Antanom
Antenom atau Antanom (nama penuh Datuk Seri Panglima Ontoros bin Endoi @ Antanom) (1885 – 1915) ialah pahlawan Murut yang terkenal dan perkasa[perlu rujukan] dari Borneo Utara (kini Sabah), Malaysia yang menurut sejarah lisan tempatan didakwa memiliki kuasa sakti. Oleh itu, dia telah menerima sokongan daripada ketua dan penduduk dari kampung sekitar Keningau, Tenom, Pensiangan dan Rundum lalu mendorong kepada kebangkitan Rundum menentang Syarikat Borneo Utara British tetapi telah terbunuh semasa pertempuran dengan tentera syarikat di Sungai Selangit berhampiran Pensiangan.[1]
Revolusi Rundum
[sunting | sunting sumber]Di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (British Chartered North Borneo Company, BCNBC), selain mengenakan pelbagai cukai yang tidak pernah didengari oleh penduduk tempatan, pihak British turut memaksa setiap pasangan Murut yang memiliki dua orang anak untuk menyerahkan seorang daripada mereka sebagai buruh syarikat.
Hilang sabar, Ontoros Antanom mengumpulkan hampir seribu orang pahlawan Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan untuk menentang empayar British pada tahun 1915. Pegawai British dikejutkan dengan beratus-ratus pahlawan Murut membanjiri bangunan pentadbiran mereka dan menyerang mereka. Ontoros Antanom membina beberapa kubu dengan terowong bawah tanah dan rumah.
Pada April 1915, pihak British menghantar 400 orang tentera yang dilengkapi dengan senjata api bagi menyerang balas. Sungguhpun pihak Murut hanya memiliki senjata asas seperti sumpitan, pedang dan lembing, tentera British gagal menundukkan mereka. Dengan itu, pihak British memasang perangkap dengan menawarkan perundingan damai di Rundum. Apabila Ontoros Antanom dan pengikutnya dalam perjalanan ke tapak tersebut, mereka dikepung dan ditahan oleh beratus-ratus orang tentera British. Selepas itu, Ontoros Antanom telah dihukum mati oleh pihak British.[2]
Antanaaom
- ^ Regina Lim; Institute of Southeast Asian Studies (2008), Federal-state relations in Sabah, Malaysia: the Berjaya administration, 1976-85, Institute of Southeast Asian Studies, m/s. 29, ISBN 978-981-230-812-2
- ^ http://www.youtube.com.my/?p=1489[pautan mati kekal]