Pergi ke kandungan

Sein dan Luna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sein dan Luna
GenreCinta, drama
Ditulis olehSyed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PengarahMohd Fazli "Pali" Yahya
Dibintangi oleh
Syazuwan Hassan
Mimi Lana
Lagu pembukaan"Pulang" oleh Yuna dan SonaOne
Lagu penutup"Pulang" oleh Yuna SonaOne
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitZulkefee Mohd Said
LokasiKuala Lumpur
Putrajaya
SinematografiAhmad Safian Md Deli
Iskandar Halim (pembantu)
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal9 Disember 2016 – 6 Januari 2017
Kronologi
MengikutiMr. Donat Karamel
Diikuti olehMak Cun

Sein dan Luna ialah siri drama romantik Malaysia 2016 arahan Mohd Fazli "Pali" Yahya,[1] dibintangi oleh Syazuwan Hassan dan Mimi Lana.[2] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 9 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017 menggantikan Mr. Donat Karamel.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Ia mengisahkan tentang kisah percintaan antara Sein dan Luna. Sein dan Luna mula berkawan baik sejak zaman sekolah menegah. Mereka bertemu apabila Sein lari dari hostel kerana terlalu bosan duduk di hostel dan Sein baru sahaja bergaduh dengan kawan hostelnya, Sein lari dari hostel untuk bersiar-siar sementara tetapi setelah lama keluar Sein tidak tahu jalan untuk ke hostelnya dan dia terlalu penat untuk berjalan pulang lalu dia mengambil keputusan untuk tidur di hadapan rumah Luna, awal pagi tersebut sewaktu ibu Luna hendak ke surau untuk mengerjakan solat subuh ternampak Sein yang sedang nyenyak tidur lalu mengejutkannya dan bertanya asal usul Sein. Sejak haritu Sein sering kerumah Luna agar dapat bertemu dengan kuluarga Luna dan keluarga Luna juga sudah menganggap Sein sebagai keluarga. Mereka sering menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran mereka, dan sering bergurau, Lama kelamaan Sein dan Luna berkawan dengan rapat dan Dalam diam, mereka menyintai antara satu sama lain tetapi tidak berani untuk mengaku perasaan mereka. Peperiksaan telah berakhir mereka sudah habis sekolah menengah tetapi menunggu keputusan peperiksaan Spm, Sebelum Sein meninggalkan kampung Sein bertemu dengan Luna dan mereka berjanji akan bertemu kembali di sebuah tempat selepas menerima keputusan SPM mereka tetapi mereka berjanji jika salah satu dari mereka harus mencari satu kekasih hati dan jika mereka berdua masih 'single' maka mereka mungkin ada jodoh dan Luna akan menerima pinangan sein.

Sehingga hari tersebut tiba, Sein membawa kawan rapatnya untuk menerima keputusannya, mereka bertemu di tempat yang dijanjikan dan Sein malu memberitahu Luna bahawa dia masih tiada kekasih, dan sama juga dengan Luna yang masih tiada kekasih tetapi Sein dan Luna ego dan menunjukkan bahawa mereka sudah ada pasangan, Luna memberi tahu bahawa dia sudah bertunang dengan kawannya dan Sein pula memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan Wardah. Luna kecewa dan mengambil keputusan untuk meneruskan pelajarannya.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 Aktor Pilihan Syazuwan Hassan Tercalon [6]
Aktres Pilihan Mimi Lana Tercalon
Antagonis Pilihan Shiqin Kamal Tercalon
Pengarah Pilihan Pali Yahya Tercalon
Skrip Pilihan Syed Mohamad Taufik Tercalon
Lagu Pilhan Pulang – Yuna & SonaOne Tercalon
Pasangan Pilihan Syazuwan Hassan & Mimi Lana Tercalon
Drama Pilihan Sein dan Luna Tercalon
  1. ^ Drama Sein dan Luna (TV3) My Infotaip (13 Disember 2016). Dicapai pada 16 Februari 2017.
  2. ^ a b c New acts on the block: Syazuwan Hassan and Mimi Lana, join a growing number of Malaysian talents New Straits Times (4 Januari 2017). Dicapai pada 13 Mac 2017.
  3. ^ Sein dan Luna (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Disember 2016). Risau penerimaan peminat Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2017.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (8 April 2017). Hargai peluang kedua Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2017.
  6. ^ Kuasa pilih pemenang Anugerah DFKL 2018 di tangan peminat Utusan Borneo (6 Februari 2018). Dicapai pada 7 Mei 2018.