Wikikamus:Penafian umum

WIKTIONARY TIDAK MENJAMIN KESAHIHAN MAKLUMAT DI SINI

Wiktionary atau KamusWiki merupakan kamus kandungan terbuka dalam talian, di mana ia adalah hasil daripada gabungan penglibatan individu-individu dan kumpulan-kumpulan sukarelawan yang membangunkan satu sumber pengetahuan untuk rujukan orang ramai.

Strukturnya membolehkan setiap orang yang memiliki sambungan Internet dan pelayar web memajukan kandungan laman ini. Justeru, anda dimaklumkan bahawa isi yang terdapat di sini tidak semestinya telah dinilai kesahihannya oleh golongan profesional dari bidang yang berkenaan bagi kesahan, ketepatan dan kesempurnaan maklumat.

Ini tidaklah bermakna yang anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat atau berguna di Wiktionary, ia hanyalah untuk menyatakan bahawa Wiktionary TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Ia mungkin baru sahaja dikemaskini, dirosakkan atau diubah oleh seseorang yang tidak memiliki tahap pengetahuan yang mencukupi bidang tersebut.

Para penulis, penyumbang, penaja, penyelia, atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Wiktionary tidak boleh dipersalahkan dengan sebarang ralat maklumat sama ada di dalam laman ini mahupun laman-laman yang dipaut daripada tapak web luar.

Sila pastikan yang anda memahami bahawa kandungan yang disediakan di sini disediakan secara bebas dan tanpa ikatan, tiada sebarang perjanjian atau persetujuan di antara anda dengan pemilik tapak web ini atau pengguna-penggunanya, pemilik pelayan di mana ia disimpan, para penyumbang individu Wiktionary, penyelia, atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Wiktionary dan projek-projek saudaranya untuk menerima sebarang tuntutan daripada anda. Anda diizinkan lesen terhad untuk membuat salinan sebarang bahan dari tapak web ini; kebenaran ini tidak merupakan atau membayangkan liabiliti kontrak atau kontrak tambahan kepada pihak Wiktionary atau mana-mana ejen, ahli, pengurusan dan pengguna lain.

Perhatikan maklumat-maklumat yang disediakan di sini berkemungkinan melanggar perundangan sesebuah negara di mana anda sedang membacanya. Wiktionary tidak menggalakkan pelanggaran undang-undang, namun begitu kerana maklumat ini disimpan di dalam pelayan di California, Amerika Syarikat, ia diselenggara mengikut Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Perundangan negara anda mungkin tidak mengiktiraf hak kebebasan bersuara sepertimana yang diberikan undang-undang Amerika Syarikat atau Piagam PBB, dan oleh itu, Wiktionary tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang potensi perlanggaran undang-undang negara anda, seandainya anda memaut ke domain ini atau menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya dengan apa cara sekalipun.

Jika anda memerlukan nasihat khusus (contohnya mengenai perubatan, perundangan, atau pengurusan risiko) sila dapatkannya dari pakar yang bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Baca Wiktionary:Penafian risiko, Wiktionary:Penafian perubatan dan Wiktionary:Penafian perundangan untuk penafian lain yang lebih khusus.
Wiktionary tidak dipantau secara tetap oleh sebarang perbadanan; walau pembaca dapat memperbaiki sebarang ralat atau membuang maklumat yang salah, mereka tidak wajib melakukannya, oleh yang demikian, segala maklumat di sini diberikan tanpa sebarang jaminan pengesahan untuk sebarang tujuan atau kegunaan.

Tiada ganti rugi boleh dituntut daripada Wiktionary, kerana ia merupakan kumpulan individu sukarelawan yang menyediakan pelbagai sumber bahan terbuka untuk tujuan pendidikan, kebudayaan dan maklumat dalam talian. Maklumat ini diberikan kepada anda secara percuma dan tiada perjanjian atau persefahaman di antara anda dengan Wiktionary berkenaan penggunaan anda atau perubahan maklumat ini yang di luar GFDL; tiada seorangpun di Wiktionary boleh dipertanggungjawabkan sekiranya ada orang yang menukar, menyunting, menambah atau memadam sebarang maklumat yang anda telah masukkan ke dalam Wiktionary atau sebarang projek yang berkaitan dengannya.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca laman ini, semoga anda mendapat pengalaman yang menyeronokkan di Wiktionary!

Lihat juga