munim)
- "Selamat Pengantin Madu" (Noraini Baba ;Ibrahim Ilyas; Aiman Hakim dan Fasha Sandha)
- "Rindu Awak 200%" (Aidilfitri Mohamed Yunos; Nieza Zahar; Zul Ariffin dan Ayda Jebat)
- "Jiwa" (Khabir Bhatia & Labu; Fairul Nizam; Remy Ishak, Kamal Adli dan Faizal Hussein)
- "Kristal Maya" (Azmi Hatta; Eja Lorena; Shahz Jaszle dan Amyra Rosli)
- "Setitis Kasih Darmia" (Jamal Khan; Rozie Rashid; Shaarnaz Ahmad dan Nelydia Senrose)
- "Cinta Pandang Kedua" (Jet Li ; Maizura Ideris; Dazrin Kamaruddin dan Izara Aishah)
- "Menantu 10 Ribu" (Lizam Togel; Rosmadewi Mohamed Zain ; Fizz Fairuz dan Reen Rahim)
- "Bedah vs Joyah" (Nazir Jamaluddin ;MF Kenchana; Bell Ngasri, Jasmin Hamid dan Noorkhiriah Ahmad Shapie)
Senarai Calon & Pemenang
[sunting | sunting sumber]Nama-nama pemenang terletak di atas setiap senarai dan berhuruf tebal.
Drama Pilihan | Pengarah Drama Pilihan |
---|---|
|
|
Pelakon Drama Lelaki Pilihan | Pelakon Drama Wanita Pilihan |
---|---|
|
|
Hero-Heroin Drama Pilihan | Barisan Pelakon Drama Pilihan |
---|---|
|
|
Penulis Skrip Drama Pilihan | Drama Pendek Pilihan |
---|---|
|
|
Persembahan
[sunting | sunting sumber]Perantara Majlis
[sunting | sunting sumber]Muzikal/Nyanyian
[sunting | sunting sumber]- Pembukaan: Muzikal dari filem "Showdance"
- Aiman Hakim Ridza & Fathia Latif - "Kisah Kita" (OST Bencinta)
- Najwa Latif - "Hilang" (OST Kristal Maya)
- Syam Kamarul - "Selamaku Bernafas" (OST Bila Hati Berbicara)
- Azmil dan Sarah (Mentor Legend) - "Kau Tercipta" (OST Istikharah Cinta)
- Penutup: Black Hanifah - "Romancinta" (OST Kifarah)
Sketsa
[sunting | sunting sumber]- Sketsa 1 : Afdlin Shauki, Ziela Jalil dan Norish Karman - "Dilema penulis skrip"
- Sketsa 2 : Azhar Sulaiman dan Afdlin Shauki - "Aku pengarah bagus tapi tak tercalon?"
- Sketsa 3 : Erma Fatima dan Balkisyh Semundur Khan - "Hero Malaya"
- Sketsa 4 : Afdlin Shauki, Liyana Jasmay dan Norish Karman - "Suamiku Hero Drama"
- Sketsa 5 : Afdlin Shauki, Azhar Sulaiman, Norish Karman, Ziela Jalil, Umie Aida dan Yusof Haslam - "Anugerah syok sendiri"
Penyampai Piala
[sunting | sunting sumber]- Nelydia Senrose
- Zul Ariffin
- Ungku Ismail Aziz
- Elizad Sharifuddin
- Sharnaaz Ahmad
- Izreen Azminda
- Umie Aida
- Yusof Haslam
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-23.
- ^ http://www.budiey.com/drama-festival-kuala-lumpur-dfkl-2015/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-23.