Anugerah Cy Young
Anugerah Cy Young (bahasa Inggeris: Cy Young Award ) merupakan anugerah tahunan yang diberikan kepada pitcher terbaik di Major League Baseball (MLB) yang terbahagi kepada dua kategori iaitu American League (AL) dan National League (NL). Anugerah Cy Young mula diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Pesuruhjaya Besbol Ford Frick sebagai tanda penghargaan kepada pitcher Balai Kemahsyuran, Cy Young yang meninggal dunia pada 1955. Anugerah ini asalnya disampaikan kepada seorang pitcher untuk seluruh MLB tetapi pada tahun 1967, selepas persaraan Frick, anugerah ini mula disampaikan kepada pitcher di setiap liga.[1][2]
Anugerah berdasarkan setiap liga akan diundi oleh anggota Baseball Writers' Association of America, yang mempunyai seorang perwakilan dari setiap pasukan. Sehingga musim 2010, setiap pengundi akan meletakkan satu undi kepada pitcher di tempat pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima dari setiap liga. Rumus untuk mengira skor akhir ialah jumlah hasil tambah undian. [A] Pitcher yang mengutip skor tertinggi di setiap liga akan layak menjadi pemenang.[1] Sekiranya terdapat dua pitcher berkongsi bilangan undi yang sama, anugerah tersebut akan dikongsi.[3] Dari tahun 1970 sehingga 2009, penulis akan mengundi tiga orang pitcher dengan rumus sebanyak lima mata untuk pitcher di tempat pertama, tiga mata untuk pitcher di tempat kedua dan satu mata untuk pitcher di tempat ketiga. Sebelum tahun 1970, penulis hanya mengundi untuk pitcher terbaik dengan menggunakan rumus satu mata setiap undian.
Pemenang
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tahun musim Major League Baseball. |
ERA | Purata peroleh larian |
(#) | Bilangan kemenangan diraih oleh pitcher yang memenangi anugerah beberapa kali |
---|---|
* | Turut menjadi Pemain Terbaik (11 kali berlaku setakat 2020) |
** | Turut memenangi Rookie Terbaik (sekali berlaku setakat 2020, oleh Fernando Valenzuela) |
Anggota Muzium dan Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan (21 orang meraihnya setakat 2020) |
Gabungan Major League (1956–1966)
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pitcher | Pasukan | Rekod[B] | Save[C] | ERA | K |
---|---|---|---|---|---|---|
1956 | Don Newcombe* | Brooklyn Dodgers (NL) | 27–7 | 0 | 3.06 | 139 |
1957 | Warren Spahn | Milwaukee Braves (NL) | 21–11 | 3 | 2.69 | 111 |
1958 | Bob Turley | New York Yankees (AL) | 21–7 | 1 | 2.97 | 168 |
1959 | Early Wynn | Chicago White Sox (AL) | 22–10 | 0 | 3.17 | 179 |
1960 | Vern Law | Pittsburgh Pirates (NL) | 20–9 | 0 | 3.08 | 120 |
1961 | Whitey Ford | New York Yankees (AL) | 25–4 | 0 | 3.21 | 209 |
1962 | Don Drysdale | Los Angeles Dodgers (NL) | 25–9 | 1 | 2.84 | 232 |
1963 | Sandy Koufax* | Los Angeles Dodgers (NL) | 25–5 | 0 | 1.88 | 306 |
1964 | Dean Chance | Los Angeles Angels (AL) | 20–9 | 4 | 1.65 | 207 |
1965 | Sandy Koufax (2) | Los Angeles Dodgers (NL) | 26–8 | 2 | 2.04 | 382 |
1966 | Sandy Koufax (3) | Los Angeles Dodgers (NL) | 27–9 | 0 | 1.73 | 317 |
American League (1967–kini)
[sunting | sunting sumber]National League (1967–kini)
[sunting | sunting sumber]Pemenang berganda
[sunting | sunting sumber]Terdapat 21 orang pitcher yang memenang anugerah ini berganda. Roger Clemens kini memegang rekod sebagai peraih terbanyak iaitu tujuh anugerah dan anugerah sulung dan terakhir beliau dipisahkan dengan jarak 18 tahun. Greg Maddux (1992–1995) dan Randy Johnson (1999–2002) telah berkongsi rekod sebagai peraih anugerah terbanyak berturut-turut iaitu empat. Kemudian, Clemens, Johnson, Pedro Martínez, Gaylord Perry, Roy Halladay dan Max Scherzer merupakan hanya pitcher yang meraih anugerah ini ketika mewakili pasukan di saingan American League dan National League; Sandy Koufax pula merupakan satu-satunya pitcher yang meraih anugerah ini secara berganda ketika era anugerah ini disampaikan di peringkat Major League Baseball secara keseluruhan. Roger Clemens menjadi pitcher termuda untuk meraih Anugerah Cy Young kedua manakala Tim Lincecum menjadi pitcher termuda meraihnya di National League dan Clayton Kershaw pula pitcher kidal termuda meraihnya. Kershaw juga pitcher termuda meraih Anugerah y Young buat kali ketiga. Clemens merupakan pitcher tunggal yang meraih anugerah ini bersama empat pasukan berbeza. Justin Verlander pula memiliki tempoh jauh antara anugerah pertama dirangkulnya (2011) dan kedua (2019).
Pitcher | # Anugerah | Tahun |
---|---|---|
Roger Clemens | 7 | 1986, 1987, 1991, 1997, 1998, 2001, 2004 |
Randy Johnson | 5 | 1995, 1999, 2000, 2001, 2002 |
Steve Carlton | 4 | 1972, 1977, 1980, 1982 |
Greg Maddux | 1992, 1993, 1994, 1995 | |
Sandy Koufax | 3 | 1963, 1965, 1966 |
Tom Seaver | 1969, 1973, 1975 | |
Jim Palmer | 1973, 1975, 1976 | |
Pedro Martínez | 1997, 1999, 2000 | |
Clayton Kershaw | 2011, 2013, 2014 | |
Max Scherzer | 2013, 2016, 2017 | |
Justin Verlander | 2011, 2019, 2022 | |
Denny McLain | 2 | 1968, 1969 |
Bob Gibson | 1968, 1970 | |
Gaylord Perry | 1972, 1978 | |
Bret Saberhagen | 1985, 1989 | |
Tom Glavine | 1991, 1998 | |
Johan Santana | 2004, 2006 | |
Tim Lincecum | 2008, 2009 | |
Roy Halladay | 2003, 2010 | |
Corey Kluber | 2014, 2017 | |
Jacob deGrom | 2018, 2019 |
Kemenangan oleh pasukan
[sunting | sunting sumber]Hanya dua pasukan yang belum melahirkan pitcher untuk meraih Anugerah Cy Young. Pasukan Brooklyn/Los Angeles Dodgers merangkul anugerah ini terbanyak berbanding mana-mana pasukan iaitu dengan 12 kali.
Pasukan | # Anugerah | Tahun |
---|---|---|
Brooklyn/Los Angeles Dodgers | 12 | 1956, 1962, 1963, 1965, 1966, 1974, 1981, 1988, 2003, 2011, 2013, 2014 |
Milwaukee/Atlanta Braves | 7 | 1957, 1991, 1993–1996, 1998 |
Philadelphia Phillies | 1972, 1977, 1980, 1982, 1983, 1987, 2010 | |
Boston Red Sox | 1967, 1986, 1987, 1991, 1999, 2000, 2016 | |
New York Mets | 1969, 1973, 1975, 1985, 2012, 2018, 2019 | |
Baltimore Orioles | 6 | 1969, 1973, 1975, 1976, 1979, 1980 |
Cleveland Indians | 1972, 2007, 2008, 2014, 2017, 2020 | |
Arizona Diamondbacks | 5 | 1999–2002, 2006 |
Detroit Tigers | 1968, 1969, 1984, 2011, 2013 | |
New York Yankees | 1958, 1961, 1977, 1978, 2001 | |
Oakland Athletics | 1971, 1974, 1990, 1992, 2002 | |
Chicago Cubs | 1971, 1979, 1984, 1992, 2015 | |
Toronto Blue Jays | 1996–1998, 2003, 2021 | |
Houston Astros | 1986, 2004, 2015, 2019, 2022 | |
Kansas City Royals | 4 | 1985, 1989, 1994, 2009 |
Minnesota Twins | 1970, 1988, 2004, 2006 | |
San Diego Padres | 1976, 1978, 1989, 2007 | |
Chicago White Sox | 3 | 1959, 1983, 1993 |
San Francisco Giants | 1967, 2008, 2009 | |
St. Louis Cardinals | 1968, 1970, 2005 | |
Montreal Expos/Washington Nationals | 1997, 2016, 2017 | |
Milwaukee Brewers | 1981, 1982, 2021 | |
Los Angeles Angels | 2 | 1964, 2005 |
Pittsburgh Pirates | 1960, 1990 | |
Seattle Mariners | 1995, 2010 | |
Tampa Bay Rays | 2012, 2018 | |
Cincinnati Reds | 1 | 2020 |
Miami Marlins | 2022 | |
Colorado Rockies | 0 | none |
Texas Rangers | none |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Cy Young Award on Baseball Almanac". BaseballAlmanac.com. Dicapai pada October 22, 2008.
- ^ Cy Young Award Winners (American League). MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada November 1, 2009. Dicapai pada November 1, 2008.
- ^ "Cy Young Award voting results". Baseball Digest. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada December 19, 2007. Dicapai pada November 1, 2008.