Sudut padu
Sudut padu yang dicangkumi oleh permukaan pada suatu titik ditakrifkan sebagai luas permukaan unjuran permukaan tersebut ke atas satu unit sfera berpusat pada titik tersebut. Sudut padu yang ditakrifkan sedemikian adalah dipanggil steradian dan biasanya disimbolkan sebagai (Omega). Oleh itu sudut padu satu sfera yang dihitung daripada pusatnya adalah 4π steradian, dan sudut padu yang mencangkumi pusat sebuah kubus oleh salah satu sisinya adalah satu perenam daripada itu, iaitu, 2π/3 steradian.