Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja Tan Sri Dato' Seri DiRaja Dr. Haji Ramli bin Ngah Talib (dilahirkan di Pasir Salak pada 16 Mac 1941) adalah seorang bekas ahli politik Malaysia dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak ke-8 dari tahun 1982 hingga tahun 1999 dan juga merupakan bekas Yang DiPertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2008 serta Pengurusi Jawantankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Yang Berbahagia
Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja
Tan Sri Dato' Seri DiRaja Dr. Haji

Ramli Ngah Talib

PSM (Malaysia); SPSA, SPCM (Perak); AMN (Malaysia); JP (Perak);
PhD (TUOS, United Kingdom)
Kelahiran (1941-03-16) 16 Mac 1941 (umur 83)
PejabatYang di-Pertua
Dewan Rakyat Malaysia
PendahuluMohamed Zahir Ismail
PenggantiPandikar Amin Mulia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Dato' Raja Noora Ashikin binti Raja Abdullah
Anak-anak
  • Toh Muda Dato’ Rizal Ashram Ramli
  • Ramelle Ashram Ramli
  • Puteri Yasmin Ashram Ramli
  • Puteri Azalia Ashram Ramli
SaudaraPutra Rayqal Ramli Rizal Ashram (cucu)
Ketika mengunjungi Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh

Kelahiran

sunting

Tempat kelahiran beliau, iaitu di Pasir Salak merupakan sebuah kampung di tepi Sg. Perak yang bersejarah kerana di sinilah kedua dua moyang beliau moyang Penghulu Anjang Pelita dan Dato’ Sagor bersama-sama Dato Maharaja Lela serta pejuang pejuang Melayu yang lain memberontak terhadap campur tangan British di Perak. Residen British pertama Perak Mr. J. W. W. Birch telah terbunuh dalam pememborantakan itu.

Keluarga

sunting

Isterinya ialah YM Puan Sri Dato' Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

  • Toh Muda Dato' Rizal Ashram Ramli
  • Ramelle Ashram Ramli
  • Putri Yasmin Ashram Ramli
  • Putri Azalia Ashram Ramli


Ramli Ngah Talib merupakan keturunan Dato' Sagor, iaitu salah seorang Orang Besar Lapan Negeri Perak yang terlibat dalam mempertahankan Negeri Perak daripada pengaruh British pada tahun 1870-an. Dato' Sagor (nama sebenar, Ngah Kamdin) mempunyai sembilan orang anak, Long Mabu, Alang Siap, Uda Bibah, Itam Jailah, Anjang Abdullah, Teh Nasa, Mat Dagang, Kulup Satar, dan Alang Ismail. Susur galur keturunan Ramli Ngah Talib daripada ayah beliau, Ngah Talib yang merupakan anak kepada Safiah, yang merupakan anak kepada Teh Nasa. Teh Nasa merupakan anak keenam Dato' Sagor.

Gelaran Dato' Sagor (Dato' Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja) telah terhapus selepas tahun 1870-an dan hanya dihidupkan kembali oleh Sultan Perak dan Dewan Negara Perak pada tahun 1987. Gelaran tersebut kini disandang oleh Ramli Ngah Talib.

Pendidikan

sunting

Tan Sri Ramli menerima pelajaran rendah di Sekolah Melayu Pasir Salak dan menerima pelajaran menengah di Saint Anthony’s School Teluk Intan serta di Malay College Kuala Kangsar dan selepas itu melanjutkan pelajarnya di Queen’s University, Belfast United Kingdom. Beliau telah memperolehi LL.B (Hons.) dari Quenn’s University dan seterusnya ijazah Barristerat-Law dari Lincoln’s Inn, London, United Kingdom. Ketika berada di United Kingdom, beliau bergiat sebagai Bendahari dalam Kesatuan Pelajar di Belfast, Ireland Utara, dan kemudian sebagai Setiausaha Politik serta pengarang Majalah Kesatuan Melayu United Kingdom yang berpusat di London.

Bidang Kerjaya

sunting

Setelah pulang ke Malaysia, beliau bekerja sebagai Pensyarah Undang-Undang di Institut Teknologi Mara (sekarang dikenali sebagai UITM) dan pensyarah undang-undang sambilan di Universiti Malaya. Pada tahun 1971, beliau menjadi Penasihat undang-undang yang pertama di Lembaga Lektrik Negara (sekarang dikenali sebagai Tenaga) dan pada masa yang sama, beliau mendapat sijil sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau membuka firma undang-undang bernama Kadir, Tan & Ramli pada 1977 dengan dua rakan yang lain. Sekitar masa itu, beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu, sebuah media arus perdana Melayu dan juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Lektrik Negara.

Tan Sri Ramli dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Kg. Gajah Perak pada tahun 1978 dan pada masa yang sama beliau dilantik sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Pada penggal kedua sebagai ahli Anggota Dewan Undangan Negeri, beliau telah mencapai puncak karier nya diperingkat Negeri Perak setelah dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 1983 dan kekal sebagai Menteri Besar Perak selama 17 tahun sehingga 1999. Beliau adalah Menteri Besar termuda dan yang paling lama berkhidmat di Perak. Pada penghujung tahun 1999 beliau telah dipilih sebagai Anggota Parlimen Malaysia untuk kawasan Parlimen Pasir Salak. Pada penggal yang pertama sebagai Anggota Parlimen, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Pada penggal kedua sebagai Anggota Parlimen, beliau telah dipilih oleh Dewan Rakyat sebagai Yang DiPetuia Dewan Rakyat.

Ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Perak, beliau berkesempatan menulis sebuah buku berjudul “Pasir Salak Sejarah Perjuangan”, buku mengenai pemberontakan orang Melayu menentang pemerintahan Inggeris di Perak pada 2 November 1875, dan pada masa yang sama beliau juga telah menghasilkan pelbagai risalah dan buku kecil pelancongan untuk Pasir Salak dan Perak. Pada akhir tahun 2010, beliau menulis sebuah buku bertajuk “Meniti Zaman”. Di sini, beliau menggambarkan kehidupan luar bandar yang indah, tetapi serba miskin semasa dan selepas penjajahan Jepun dari tahun 1941-1945 dan tahun - tahun selepas itu. Penduduk penduduk di kampung beliau telah mengalami kehidupan luar bandar yang mencabar dan serba kekurangan sehinggalah beliau memasuki politik pada tahun 1970-an. Buku beliau yang seterusnya adalah, “Mr. Speaker Sir, From Kampung Boy to the Helm of Parliament” yang diterbitkan pada tahun 2012. Buku ini telah diterjemah kan ke Bahasa Melayu bertajuk, “Tuan Yang DiPertua - Daripada Seorang Budak Kampung Hingga Menjadi Seorang, Peneraju Parlimen”. Kandungan buku ini menerangkan secara terperinci mengenai proses perjalanan Parlimen dengan cara yang tidak diceritakan sebelum ini; aspek aspek teknikal, politik dan persoalan persoala yang tidak terjawab. Buku terkini beliau “The Malays, Pathfinders and Trailblazers” telah di terbitkan pada bulan June 2022 dan akan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Buku ini yang mengandungi 530 halaman dan memakan masa 4 tahun untuk disiapkan. Buku ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Shah serta diiktiraf oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Buku ini juga telah mendapat hadiah “The Best 50 Malaysian Tittles” yang dianugerahkan oleh Majlis Buku Negara dan mendapat Anugerah Buku Negara sebagai buku umum terbaik kategori Sejarah. Beliau juga telah memberi sumbangan sebagai penulis untuk majalah Persatuan Parlimen Komanwel. Di samping itu, di Kompleks Sejarah Pasir Salak, terbentuk 42 diorama yang diukir pada kayu menggambarkan semua peristiwa penting dalam sejarah Malaysia dan sejarah orang Melayu. Diorama ini telah dibina berdasarkan idea beliau pada awal tahun 1990-an. Ini adalah yang pertama seumpamanya dan tentunya sangat instruktif dalam perpektif sejarah Malaysia.

Tekanan beliau untuk membawa masuk lebih banyak institusi pengajian tinggi ke Perak telah dapat membawa ITM (kini UITM-Universiti Teknologi Mara) untuk mendirikan kampus pertama mereka di Perak dengan memberikan rumah kedai milik Kerajaan Negeri untuk disewa secara percuma. Beberapa tahun selepas itu, sekeping tanah di Sri Iskandar, Perak telah diberi oleh Kerajaan Pera untuk kampus tetap UITM. Selain itu, di antara projek yang penting yang dipelopori oleh beliau untuk Negeri Perak ketika menjadi Menteri Besar Perak ialah pembinaan Bandar Proton (Proton City) di Tanjung Malim bagi mengeluarkan kereta Proton iaitu pembuatan kereta nasional pertama, pembinaan Pelabuhan Lumut, kemudahan pembinaan institusi pendidikan seperti Universiti Sains Malaysia (kemudian di ambil alih oleh Universiti Teknologi Petronas), Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Tanjung Malim (UPSI), pengembangan Meru Raya di Ipoh, Kompleks Sejarah Pasir Salak dan pembangunan pusat-pusat desa dan mempromosikan pusat pusat perindustrian di kawasan luar bandar serta mempergiatkan pembangunan infrastruktur diseluruh Negeri Perak. Antara lain-lain pembangunan termasuklah mengalakan pembangunan kraftangan, industri ceramik, dan pemberian tanah kepada persatuan persatuan peladang dan koperasi koperasi tertentu di Perak untuk ditanam kelapa sawit. Yang kini telah dapat meningkatkan pendapatan petani - petani tersebut. Beliau bagaimanapun lebih senang dikenang sebagai berjaya mencapai tahap sifar kemiskinan tegar di Perak pada tahun 1996. Ini merupakan pencapaian yang pertama untuk Malaysia.

Kegiatan sukan beliau yang bervariasi dari badminton, sepak takraw, bola sepak, mendaki gunung, trekking, bermain polo, jet ski dan membawa pesawat ultra ringan dan pesawat kecil. Beliau mempunyai lesen penerbangan untuk kedua-dua jenis pesawat yang diperolehnya pada tahun 2002. Beliau juga merupakan Presiden Kelab Aero Perak, Presiden Persekutuan Catur Malaysia sejak 2007.

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak yang menyaksikan Perak memenangi Piala Malaysia yang pertama diadakan. Pada tahun 2007 ketika masih memegang jawatan Yang DiPertuan Dewan Rakya, Parlimen Malaysia, beliau telah mengambil cuti untuk mendaki gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan. Negara-negara lain di mana beliau telah mendaki gunung dan trekking adalah di Norway, Bhutan, Oman, Nepal, Indonesia dan New Zealand.

Pada tahun 1986, beliau dianugerahkan gelaran Dato’ Seri Maharaja Lela Mangkubumi oleh panel Lembaga Adat Aceh kerana telah memupuk hubungan yang baik antara Aceh dan Perak. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Undang - Undang LL.D(Hon.) oleh University of Sheffield, United Kingdom kerana mempromosikan hubungan yang lebih erat antara Perak dan Sheffield University dan juga dapat meningkatkan kerjasama dalam penubuhan bersama Perak Medical College dengan Sheffield University. Di samping itu, dalam arena politik, antara jawatan lain yang pegang oleh beliau adalah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Perak dari tahun 1984 - 2000 dan ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dari tahun 1980 - 2006. Pada tahun 2014 beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaya sehingga kini. Beliau juga merupakan anggota tetap Dewan Negara Perak (Privy Council Perak) dan pemegang gelaran Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja, Orang Besar Delapan Perak (Dato’ Sagor), yang diwarisi dari moyangnya, Dato’ Sagor. Atas jasa-jasanya, beliau dianugerahkan SPSA (Dato’ Seri DiRaja) oleh Sultan Perak dan PSM (Tan Sri) oleh Yang DiPertuan Agung. Beliau juga dianugerahkan J.P (Jaksa Pendamai), SPCM (Dato’ Seri) oleh Sultan Perak.

Kerjaya Politik

sunting

Menjadi Ahli UMNO pada Tahun 1973 di Cawangan Kampung Teluk, Bahagian Hilir Perak , kini dinamakan Bahagian Pasir Salak .

Jawatan Dalam Parti

sunting
  • Naib Ketua UMNO Cawangan Kg. Teluk 1976
  • Ketua UMNO Cawangan Kg. Teluk 1976
  • AJK UMNO Bahagian Hilir Perak 1975
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hilir Perak 1976
  • Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Bahagian Hilir Perak 1976
  • Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Hilir Perak 1977
  • Pengerusi Biro Buruh, Perhubungan UMNO Negeri. 1979
  • AJK Biro Politik, Perhubungan UMNO Negeri 1981
  • AJK Biro Penerangan, Perhubungan UMNO Negeri 1981
  • AJK Biro Agama, Perhubungan UMNO Negeri 1981
  • AJK Biro Ekonomi, Perhubungan UMNO Negeri 1981
  • AJK Biro Ekonomi UMNO Malaysia 1981
  • Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak 1982
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 1984 - 2004
  • Pengerusi Barisan Nasional Perak 1986 - 2004

Aktiviti Kemasyarakatan

sunting

Kegiatan di Sekolah & Universiti

sunting
  • Ketua Darjah 1 hingga 5
  • Ketua Sekolah
  • Secretary School Literary and Debating Society
  • Bendahari Northern Ireland Students Society
  • Setiausaha Politik, Kesatuan Melayu United Kingdom
  • Pengarang, Majalah Kesatuan Melayu United Kingdom

Wakil Rakyat

sunting
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kampung Gajah 1978 - 29 November 1999
  • Ahli Parlimen Pasir Salak 30 November 1999 hingga 2008

Jawatan Yang DiPegang Dalam Kerajaan

sunting
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan 1988
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perbadanan Awam dan Perindustrian 1981
  • Ahli Jawatankuasa Pertanian Negeri Perak 1981
  • Pemangku Menteri Besar Perak mulai 20.10.82
  • Dilantik Menteri Besar Perak mulai 1.3.1983
  • Timbalan Menteri Pengangkutan tahun 2000 - 2004
  • Speaker Dewan Rakyat Parlimen Malaysia tahun 2004 - 2008

Anugerah Kebesaran

sunting

Pautan Luar

sunting

Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
1 Mac 1983 - 3 Dis 1999
Penyandang Kemudian
Wan Mohamed bin Wan Teh Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali