Lebuhraya Utara-Selatan
Lebuhraya Utara-Selatan ialah projek lebuh raya capaian terkawal kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam (dan dihubungkan dengan Lebuhraya Phetkasem di Thailand) dan Johor Bahru.
Ia terbahagi kepada jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Baru Lembah Klang dan jajaran selatan yang dihubungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Lebuhraya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.
Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS juga memegang konsesi beberapa lebuh raya lain bagi melengkapkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE; E6) adalah lebuh raya pintasan yang dibuka sepenuhnya pada tahun 1999 yang memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari persimpangan Nilai, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya, Seafield dan akhirnya ke persimpangan Shah Alam di NKVE. E3 pula ialah Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua) yang merupakan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bermula dari Senai dan berakhir di Tanjung Kupang sebelum merentasi Selat Johor. PLUS juga menguruskan Lebuhraya Seremban - Port Dickson, E29, yang bermula dari persimpangan Mambau dan berakhir di pusat bandar Port Dickson.
dan berakhir sementara di Kuala Lumpur dan dihubungkan bersama oleh Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Jalan Duta.
Latar Belakang
suntingFaktor penyumbang kepada pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan adalah kemudahan rangkaian lebuh raya yang baik bagi menghubungkan bandar-bandar utama di barat Semenanjung Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah pusat pelaburan dan pelancongan utama di rantau Asia Tenggara. Dalam hasil kajian yang dijalankan pada tahun 1970an mendapati keseluruhan objektif tersebut boleh dicapai dengan adanya rangkaian lebuh raya yang lebih cepat dan selamat. Pada tahun 1977, Jabatan Kerja Raya Diarkibkan 2009-03-19 di Wayback Machine telah menerima arahan rasmi untuk melukis pelan lebuh raya dari sempadan Malaysia-Thai (Bukit Kayu Hitam) ke Tambak Johor. Pada tahun 1980, Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine telah ditubuhkan untuk memantau proses kerja bagi lebuh raya kebangsaan pertama.
Pada masa itu, semua kerja pembinaan antara 1981 hingga 1988 diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelum diserahkan kepada Plus Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine pada tahun 1988. Pembangunan rangkaian lebuh raya pertama kebangsaan itu dijalankan secara berperingkat bermula dari tahun 1981 hingga 1995. Lembaga Lebuhraya Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 bagi memantau kerja pembangunan peringkat awal sebelum tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada PLUS Expressway Bhd mulai tahun 1988. Lebuhraya Utara-Selatan beroperasi secara berperingkat-peringkat:
- Lebuh raya Kuala Lumpur - Seremban - Peringkat pertama
- Lebuh raya Ipoh - Changkat Jering - sepanjang 60 km menelan belanja RM165 juta. Panjang keseluruhan di Perak sahaja 220 km. Jambatan menyeberangi Sungai Perak sepanjang 366 meter. Sebuah terowong sepanjang 622 meter menerusi Banjaran Keledang dan terowong ini dinamakan sebagai Terowong Menora.
- Lebuh raya Ipoh - Bidor - sepanjang 48 km menelan belanja RM135 juta.
Perasmian
suntingPeringkat pertama lebuh raya dibuka kepada pengguna pada Februari 1994. Keseluruhan projek itu siap 15 bulan lebih awal daripada perancangan awal dan ia dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 8 September 1994. Majlis perasmian diadakan di kawasan Rehat dan Rawat Rawang, Selangor. Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Leo Moggie,Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Menteri Besar Johor Darul Ta'zim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon. Lebuh raya sepanjang 847.7 km disiapkan dalam tempoh 7 tahun (September 1988 - September 1994).Lebuh raya adalah kejayaan dasar Penswastaan tanpa membebankan kewangan kerajaan.[1]
Laluan perintis
suntingLebuhraya Utara-Selatan dibina dengan menggunakan 2 laluan perintis seperti berikut:-
- Jajaran Utara: Bahagian Bukit Kayu Hitam - Jitra, yang pada asalnya merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan .
- Jajaran Selatan: Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban, dari Plaza Tol Sungai Besi ke arah selatan. Bahagian dari Plaza Tol Sungai Besi ke Razak Mansion tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada jajaran selatan kerana bahagian tersebut diambil alih oleh MetaCorp.
Spesifikasi
suntingRangkaian Lebuhraya Utara-Selatan terdiri daripada jajaran utara, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Baru Lembah Klang dan jajaran selatan. Jajaran utara bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Jalan Duta, Kuala Lumpur. Jajaran selatan bermula dari Sungai Besi, Kuala Lumpur menganjur ke selatan dan berakhir di Johor Bahru. Kedua-dua jajaran tersebut dihubungkan dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.
- Kos Projek: RM6 bilion
- Pemegang konsesi: Plus Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine
- Tarikh Mula Konsesi: Mei 1988
- Tarikh Tamat Konsesi: Mei 2018
- Tempoh Konsesi: 30 tahun
- Panjang: 847.7 kilometer
- Terowong lebuh raya: 2 Plaza tol: 65
Secara umumnya lebuh raya ini selebar 4 lorong, 2 di setiap arah
Ada bahagian yang selebar 6 lorong, iaitu:
- Sungai Besi ke Ayer Keroh
- Jalan Duta, Kuala Lumpur dan NKVE ke Rawang
- Juru ke Sungai Dua, Pulau Pinang
- Lebuhraya ELITE
- Rawang ke Slim River
Baru-baru ini, kerajaan telah menerima rancangan untuk melebarkan bahagian dariSeremban ke Melaka untuk melancarkan lagi aliran trafik.
Ciri-ciri lebuh raya
suntingPembinaan dan penyelenggaraan Lebuhraya Utara-Selatan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia seperti lebar lebuh Raya, kemudahan pengguna dan ciri-ciri keselamatan.
Operasi
suntingHad laju
suntingPurata had laju di Lebuhraya Utara-Selatan adalah 110 kilometer sejam (km/j) kecuali di beberapa tempat berikut:-
- Bukit Kayu Hitam-Jitra: 90 km/j (bahagian lebuh raya dengan simpang searas (at-grade))
- Kuala Kangsar-Jelapang: 80 km/j (kawasan bukit dengan selekoh berbahaya)
- Jelapang-Ipoh Selatan: 90 km/h (laluan utama); 70 km/j (laluan ekspres tempatan) (untuk mengawal aliran trafik laluan utama dengan laluan ekspres tempatan)
- Gua Tempurung: 90 kmj (kawasan bukit)
- Persimpangan Bukit Lanjan: 80 km/j (untuk mengawal aliran trafik NKVE dengan jajaran utara)
- Bukit Lanjan-Jalan Duta: 90 km/j (bahagian naik/turun bukit curam)
- Sungai Besi-Bangi: 90 kmj (kepadatan trafik yang tinggi)
- Alor Gajah-Ayer Keroh: 90 kmj (angin lintang)
- Sg. Dua-Juru: 90 km/j (kepadatan trafik tinggi dari/ke Jambatan Pulau Pinang)
Sistem tol
suntingTerdapat dua sistem kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan:-
- Sistem terbuka - Pengguna hanya perlu membayar sejumlah bayaran tetap di plaza tol tertentu dalam jarak yang dirangkumi sistem ini.
- Sistem tertutup - Pengguna mengambil tiket semasa memasuki lebuh raya di plaza tol masuk dan membayar sejumlah tol di plaza tol keluar. Kadar tol adalah berdasarkan jarak perjalanan.[2]
Kemudahan di sepanjang lebuh raya
sunting- Kawasan rehat dan rawat lebih kurang setiap 60 km
- Kawasan letak kereta lebih kurang setiap 2 persimpangan bertingkat
- Restoran bertingkat di Ayer Keroh dan Sungai Buloh
- Telefon kecemasan setiap 2 km
- Perkhidmatan PLUS Ronda untuk memberi bantuan ketika dalam keadaan seperti kerosakan enjin di lebuh raya.
Lihat juga
suntingNota dan rujukan
sunting- ^ "PERASMIAN PENYEMPURNAAN LEBUHRAYA UTARA-SELATAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-14. Dicapai pada 2011-12-02.
- ^ "Kadar Tol Lebuhraya Utara Selatan Terkini 2024 - Biayaitu.com" (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-15. Dicapai pada 2024-09-17.
Pautan luar
sunting- Laman Rasmi PLUS Expressway Bhd Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine (Inggeris)
- Laman Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine