Pergi ke kandungan

Pam Angin (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Pam Angin
ڤم اڠين
Buruj
Antlia
Designasi
Nama LatinAntlia
SingkatanAnt
GenitifAntliae
Sebutan/ˈæntliə/
SimbolismePam angin[1]
Pencerapan
(Epok J2000)
09j 27m 05.1837s–11j 05m 55.0471s[2]
Keserongan−24.5425186°–−40.4246216°[2]
Keluasan239 darjah persegi (ke-62)
Bintang
Bintang utama3
9
Bintang dengan planet
2
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
0
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
2
Bintang paling terang
α Ant (Pam Angin Alfa) (4.25m)
Bintang terhampirDEN 1048-3956[3]
(13.17 tc, 4.04 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Tiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +45° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan April.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pam Angin atau Antlia (Ant; daripada bahasa Yunani Purba ἀντλία) adalah sebuah buruj di langit selatan. Namanya dalam bahasa Latin membawa maksud "pam", yang khususnya mewakili pam udara. Asalnya dikenali sebagai Antlia Pneumatica ("Pam Angin Pneumatik"), buruj ini dicipta pada abad ke-18 oleh Nicolas-Louis de Lacaille; nama buruj tersebut kemudiannya dipendekkan oleh John Herschel. Terletak berdekatan dengan bintang-bintang yang membentuk buruj lama Kapal Argo, Pam Angin boleh dilihat sepenuhnya dari selatan garis lintang 49 darjah utara.

Buruj Pam Angin adalah malap; bintangnya yang paling terang ialah Alpha Antliae (Pam Angin Alfa), sebuah gergasi jingga yang dijangka merupakan bintang berubah, dengan magnitud ketara berjulat di antara 4.22 hingga 4.29. S Antliae ialah sistem bintang dedua, yang berubah kecerahannya apabila sesebuah bintang melintasi di hadapan bintang yang lain. Berkongsi sampul sepunya, bintang-bintang tersebut berada sangat berhampiran di mana suatu hari nanti ia akan bergabung untuk membentuk sebuah bintang tunggal. Dua sistem bintang dengan planet luar suria yang diketahui, HD 93083 dan WASP-66 terletak di dalam buruj Pam Angin, begitu juga dengan NGC 2997, sebuah galaksi pilin dan galaksi Kerdil Antlia.

Sejarah

Dalam astronomi Barat

Gambaran Johann Elert Bode terhadap buruj Pam Angin sebagai pam udara silinder berganda.

Ahli falak Perancis Nicolas-Louis de Lacaille memerihalkan buruj tersebut buat pertama kalinya dalam bahasa Perancis sebagai la Machine Pneumatique (Mesin Pneumatik) pada 1751–1752,[4][5] bagi memperingati pam udara yang dicipta oleh ahli fizik Perancis Denis Papin.[6] De Lacaille telah mencerap dan mengkatalogkan hampir 10 ribu bintang selatan ketika menetap selama dua tahun di Tanjung Harapan dan mencipta empat belas buruj baru pada rantau yang belum dipetakan bagi hemisfera cakerawala selatan, di mana buruj-buruj itu tidak dapat dilihat dari Eropah. Beliau menamakan semuanya tetapi satu untuk memberi penghormatan kepada alat yang melambangkan Zaman Kesedaran.[a][7] Lacaille menggambarkan Pam Angin sebagai satu pam hampagas bersilinder tunggal yang digunakan dalam uji kaji-uji kaji awal Papin, manakala ahli astronomi Jerman Johann Elert Bode memilih versi silinder berganda yang lebih maju. Lacaille melatinkan nama buruj Pam Angin kepada Antlia pneumatica di dalam carta 1763 miliknya. Ahli falak Inggeris John Herschel mencadangkan supaya nama itu disingkatkan kepada satu nama sahaja pada tahun 1844, menyatakan bahawa Lacaille sendiri telah memendekkan buruj itu dengan sedemikian rupa[8] dan nama pendek tersebut kemudiannya diterima pakai di seluruh dunia.[9] Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengguna pakai nama tersebut sebagai salah satu daripada 88 buruj moden pada tahun 1922.[10]

Walaupun berada di atas ufuk dan lalu boleh dilihat oleh orang Yunani purba, bintang-bintang Pam Angin terlalu malap untuk dimasukkan ke dalam mana-mana buruj kuno.[6] Bintang-bintang tersebut berada di dalam kawasan langit yang dilitupi oleh buruj purba Kapal Argo (Argo Navis), kapal Argonaut, yang disebabkan oleh saiznya yang besar ia dibahagikan kepada beberapa buruj kecil oleh Lacaille pada tahun 1763.[11][12] Ian Ridpath melaporkan kerana cirinya yang kemalapan itu, bintang-bintang Pam Angin tidak membentuk sebahagian daripada gambaran klasik Kapal Argo.[13]

Dalam astronomi Timur

Ahli-ahli falak Cina dapat melihat apa itu buruj Pam Angin moden dari garis lintang mereka dan menggabungkan bintang-bintang tersebut kepada dua buruj berbeza. Beberapa bintang di bahagian selatan Pam Angin merupakan sebahagian daripada "Dong'ou", yang mewakili kawasan di selatan China.[6] Tambahan pula, Epsilon, Eta, dan Theta Antliae telah digabungkan ke dalam kuil cakerawala, yang juga mengandungi bintang-bintang daripada buruj Kompas Laut (Pyxis) moden.[6]

Rujukan

Catatan
  1. ^ Pengecualian tersebut ialah Gurung Datar, dinamakan sempena Gunung Table. 13 buruj yang lain (bersama-sama dengan Pam Angin) ialah Jala, Jam, Kompas, Kompas Pelaut, Mikroskop, Oktan, Pahat Ukir, Pelukis, Pengukir, Relau, Sesiku dan Teleskop.[7]
Petikan
  1. ^ Bakich, Michael E. (1995). The Cambridge Guide to the Constellations (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-44921-2.
  2. ^ a b "Antlia, constellation boundary". The Constellations (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Dicapai pada 14 Februari 2014.
  3. ^ "The 100 Nearest Star Systems" (dalam bahasa Inggeris). Research Consortium on Nearby Stars. 1 Januari 2012. Dicapai pada 2 Mei 2016.
  4. ^ Ridpath, Ian. "Lacaille's Southern Planisphere of 1756". Star Tales (dalam bahasa Inggeris). Terbitan sendiri. Dicapai pada 25 Ogos 2015.
  5. ^ Lacaille, Nicolas Louis (1756). "Relation abrégée du Voyage fait par ordre du Roi au cap de Bonne-espérance". Mémoires de l'Académie Royale des Sciences (dalam bahasa Perancis): 519–592 [589].
  6. ^ a b c d Ridpath, Ian. "Antlia". Star Tales (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Disember 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ a b Wagman 2003, m/s. 5–6.
  8. ^ Herschel, John (1844). "Farther Remarks on the Division of Southern Constellations". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society (dalam bahasa Inggeris). 6 (5): 60–62. doi:10.1093/mnras/6.5.60a.
  9. ^ Wagman 2003, m/s. 25.
  10. ^ Russell, Henry Norris (1922). "The New International Symbols for the Constellations". Popular Astronomy (dalam bahasa Inggeris). 30: 469. Bibcode:1922PA.....30..469R.
  11. ^ Birren, Peter (2002). Objects in the Heavens (dalam bahasa Inggeris). Bloomington, Indiana: Trafford Publishing. m/s. 9, 45. ISBN 978-1-55369-662-9.
  12. ^ Webb, Thomas William (1962). Celestial objects for common telescopes (dalam bahasa Inggeris). 2. Bandaraya New York, New York: Dover Publications. m/s. 36. ISBN 978-0-486-20918-0.
  13. ^ Ridpath, Ian (2002). Stars and Planets. New York, New York: Smithsonian Handbooks. m/s. 65, 122. ISBN 978-0-7894-8988-3.
Sumber
  • Bakich, Michael E. (1995), The Cambridge Guide to the Constellations, Akhbar Universiti Cambridge, ISBN 978-0-521-44921-2
  • Moore, Patrick; Tirion, Wil (1997), Cambridge Guide to Stars and Planets (ed. ke-2), Akhbar Universiti Cambridge, ISBN 0-521-58582-1
  • Pasachoff, Jay M. (2000), A Field Guide to the Stars and Planets (ed. ke-4), Houghton Mifflin, ISBN 978-0-395-93431-9
  • Ridpath, Ian (2001), Stars and Planets Guide, Akhbar Universiti Princeton, ISBN 0-691-08913-2
  • Ridpath, Ian (2007), Stars and Planets Guide, Wil Tirion (ed. ke-4), Akhbar Universiti Princeton, ISBN 978-0-691-13556-4
  • Wagman, Morton (2003). Lost Stars: Lost, Missing and Troublesome Stars from the Catalogues of Johannes Bayer, Nicholas Louis de Lacaille, John Flamsteed, and Sundry Others. Blacksburg, Virginia: The McDonald & Woodward Publishing Company. ISBN 978-0-939923-78-6.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

Koordinat: Peta langit 10h 00m 00s, −30° 00′ 00″