Trafford Leigh-Mallory
Sir Trafford Leigh-Mallory | |
---|---|
Kelahiran | Mobberley, Cheshire, England | 11 Julai 1892
Meninggal dunia | 14 November 1944 Alps Perancis | (umur 52)
Kesetiaan | United Kingdom |
Perkhidmatan | Tentera Darat British (1914–18) Tentera Udara Diraja (1918–44) |
Tahun perkhidmatan | 1914–44 |
Pangkat | Ketua Marsyal Udara |
Arahan | Tentera Udara Ekspedisi Bersekutu (1943–44) Pasukan Pejuang RAF (1942–43) No. 11 Grup RAF (1940–42) No. 12 Grup RAF (1937–40) No. 2 Maktab Latihan Penerbangan RAF (1934–35) Maktab Peperangan Darat/Udara (1927–29) No. 8 Skuadron RAF (1917–18) No. 15 Skuadron RAF (1917) |
Pertempuran | Perang Dunia I |
Anugerah | Knight Commander of the Order of the Bath Distinguished Service Order & Bar Dipuji Dalam Perutusan (3) Commander's Cross with Star of the Order of Polonia Restituta (Poland) Order of Kutuzov, 1st Class (USSR) Chief Commander of the Legion of Merit (United States) |
Ketua Marsyal Udara Sir Trafford Leigh-Mallory, KCB, DSO & Bar (11 Julai 1892 – 14 November 1944) adalah seorang panglima kanan dalam Tentera Udara Diraja (RAF). Leigh-Mallory bertugas sebagai juruterbang Kor Penerbangan Diraja dan komander skuadron semasa Perang Dunia I. Kekal dalam RAF yang baru dibentuk selepas perang, Leigh-Mallory bertugas di pelbagai jawatan staf dan latihan sepanjang tahun 1920an dan 1930an.
Semasa proses ke pra-Perang Dunia II, beliau merupakan Panglima (AOC) No. 12 Grup (Pejuang) dan sejurus selepas berakhirnya Pertempuran Britain, mengambil alih pemerintahan No. 11 Grup (Pejuang), mempertahankan akses ke London. Pada tahun 1942 beliau menjadi Panglima Pasukan Pejuang RAF sebelum dipilih pada tahun 1943 sebagai Panglima Tentera Udara Ekspedisi Bersekutu, yang menjadikannya pemerintah angkatan udara Bersekutu semasa pendaratan Normandy.
Pada November 1944, dalam perjalanan ke Ceylon untuk mengambil alih jawatan Panglima Udara Markas Asia Tenggara, pesawatnya terhempas di Alps Perancis dan Leigh-Mallory, isterinya dan lapan pegawai yang lain terkorban.[1] Beliau merupakan salah seorang pegawai British dan pegawai RAF yang paling kanan terbunuh dalam Perang Dunia Kedua.
Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]- 3 Oktober 1914 - Leftenan Kedua
- 21 Jun 1915 - Leftenan
- 2 November 1916 - Kapten Sementara
- 1 Ogos 1919 - Mejar
- 1 Januari 1925 -Wing Komander
- 1 Januari 1932 - Grup Kapten
- 1 Julai 1936 - Komodor Udara
- 1 November 1938 - Marsyal Madya Udara
- 13 Julai 1942 - Pemangku Marsyal Udara
- 1 Disember 1942 - Marsyal Udara Sementara
- 1 Januari 1944 - Marsyal Udara
- 16 Ogos 1944 - Ketua Marsyal Udara Sementara
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Trafford Leigh-Mallory |
- Deighton, Len. Battle of Britain. London: Michael Joseph, 1980. ISBN 0-7181-3441-9.
- Gilbert, Martin. Finest Hour. London: Heinemann, 1983. ISBN 978-0-434-29187-8.
- Korda, Michael. With Wings Like Eagles: A History of the Battle of Britain. New York: HarperCollins, 2009. ISBN 978-0-06-112535-5.
- Regan, Geoffrey. The Guinness Book of Flying Blunders. London: Guinness Books, 1996. ISBN 0-85112-607-3.
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh John Tyssen |
Panglima No. 12 Grup 1937–1940 |
Diikuti oleh: Richard Saul |
Didahului oleh Keith Park |
Panglima No. 11 Grup 1940–1942 |
Diikuti oleh: Hugh Saunders |
Didahului oleh Sir Sholto Douglas |
Panglima Pasukan Pejuang 1942–1943 |
Diikuti oleh: Sir Roderic Hill |