Pergi ke kandungan

Anjing Hokkaido

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Hokkaido
Nama lain
  • Anjing Ainu
  • Seta
Negara asalJepun
Trait
Tinggi Jantan 19.1–20.3 inci (48.5–51.5 cm)
Betina 17.9–19.1 inci (45.5–48.5 cm)
Warna bijan, brindle, merah, hitam, hitam dan sawo matang, putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Hokkaido atau hanya hokkaido[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Jepun. Nama lain untuk baka ini termasuklah anjing Ainu[b] dan seta. Anjing Hokkaido adalah asli di Wilayah Hokkaidō di Jepun.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Dua ekor anjing

Anjing ini bersaiz sederhana dengan telinga segi tiga menegak. Mata hitam kecilnya mempunyai garis luar segi tiga menaik. Anjing Hokkaido mempunyai lapis bulu dengan bulu panjang dan kaku dan lapis bulu kedua yang lebih pendek dengan bulu lembut. Warna termasuklah merah, putih, hitam, brindle, bijan, hitam dan sawo matang, dan kelabu serigala. Jantan bianyasa setinggi 50 cm (20 in) pada paras kelasa, manakala betinanya lebih rendah, dengan jisim tubuh dalam julat 20 kg (44 lb). Anjing yang dibiakbakakan di benua di luar tanah airnya mungkin lebih kecil.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Anjing Hokkaido mempunyai kadar sangat tinggi bagi anomali mata collie (CEA). Kira-kira 1/3 anjing Hokkaido terjejas akibat CEA sementara selebih 2/3 merupakan pembawa.[1][2]

Sejarah dan zuriat

[sunting | sunting sumber]

Semua anjing asli Jepun, termasuk anjing Hokkadio, dipercayai berasal daripada anjing yang dibawa ke Jepun semasa zaman Jomon.[3] Anjing Hokkaido dipercayai berasal daripada anjing bersaiz sederhana yang dibawa oleh penghijrah dari pulau utama Honshū pada tahun 1140-an.[4][5] Pada tahun 1869, ahli zoologi Inggeris Thomas W. Blakiston memberi baka ini nama Hokkaido. Baka ini berguna dalam pencarian orang terselamatan daripada rejimen Tentera Darat Imperial Jepun yang terkandas di dalam salji tebal semasa melintasi Pergunungan Hakkōda di Wilayah Aomori pada tahun 1902.

Pada tahun 1937, anjing Ainu dinamakan di Jepun sebagai "monumen semula jadi hidup"[6] dan "spesies jarang yang dilindungi oleh undang-undang" oleh Kementerian Pendidikan dan keputusan dibuat bahawa nama rasmi bagi baka ini ialah Hokkaidō inu. Walau bagaimanapun, anjing ini hampir sentiasa dipanggil Hokkaidō ken sesama orang Jepun.

Baka ini amat jarang di luar tanah airnya.

  1. ^ Jawi: انجيڠ هوکاءيدو; هوکاءيدو; Jepun: 北海道犬; 北海道, rumi: Hokkaidō inu, Hokkaidō ken, hokkaidō
  2. ^ Jawi: انجيڠ اءينو; Jepun: アイヌ犬, rumi: Ainu ken
  1. ^ Mizukami et al. 2014, halaman 174
  2. ^ Mizukami, Keijiro; Chang, Hye-Sook; Ota, Mitsuharu; Yabuki, Akira; Hossain, Mohammad A.; Rahman, Mohammad M.; Uddin, Mohammad M.; Yamato, Osamu (29 September 2011). "Collie eye anomaly in Hokkaido dogs: case study" [Anomali mata collie pada anjing Hokkaido: kajian kes]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 15 (2): 128–132. doi:10.1111/j.1463-5224.2011.00950.x. ISSN 1463-5224. PMID 22051190. S2CID 11828570.
  3. ^ Tanabe 2006, halaman 379–380
  4. ^ Anderson 2012, halaman 21
  5. ^ FCI 2017, halaman 2
  6. ^ Anderson 2012, halaman 22

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]