Pergi ke kandungan

Voltaire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Voltaire
Potret Nicolas de Largillière, sekitar 1724
Potret Nicolas de Largillière, sekitar 1724
LahirFrançois-Marie Arouet
(1694-11-21)21 November 1694
Paris, Kerajaan Perancis
Meninggal dunia30 Mei 1778(1778-05-30) (umur 83)
Paris, Kerajaan Perancis
Tempat pengebumianPanthéon, Paris, Perancis
PekerjaanPenulis, ahli falsafah
BahasaPerancis
Alma materCollège Louis-le-Grand
Rakan kongsiÉmilie du Châtelet (1733–1749)
Voltaire
EraZaman Pencerahan
FalsafahFalsafah Barat
Falsafah Perancis
SekolahLumières
Philosophes
Deisme
Liberalisme klasik
Kepentingan utama
Falsafah politik, sastera, historiografi, Kritikan Alkitab
Idea cemerlang
Falsafah sejarah,[1] kebebasan beragama, kebebasan bersuara, pemisahan di antara agama dan negara
Tandatangan

François-Marie Arouet (21 November 1694 – 30 Mei 1778) atau lebih dikenali dengan nama penanya Voltaire ialah seorang penulis, deis dan ahli falsafah semasa Zaman Kesedaran Perancis.

Beliau dikenali dengan akalnya yang tajam, penulisan falsafah, perjuangan hak-hak seseorang dan pertahanan hak-hak sivil termasuk kebebasan beragama dan hak ke atas perbicaraan yang adil. Beliau ialah seorang yang kuat bersuara mengenai pergaturan semula masyarakat semasa undang-undang yang menghalang kebebasan bersuara yang membawa hukuman berat dikuatkuasakan di Perancis. Beliau banyak mengkritik dogma Gereja dan institusi Perancis dengan penulisan sinisnya. Pendapatnya yang membentuk pemikiran liberalisme membuatkannya sebagai salah satu tokoh yang paling berpengaruh di waktunya.

Masa awal

[sunting | sunting sumber]

Voltaire dilahirkan di Paris, Perancis pada 1694 sebagai anak kepada seorang notari awam, Francois Arouet dan isterinya, Marie Marguerite D'Aumard. Kebanyakan kehidupan Arouet berpusat di Paris hingga dibuang negeri. Beliau belajar di Collège Louis-le-Grand, di mana pendidikan seninya bermula. Namun, beliau mengaku bahawa beliau tidak belajar apa-apa melainkan "Latin dan Kebodohannya." Voltaire belajar di situ selama lapan tahun, di mana meskipun bersikap memandang hina, pusat pengajian tersebut masih membenarkan kemajuannya dalam bakat kesusasteraannya, terutamanya dalam bidang teater.

Selepas graduasi, Voltaire memulakan kerjayanya dalam penulisan. Namun begitu, bapanya berhasrat untuk memastikan Voltaire berpendidikan bidang perundangan. Voltaire kemudiannya berpura-pura bekerja di Paris sebagai pembantu hakim meskipun kebanyakan masanya dihabiskan untuk menulis puisi-puisi kasar. Setelah perkara itu terbongar, bapanya menghantar Voltaire sekali lagi untuk diajarkan perundangan dalam negeri. Meskipun begitu, beliau meneruskan penulisannya, kini menulis karangan dan perihal sejarah (walaupun tidak selalunya tepat). Fikiran satira Voltaire telah menjadikannya terkenal dalam kalangan keluarga aristokrat dan teruskan penulisannya berkenaan tokoh-tokoh sejarah terkemuka. Salah satu hasilnya ialah berkenaan pemangku raja Louis XV, Philippe II lalu menyebabkan beliau dihantar ke Bastille. Semasa dipenjarakan, Arouet menulis lakon pertamanya, Oedipe dan di sinilah beliau mendapat nama Voltaire. Kejayaan Oedipe memulakan pengaruh Voltaire dan membawanya ke Zaman Pencerahan Perancis.

Pembuangan ke England

[sunting | sunting sumber]

Tikam balas Voltaire terus memberikannya masalah. Selepas mencela seorang bangsawan muda, Chevalier de Rohan, keluarga Rohan mengeluarkan sebuah lettre de cachet, suatu waran rahsia yang membolehkan hukuman kepada seseorang yang tidak melakukan apa-apa kesalahan dan menggunakannya untuk membuang Voltaire tanpa perbicaraan. Peristiwa ini menjadi permulaan percubaan Voltaire untuk membaiki sistem perundangan Perancis.

Pembuangan Voltaire ke England banyak mempengaruhinya melalui buah fikiran dan pengalaman. Voltaire kagum dengan sistem monarki England bersama dengan kebebasan bersuara dan beragama di situ. Beliau juga menemui beberapa tokoh terkenal dan terpengaruh oleh penulis seperti Shakespeare yang dilihat olehnya sebagai orang yang sepatutnya dicontohi para penulis Perancis. Kebanyakan karyanya dipengaruhi penetapannya di sini. Selepas tiga tahun dibuang negeri, Voltaire pulang ke Paris dan menerbitkan fikirannya berkenaan kerajaan Inggeris dalam sebuah dokumen fiksyen bertajuk Lettres philosophiques (Surat Falsafah). Oleh kerana beliau menganggap sistem monarki England lebih maju dan lebih memelihara hak manusia, terutamanya dalam aspek kebebasan agama berbandingkan Perancis, surat-surat tersebut mendapat kontroversi yang hebat di Perancis, sehinggakan salinan dokumen tersebut dibakar dan Voltaire terpaksa meninggalkan Paris.

Akhir hayat

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Voltaire, La philosophie de l'histoire, Changuion, 1765.
  2. ^ Susan Sarah Cohen (24 May 2012). 2000. Walter de Gruyter. m/s. 90. ISBN 978-3-11-095695-5.
  3. ^ "Christopher Hitchens' Defense of the Enlightenment". 28 July 2018.
  4. ^ Heiner F. Klemme, Manfred Kuehn (30 June 2016). The Bloomsbury Dictionary of Eighteenth-Century German Philosophers. Bloomsbury. m/s. 821. ISBN 978-1-4742-5600-1.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]