Pergi ke kandungan

C-17 Globemaster III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
C-17 Globemaster III
Kapal terbang C-17 Globemaster III semasa berlepas.
Peranan Pengangkut strategik
Pengeluar McDonnell Douglas/Boeing
Penerbangan sulung 15 September 1991
Mula digunakan 14 Julai 1993
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja British
Tentera Udara Diraja Australia
Tentera Udara Kanada
Jumlah dibina 179 buah setakat April 2008[1]
Dibangunkan dari McDonnell Douglas YC-15

Boeing (dahulunya McDonnell Douglas) C-17 Globemaster III adalah pesawat pengangkut strategik yang dikeluarkan oleh syarikat Boeing Integrated Defense Systems, dan kini digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Udara Diraja British, Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja Kanada.[2] NATO juga merancang untuk memperolehi kapal terbang pengangkut strategik ini.

C-17 Globemaster III berupaya membuat penghantaran strategik anggota tentera dan semua jenis kargo dengan pantas ke pangkalan operasi atau terus ke pangkalan hadapan dalam kawasan pergolakan. Kapal terbang ini juga berupaya untuk melaksanakan penghantaran udara taktikal, pemindahan perubatan dan misi penguguran dari udara. C-17 mendapat namanya daripada kapal terbang kargo Tentera Udara A.S sebelumnya iaitu, C-74 Globemaster dan C-124 Globemaster II.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1970-an, Tentera Udara A.S. mula merancang untuk menggantikan kapal terbang pengangkut taktikal C-130 Hercules. Pertandingan pesawat pengangkut sederhana STOL termaju (AMST) telah diadakan, firma Boeing telah mencadangkan kapal terbang YC-14, manakala firma McDonnell Douglas pula telah mencadangkan kapal terbang YC-15. Meskipun cadangan dari kedua-dua firma ini melangkaui spesifikasi yang ditetapkan, pertandingan AMST telah dibatalkan sebelum pemenangnya dipilih.[3]

Reka bentuk McDonnell Douglas YC-15 yang telah digunakan sebagai asas bagi C-17.

Pada awal tahun 1980-an, Tentera Udara A.S mendapati mereka memiliki sejumlah besar kapal terbang kargo C-141 Starlifter yang telah berusia. Beberapa kapal terbang C-141 menghadapi masalah struktur yang teruk disebabkan penggunaannya yang intensif. Memburukan lagi masalah, dari segi sejarah Tentera Udara A.S tidak pernah memiliki keupayaan mencukupi bagi memenuhi keperluan pengangkutan udara strategiknya. Sebagai tindak balas, firma McDonnell Douglas telah dipilih untuk membangunkan kapal terbang baru dengan menggunakan YC-15 sebagai asas. Firma McDonnell Douglas telah dianugerahkan kontrak untuk membina kapal terbang cadangannya, kemudian menamakan sebagai C-17A Globemaster III, pada 28 Ogos, 1981. Kapal terbang baru ini berbeza dari segi sayap rentang belakang, saiz yang lebih besar dan enjin yang lebih berkuasa. Ini bukan saja menjadikan ia boleh melaksanakan semua kerja yang dilakukan oleh C-141, tetapi juga memlaksanakan beberapa tugas C-5 Galaxy, menjadikan angkatan kapal terbang C-5 untuk mengendalikan kargo yang bersaiz besar.

Pengendali

[sunting | sunting sumber]
Anak kapal C-17 RAF, RAAF dan USAF di RAF Brize Norton pada Jun 2007
13 buah C-17 Globemaster III USAF semasa latihan di Virginia
Sebuah C-17 mendarat manakala sebuah lagi sedang bersedia untuk berlepas
 Australia
 Kanada
 United Kingdom
 Amerika Syarikat
    • 172d Airlift Wing
    • 97th Air Mobility Wing
    • 437th Airlift Wing
    • 315th Airlift Wing
    • 436th Airlift Wing
    • 512th Airlift Wing
    • 412th Test Wing
    • 3d Wing
    • 15th Airlift Wing
    • 452d Air Mobility Wing
    • 62d Airlift Wing
    • 446th Airlift Wing
    • 305th Air Mobility Wing
    • 514th Air Mobility Wing
    • 60th Air Mobility Wing
    • 349th Air Mobility Wing

Spesifikasi (C-17)

[sunting | sunting sumber]
Fail:C-17 3-view.png

Data dari lembaran fakta Tentera Udara A.S, Boeing,[7] dan AerospaceWeb[8]

Ciri umum

  • Anak kapal: 3: 2 juruterbang, 1 loadmaster
  • Kapasiti:
    • 102 anggota tentera atau
    • 36 pengusung dan 54 pesakit (cedera)
  • Muatan: 170,900 lb (77,519 kg) kargo diagihkan pada maksimum 18 buah palet utama 463L atau campuran palet kargo dan kenderaan
  • Panjang: 174 kaki (53 m)
  • Rentang sayap: 169.8 kaki (51.75 m)
  • Tinggi: 55.1 kaki (16.8 m)
  • Sayap luas: 3,800 kaki² (353 m²)
  • Berat kosong: 282,500 lb (128,100 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 585,000 lb (265,350 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney F117-PW-100 kipas turbo, 40,440 lbf (180 kN) setiap satu
  • Muatan bahan api: 134,556 L

Prestasi


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

  1. ^ Boeing menghantar pesawat C-17 keempat kepada Tentera Udara Diraja Australia, Boeing.com, 18 Januari, 2008.
  2. ^ "Boeing menghantar kapal terbang C-17 pertama ke Kanada"
  3. ^ Kennedy 2004, m/s. 3-20.
  4. ^ "Rancangan induk bagi pesawat C-17." Air Force News. Volume 48, No. 4, 23 Mac 2006
  5. ^ "Kerajaan baru Kanada mewujudkan semula skuadron untuk menyokong pesawat C-17",Jabatan Pertahanan Kebangsaan Kanada, 18 Julai 2007.
  6. ^ "Boeing menjangka 'tahun baik' bagi pesawat pengangkut berisiko C-17", Flightglobal.com, 21 Februari 2008.
  7. ^ a b "Gambaran Boeing C-17" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-03-18. Dicapai pada 2006-03-18.
  8. ^ C-17 Globemaster III di laman web Aerospaceweb.org
  • Kennedy, Betty R. Globemaster III: Perolehan C-17, Sejarah Pejabat Arahan Mobiliti Udara, 2004.
  • Norton, Bill. Boeing C-17 Globemaster III, Specialty Press, 2001. ISBN 1-58007-061-2.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]