Pergi ke kandungan

Amemait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran perinci dari Papyrus Hunefer (sekitar. 1375 B.C.) menunjukkan jantung Hunefer sedang ditimbang pada penimbang Maat dengan pelepah kebenaran, oleh Anubis berkepala serigala. Thoth berkepala burung, penulis para dewa, merakamkan keptusannya. Sekiranya jantungnya lebih ringan dari pelepah, Hunefer dibenarkan melalui ke alam baghzah. Sekiranya tidak dia akan dimakan oleh Ammit yang menunggu. Lukisan vinteg sebegini merupakan gambaran biasa dalam buku kematian Mesir.[1]

Amemait atau Dewi Ammut merupakan dewi dunia bawah yang badannya separuh badak air, separuh singa, dan separuh buaya. Dewi Ammut akan membaham orang mati yang berdosa, yang dinilai melalui apa yang mereka lakukan semasa hidup dan apa yang mereka tinggalkan terungkai.

Dia ditakuti, tetapi orang-orang Mesir kuno mempercayai bahawa sihir dapat mengatasi tindakannya. Dia telah ditafsirkan sebagai satu bentuk Ma'at. (Ellis; Faulkner 1990; Wilkinson)

Peradapan Mesir telah wujud lebih 3,000 tahun dan perkembangan ugama di Mesir kuno telah membantu mewujudkan banyak dewa dewi yang disembah bagi pelbagai sebab, dan pelbagai upacara keugamaan yang telah diamalkan pada masa tersebut.

  • Encyclopedia of Goddesses and Heroines By PATRICIA MONAGHAN
  • Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, 2002, 1991 Margaret R. Bunson, Facts On File, ISBN 0-8160-4563-1 (kulit keras)
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-26. Dicapai pada 2012-08-15.