Anim Ezati Rizki
Anim Ezati Rizki | |
---|---|
Kelahiran | Anim Ezati Rizki binti Md Khalid 28 Mac 1992 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2017–kini |
Majikan | Media Prima (sejak 2017) |
Terkenal kerana | Malaysia Hari Ini, 999 |
Pasangan | Fadli Shahudin (k. 2019; c. 2022) |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Ramzan Mohd Saufi (Abang ipar) |
Anim Ezati Rizki Mohd Khalid (lahir 28 Mac 1992) merupakan seorang pengacara televisyen dan wartawan Malaysia, terkenal sebagai pengacara Malaysia Hari Ini dan 999.[1] Sebelum menyertai TV3 beliau pernah menjadi pramugari AirAsia antara tahun 2014 sehingga 2017.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Dari sisi kehidupan Anim pernah bercinta dengan bekas pemain Johor Darul Ta'zim F.C. (JDT) Safawi Rasid tetapi berpisah pada tahun 2019.[2] Anim mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Fadli Sahuddin seorang pemilik syarikat peralatan majlis dan bengkel motorsikal pada 28 Disember 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yara Alanna Khalsom pada 9 September 2020 di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. Mereka telah berpisah pada awal tahun 2022.[3]
Anim juga mempunyai hubungan dengan abang iparnya Ramzan Mohd Saufi yang juga pembaca berita Buletin Utama kerana adik beliau bernama Arshad Mohd Saufi berkahwin dengan kakak kepada Anim pada 2021. Sementara itu selepas Anim bercerai dengan bekas suaminya beliau kini menjalinkan hubungan dengan pelakon Paskal The Movie iaitu Taufiq Hanafi kerana pada malam tayangan filem Malbatt: Misi Bakara, Anim disamping dengan Taufiq sekali gus tanda tanya status hubungan.[4]
Bagaimanapun hubungan Anim dengan Taufiq berakhir di tengah jalan namun tidak lama kemudian pada akhir April 2024 beliau berkahwin kali kedua tetapi tidak diperincikan latar belakang suami sekarang serta perkahwinan itu kepada tatapan umum [5][1]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2021 | J2: J Retribusi | Pengacara 999 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Pitch Side Football untuk Liga Malaysia | Pengacara | TV3 |
2017–kini | Malaysia Hari Ini | ||
2017–2020 | 999 | ||
2020–kini | Helo Doktor | ||
2023–kini | Sembang Sahur | ||
2023 | Astro Go Shop | Astro | |
2023–2024 | Helo Doktor Gigi (Musim 2) | TV3 |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Bintang Olay 2017
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ramlah Zainal (8 Februari 2018). "Beri sepenuh komitmen". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 16 Jun 2018.
- ^ "Anim Ezati Doakan Kebahagiaan Safawi Rasid & Syifa Melvin". Oh Bulan. 2 Disember 2022. Dicapai pada 6 Disember 2022.
- ^ "Hos Malaysia Hari Ini, Anim Ezati Sudah Bercerai, "Kami Berpisah Awal Tahun Ini"". Media Hiburan. 5 Disember 2022. Dicapai pada 6 Disember 2022.
- ^ {{cite web|url=htts:https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/09/10/sudah-hampir-setahun-putus-tunang-taufiq-hanafi-kini-rapat-dengan-personaliti-tv-anim-ezati
- ^ Aqilah (2024-07-19). "Kembali Bergelar Isteri, Anim Ezati Ada Sebab Rahsiakan Perkahwinan – "Kalau Cerita, Orang Buat Spekulasi & Kaitkan Dengan Kisah Lama"". XTRA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-09.
4.^https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/02/1069361/pembedahan-bariatrik-bukan-nak-cantik-sahaja-anim-ezati 5.^https://ohbulan.com/video-bahagia-aku-mungkin-bukan-dalam-perkahwinan-buat-masa-ini-anim-ezati