Wikipedia

ensiklopedia bebas aneka bahasa dalam talian

Wikipedia (Jawi: ويكيڤيديا) ialah sebuah ensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tiada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat dalamnya dan tiada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.

Wikipedia
A white sphere made of large jigsaw pieces. Letters from several alphabets are shown on the pieces.
Wikipedia wordmark
Tangkap layar
Wikipedia's homepage with links to many languages.
Tangkap layar Portal Pelbagai Bahasa Wikipedia.
Maklumat umum
URLwikipedia.org
Eponimwiki dan ensiklopedia Sunting nilai ini di Wikidata
SingkatanWikipédia, Wikipedia, ウィキペディア, Viquipèdia, Wikipèdia, Vicipaedia, Wikipedia, Βικιπαίδεια, ဝီကီပီးဒီးယား, ويكبيديا dan Wikipedia Sunting nilai ini di Wikidata
JenisProjek ensiklopedia internet
Tersedia dalamTerdapat 275 versi bahasa yang aktif (285 jumlah versi Wikipedia secara keseluruhan)
Ditubuhkan15 Januari 2001 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
PenciptaJimmy Wales, Larry Sanger dan komuniti Wikimedia Sunting nilai ini di Wikidata
PengasasJimmy Wales dan Larry Sanger Sunting nilai ini di Wikidata
PenerbitKomuniti Wikipedia Sunting nilai ini di Wikidata
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet Sunting nilai ini di Wikidata
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Pengguna35,000,000 (jumlah keseluruhan berdaftar daripada semua versi)[1]
Pelantar disokongLAMP dan Varnish Sunting nilai ini di Wikidata
LesenAtribusi-Perkongsian Serupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons dan Atribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons Sunting nilai ini di Wikidata
Ditulis dalamPHP Sunting nilai ini di Wikidata
Enjin perisianMediaWiki Sunting nilai ini di Wikidata
Pembangun webJimmy Wales dan Larry Sanger Sunting nilai ini di Wikidata
Perangkaan
Kedudukan Alexa 6 (Oktober 2013)[2]
Lokasi
Ibu pejabatMiami, Florida
Negara asalAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
Anugerah
–  Hadiah Erasmus (25 November 2015)
–  Anugerah Puteri Asturias untuk Kerjasama Antarabangsa (2015)
–  Grimme Online Award (en) Terjemah (2005)
–  FSF Free Software Award for Projects of Social Benefit (en) Terjemah (2005) Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar berkaitan
OCLC52075003 Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: co0371887 Facebook: Wikipedia Twitter: Wikipedia Mastodon: Wikipedia@wikis.world Instagram: wikipedia Pinterest: wikipedia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikipedia berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Ringkasnya, Wikipedia ialah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik pulih sendiri dalam perjalanannya melalui cabaran-cabaran ini.[3]

Wikipedia bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 18 juta rencana dan lebih 4 juta ialah rencana dalam bahasa Inggeris.[4]

Sejarah

Sejak kejatuhannya yang disebabkan oleh masalah teknikal dan proses meningkat upaya, Wikipedia telah beroperasi sejak 15 Januari, 2001. Lihat sejarah Wikipedia untuk maklumat lanjut. Lihat juga sejarah Wikipedia bahasa Melayu.

Perkara-perkara penting

Gagasan untuk mengumpulkan semua pengetahuan seluruh dunia di satu tempat boleh dikesan semula kepada sejarah Perpustakaan Alexandria dan Pergamon. Idea moden untuk ensiklopedia am bercetak hanya bermula kembali dengan ahli ensiklopedia Denis Diderot dan pada abad ke-18. Lihat Ensiklopedia untuk keterangan lanjut.

Gagasan pengunaan mesin pengautomatan melebihi pengeluaran bercetak untuk membina ensiklopedia yang lebih berguna boleh dijejak daripada cerita pendek H. G. Wells World Brain (1937) dan pandangan ke depan Vannevar Bush berdasarkan filem mikro Memex, dalam As We May Think (1945). Satu titik penting sepanjang laluan juga ialah projek Ted Nelson iaitu Project Xanadu (1960).

Dengan pembangunan Internet, ramai orang yang cuba membangunkan projek ensiklopedia dalam talian. Lihat Projek ensiklopedia internet. Penyokong perisian percuma, Richard Stallman telah menulis kebaikan Free Universal Encyclopedia and Learning Resource pada 1999. Beliau telah menerangkan maklumat Wikipedia sebagai "berita yang mengujakan," dan Free Software Foundation memberikan perangsang kepada orang ramai "untuk melawat dan menghantar ke laman ini".

Sifat penting

Terdapat tiga sifat penting untuk projek Wikipedia, yang menerangkan fungsinya pada Jaringan Sejagat:

  1. Untuk menjadi ensiklopedia.
  2. Untuk menjadi WikiWiki, yang dalamnya (dengan beberapa kelainan) ia boleh disunting oleh sesiapa.
  3. Untuk menjadi sumber terbuka, dan menggunakan copyleft Lesen Dokumentasi Bebas GNU.
Jika anda mahu menjadi penyumbang Wikipedia, sila lihat laman selamat datang.

Vandalisme

Satu isu yang kerap diperkatakan di Wikipedia ialah "vandalisme" atau laku musnah, iaitu membuat kerosakan terhadap rencana. Sebagai contoh, Sarah Lane, penyampai "Sarah's Blog Report", sebahagian program TV The Screen Savers di TechTV, "melaku musnah" laman Wikipedia mengenai monkeypox semasa bersiaran langsung [5] - hingga menyebabkan peningkatan laku musnah pada laman tersebut oleh penonton rancangan TV itu. Lane kemudian menulis "Walaupun ia mengujakan saya disebabkan oleh kemudahan dan keringkasannya, ia menakutkan saya serba sedikit. Maksud saya jika saya sebaliknya menulis 'Majikan saya seorang yang gemuk gedempol **** dan no. telefonnya ialah ****'? Tentunya seseorang akan memadamkannya, tetapi ini memerlukan moderator yang berdedikasi." [6]

"Disebabkan Wikipedia adalah percuma, projek terbuka, ia menarik unsur anarki," Larry Sanger, pengasas bersama Wikipedia, mengakui kepada Wired News. "Walaupun begitu, kebanyakan kita mahu mengambil pendekatan memerangi vandalisme ... dan membuangnya dengan segera."

Menurut rencana Wall Street Journal pada Februari 2004, pengkaji telah menjumpai bahawa setiap kerja vandalisme kerap kali dibaiki: Kajian yang terbaru oleh sekumpulan IBM menjumpai bahawa kebanyakan vandalisme yang dilakukan di Wikipedia telah diperbaiki hanya dalam masa lima minit. Begitu pantas: "Kami terkejut akan bagaimana kerapnya kami menjumpai perbuatan vandalisme, dan terkejut sekali lagi bagaimana cepatnya ia diperbetulkan," kata Martin Wattenberg, seorang pengkaji di IBM TJ Watson Research Centre, di Cambridge, Mass. [7]

Polisi

Setiap orang/pihak yang mengambil bahagian dalam Wikipedia akan ditakrifkan sebagai pengguna atau (Ahli Wikipedia). Dan pengguna/ahli Wikipedia ini biasanya mematuhi, dan dipaksa mematuhi, beberapa ketetapan penting yang terkandung dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan.

Pertamanya, kerana terdapat berbagai-bagai jenis pengguna yang mengambil bahagian dalam Wikipedia yang mempunyai pelbagai ideologinya tersendiri yang hadir dari seluruh dunia, Wikipedia bertekad untuk membuatkan semua rencananya kurang berat sebelah sebaik mungkin. Bagaimanapun, terdapat kritikan daripada pihak tertentu yang mengatakan terdapatnya kewujudan suatu agenda yang digelar "berat sebelah bersistematik" yang dibikini oleh para peserta mampu mewarnai nilai keberkecualian sesuatu rencana. Matlamat mereka adalah untuk menulis rencana dari satu sudut pandangan sahaja, sudut pandangan bersifat objektif — pemahaman ini merupakan pemahaman yang salah, dan sewajarnya warga Wikipedia menanganinya menurut peruntukan dasar dan garis panduan yang tersedia.

Keduanya, perlu mengikuti dasar penamaan tajuk rencana; sebagai contoh, apabila terdapatnya kewujudan beberapa nama untuk sesuatu subjek khusus, nama yang menjadi kebiasaan oleh Wikipedia akan diguna pakai.

Ketiganya, pengguna/ahli Wikipedia diperlukan untuk menggunakan laman perbincangan atau laman setara dengannya bagi memperkatakan sesuatu perubahan yang berlaku terhadap sesuatu rencana atau laman. Hal ini semestinya lebih berhemah berbanding berbincang mengenai sesuatu perkara berbangkit hanya dalam rencana tersebut sendiri.

Keempat, terdapat beberapa kemasukan yang tidak begitu digalakkan untuk membentuk rencana ensiklopedia ini. Contohnya, definisi kamus dan semua sumber bahan tambahan seperti teks undang-undang serta ucapan tidak diterima. (Walau bagaimanapun, beberapa projek kembar Wikipedia, seperti Wiktionary and Wikisource, direka sebagai tempat menyimpan untuk menyimpan pengetahuan yang bernilai, seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, yang tidak begitu tepat dimasukkan ke dalam Wikipedia.)

Kelima, terdapat berbagai-bagai larangan yang kadang-kala bertentangan dengan petunjuk, polisi, dan tingkah laku kebiasaan yang telah dipraktikkan dan disahkan praktisannya oleh komuniti Wikipedia secara sepersetujuan bersama. Apabila sesuatu peraturan itu dicabar atau diabaikan, ia akan diputuskan satu perkara demi satu perkara sama ada untuk mengenakan peraturan yang lebih ketat atau tidak.

Perseorangan

Wikipedia telah disunting oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Wikipedia menamakan orang yang menyuntingnya sebagai Wikipedian (orang Wikipedia).

Tidak ada istilah untuk ketua editor (penyunting). Dua orang yang telah membentuk Wikipedia ialah Jimmy Wales (CEO syarikat kecil Internet Bomis, Inc.) dan Larry Sanger. Nama domain Wikipedia.com telah didaftarkan di bawah nama Wales. Untuk 13 bulan yang pertama, Sanger telah dibayar oleh Bomis untuk bekerja di Wikipedia. Sanger telah dikatakan seringkali menjadi perantara dan membuat keputusan berkaitan isu-isu yang hangat didebatkan. Hal ini bukanlah berasaskan kepada autoriti rasmi tetapi berdasarkan permintaan daripada pengguna-pengguna secara keseluruhannya. Dana habis untuk bayaran kedudukannya, mendorongnya berhenti pada Februari 2002. Pekerja semasa dan masa lalu Bomis yang membuat kerja[Penjelasan diperlukan] pada ensiklopedia termasuk Tim Shell, salah seorang pengasas bersama Bomis, yang juga termasuk pengatur cara Jason Richey dan Toan Vo.

Perisian dan perkakasan

Versi asal perisian wiki yang digunakan oleh Wikipedia ialah UseModWiki yang ditulis oleh Clifford Adams ("Fasa I"). Pada mula-mulanya, ia memerlukan CamelCase untuk mencipta pautan; tidak lama kemudian, kaedah pautan dengan tanda kurung kembar yang kini digunakan diperkenalkan. Pada Januari 2002, Wikipedia mula dikendalikan dengan perisian wiki PHP yang didasarkan pangkalan data MySQL. Perisian ini yang menambahkan banyak ciri (dan membatalkan tindakan kata-kata CamelCase menjadi pautan secara automatik), ditulis khusus untuk projek Wikipedia oleh Magnus Manske ("Fasa II"). Tidak lama kemudian, tapak itu beransur-ansur menjadi perlahan sehingga penyuntingan hampir tidak dapat dilakukan; banyak kali pengubahsuaian kepada perisian itu hanya memberikan penyelesaian sementara. Kemudian, Lee Daniel Crocker menulis semula seluruh perisian; versi yang baharu yang merupakan suatu peningkatan utama yang telah digunakan sejak Julai 2002; perisian "Fasa III" ini kini dipanggil MediaWiki. Sejak itu, Brion Vibber telah bertanggungjawab atas tugas membetulkan pepijat dan menalakan prestasi pangkalan data.

Pada akhir 2003, komputer pelayan yang perlahan menjadi masalah yang serius untuk penyumbang-penyumbang Wikipedia. Ramai antara mereka mendapat masalah menyunting rencana disebabkan oleh habis masa ("time-out") dan kelembapan yang luar biasa. Terdapatnya masalah ini kerana cuma terdapat satu pelayan sahaja yang melayan semua ahli Wikipedia pada satu-satu masa.

Projek ini sekarang berjalan di sembilan komputer pelayan yang tersendiri yang terletak di Florida. Tatarajah baru sekarang termasuklah satu pelayan pangkalan data dan empat pelayan web, yang memberikan laman yang diminta, membuat peredaran untuk semua Wikipedia. Untuk menambahkan kelajuan, laman pengguna akan disimpan dalam sistem fail sehingga apa yang dipapar adalah tidak sah, membolehkan pemaparan laman diabaikan untuk keseluruhan laman yang paling kerap dicapai. Permintaan laman yang telah disimpan dilayan oleh dua pelayan Squid; pelayan-pelayan tersebut dihubungkan antara satu sama lain melalui dua sistem fail pelayan NFS (satu sebagai simpanan kecemasan - komputer pelayan NFS utama juga sekarang ini digunakan sebagai pelayan e-mel).

Projek berkembar

Wikipedia mempunyai beberapa projek berkembar:

  • Wiktionary, sebuah projek kamus
  • Wikibooks, projek buku latihan percuma
  • Wikiquote, sebuah ensiklopedia petikan kata percuma
  • Wikisource, repositori sumber teks dalam pelbagai bahasa yang sama ada dalam alam awam "public domain" atau dibebaskan di bawah GFDL.

Memuat turun pangkalan data

Jikalau ada individu mahu menggunakan kandungan terbuka Wikipedia untuk sesuatu yang tidak begitu sesuai untuk digunakan di Wikipedia, mereka boleh memuat turun versi terbaharu bagi keseluruhan pangkalan data rencana untuk digunakan bagi pelbagai tujuan, sebagaimana yang terdapat dalam terma GFDL. [4]

Beberapa tapak web, seperti "4reference.net" dan "nationmaster" telah menggunakan bayangan ("mirror") atau cabang ("fork") kandungan Wikipedia.

Anugerah yang telah diterima

2004

Mei

  • Memenangi Anugerah Golden Nica untuk Komuniti Digital bagi pertandingan tahunan Prix Ars Electronica. Anugerah ini didatangkan sekali dengan hadiah tunai €10,000 (£6,588; $12,700), bantuan dan jemputan ke Festival PAE Cyberarts di Austria pada kemudian hari tahun itu.
  • Dihakimi bagi Anugerah Webby bagi kategori "komuniti".[8] Wikipedia juga dicalonkan untuk anugerah "Best Practices" Webby.

2007

  • 26 Januari 2007: dianugerahkan kedudukan dalam 4 jenama tertinggi oleh sidang pembaca brandchannel.com. Melalui undian yang dijalankan, Wikipedia telah menerima sebanyak 15% undi bagi jawapan kepada soalan; "Manakah jenama yang paling tinggi memberi impak kepada kehidupan kita dalam tahun 2006?"[9]

2008

September

Rujukan

  1. ^ Jumlah penuh. Wikimedia.org. June 10, 2012. Retrieved June 11, 2012.
  2. ^ "Wikipedia.org Site Info". Alexa Internet. Dicapai pada 2013-10-13.
  3. ^ Kaplan Andreas, Haenlein Michael (2014) Collaborative projects (social media application): About Wikipedia, the free encyclopedia. Business Horizons, Volume 57 Issue 5, pp.617-626
  4. ^ Wikipedia:Multilingual coordination
  5. ^ [1]
  6. ^ [2]
  7. ^ [3]
  8. ^ "Webby Awards 2004". The International Academy of Digital Arts and Sciences. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2007-06-19.
  9. ^ Zumpano, Anthony (2007-01-29). "Similar Search Results: Google Wins". Interbrand. Dicapai pada 2007-01-28.
  10. ^ "Die Quadriga – Award 2008". Dicapai pada 2008-12-26.

Pautan luar

Laman web yang berkaitan

Laman web hasil tulisan dan rencana akademik berkaitan

Tinjauan, sokongan dan perbincangan mengenai Wikipedia