Pergi ke kandungan

Trafford Leigh-Mallory

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Sir Trafford Leigh-Mallory
Sir Trafford Leigh-Mallory tahun 1944
Kelahiran(1892-07-11)11 Julai 1892
Mobberley, Cheshire, England
Meninggal dunia14 November 1944(1944-11-14) (umur 52)
Alps Perancis
KesetiaanUnited Kingdom
PerkhidmatanTentera Darat British (1914–18)
Tentera Udara Diraja (1918–44)
Tahun perkhidmatan1914–44
PangkatKetua Marsyal Udara
ArahanTentera Udara Ekspedisi Bersekutu (1943–44)
Pasukan Pejuang RAF (1942–43)
No. 11 Grup RAF (1940–42)
No. 12 Grup RAF (1937–40)
No. 2 Maktab Latihan Penerbangan RAF (1934–35)
Maktab Peperangan Darat/Udara (1927–29)
No. 8 Skuadron RAF (1917–18)
No. 15 Skuadron RAF (1917)
PertempuranPerang Dunia I

Perang Dunia II

AnugerahKnight Commander of the Order of the Bath
Distinguished Service Order & Bar
Dipuji Dalam Perutusan (3)
Commander's Cross with Star of the Order of Polonia Restituta (Poland)
Order of Kutuzov, 1st Class (USSR)
Chief Commander of the Legion of Merit (United States)

Ketua Marsyal Udara Sir Trafford Leigh-Mallory, KCB, DSO & Bar (11 Julai 1892 – 14 November 1944) adalah seorang panglima kanan dalam Tentera Udara Diraja (RAF). Leigh-Mallory bertugas sebagai juruterbang Kor Penerbangan Diraja dan komander skuadron semasa Perang Dunia I. Kekal dalam RAF yang baru dibentuk selepas perang, Leigh-Mallory bertugas di pelbagai jawatan staf dan latihan sepanjang tahun 1920an dan 1930an.

Semasa proses ke pra-Perang Dunia II, beliau merupakan Panglima (AOC) No. 12 Grup (Pejuang) dan sejurus selepas berakhirnya Pertempuran Britain, mengambil alih pemerintahan No. 11 Grup (Pejuang), mempertahankan akses ke London. Pada tahun 1942 beliau menjadi Panglima Pasukan Pejuang RAF sebelum dipilih pada tahun 1943 sebagai Panglima Tentera Udara Ekspedisi Bersekutu, yang menjadikannya pemerintah angkatan udara Bersekutu semasa pendaratan Normandy.

Pada November 1944, dalam perjalanan ke Ceylon untuk mengambil alih jawatan Panglima Udara Markas Asia Tenggara, pesawatnya terhempas di Alps Perancis dan Leigh-Mallory, isterinya dan lapan pegawai yang lain terkorban.[1] Beliau merupakan salah seorang pegawai British dan pegawai RAF yang paling kanan terbunuh dalam Perang Dunia Kedua.

Tarikh kenaikkan pangkat

Rujukan

Sumber

  • Deighton, Len. Battle of Britain. London: Michael Joseph, 1980. ISBN 0-7181-3441-9.
  • Gilbert, Martin. Finest Hour. London: Heinemann, 1983. ISBN 978-0-434-29187-8.
  • Korda, Michael. With Wings Like Eagles: A History of the Battle of Britain. New York: HarperCollins, 2009. ISBN 978-0-06-112535-5.
  • Regan, Geoffrey. The Guinness Book of Flying Blunders. London: Guinness Books, 1996. ISBN 0-85112-607-3.
Pegawai tentera
Didahului oleh
John Tyssen
Panglima No. 12 Grup
1937–1940
Diikuti oleh:
Richard Saul
Didahului oleh
Keith Park
Panglima No. 11 Grup
1940–1942
Diikuti oleh:
Hugh Saunders
Didahului oleh
Sir Sholto Douglas
Panglima Pasukan Pejuang
1942–1943
Diikuti oleh:
Sir Roderic Hill