Pergi ke kandungan

Mindanao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5709508 pada 17:39, 10 November 2022 oleh 60.49.69.190 (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Peta negara Filipina yang menunjukkan kelompok pulau Luzon, Visayas, dan Mindanao

Mindanao adalah pulau kedua terbesar di Filipina dan salah satu daripada tiga kelompok pulau utama bersama dengan Luzon dan Visayas. Mindanao, terletak di sebelah selatan Filipina, adalah kawasan hunian bersejarah bagi majoriti kaum Muslim atau suku Moro serta etnik lainnya seperti Marano dan Tausug. Peperangan untuk meraih kemerdekaan telah ditempuh oleh pelbagai faksi Muslim selama lima abad melawan para penguasa. Pasukan Sepanyol, Amerika, Jepun dan Filipina belum berhasil meredam tekad mereka yang ingin memisahkan diri dari Filipina yang majoriti penduduknya beragama Katolik. Kini, populasi beragama Katolik bertambah dengan pesatnya akibat pola pemilikan tanah yang tidak adil dan migrasi pendatang ke wilayah ini. Hal ini telah mencetuskan kemarahan kaum Muslim Mindanao yang miskin dan tersisih dan ini telah membangkitkan gerakan pemisah di sana.

Dalam beberapa tahun terakhir, Mindanao menjadi wilayah yang diperhatikan dengan teliti seiring dengan munculnya organisasi pengganas Islam yang berkait rapat dengan konflik di Timur Tengah. Mindanao dipercayai menjadi bes kelompok pengganas Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah yang kemunculannya mengurangi peranan kelompok pejuang kemerdekaan yang lebih sederhana dan nasionalis seperti Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Luas Mindanao ialah 94.630 km², hanya lebih kecil 10.000 km² dari Luzon. Pulau ini bergunung-gunung, salah satunya adalah Gunung Apo yang tertinggi di Filipina. Pulau Mindanao berbatasan dengan Laut Sulu di sebelah barat, Laut Filipina di timur dan Laut Sulawesi di sebelah selatan.

Gagasan pulau Mindanao terdiri dari pulau Mindanao sendiri, serta Kepulauan Sulu di sebelah barat-daya. Gagasan pulau ini terbahagi kepada enam wilayah, yang kemudian dibahagikan menjadi 25 provinsi.

Agama di Mindanao kira-kira penduduk kaum Kristian: 70%, Islam: 20% & Lain-lain: 10%.