Daerah Kabong
Kabong ialah sebuah daerah di wilayah Sarawak, Malaysia.[1][2] Daerah ini adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu.[3] Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini merupakan masyarakat beretnik Melayu.[4]
Kabong كابوڠ | |
---|---|
Koordinat: 1°48′03″N 111°07′16″E / 1.8009°N 111.1211°EKoordinat: 1°48′03″N 111°07′16″E / 1.8009°N 111.1211°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Betong |
PBT | Majlis Daerah Saratok |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Mohamad Rashdan Hazemi |
Keluasan | |
• Jumlah | 799 km2 (308 batu persegi) |
Aras | 5 m (16 ft) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 18,404 |
• Kepadatan | 23/km2 (60/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 95xxx |
Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Kabong. Daerah Kabong mempunyai keluasan kira-kira 799 kilometer persegi (79,900.0 he) yang juga merupakan daerah ketiga terbesar dalam Bahagian Betong.[5] Terdapat satu daerah kecil yang dibawah daerah Betong iaitu Daerah Kecil Roban.[3]
Sejarah
suntingSebelum Kabong dinaik taraf ke sebuah daerah penuh, ia merupakan salah satu daerah kecil yang dibawah pentadbiran Daerah Saratok yang mempunyai keluasan kira-kira 398.14 kilometer persegi (153.7 bt2).[6] Pada era pemerintahan Ketua Menteri Sarawak kelima iaitu Adenan Satem, Daerah Kecil Kabong telah dinaiktaraf kepada daerah penuh dan berpisah sepenuhnya daripada Daerah Saratok.[7]
Pentadbiran
suntingDaerah Kabong secara keseluruhannya berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kabong yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Betong. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Saratok. Petempatan di Daerah Kabong mempunyai 26 buah rumah panjang Iban dan 27 buah perkampungan Melayu.[8] Kesemua kampung dan rumah panjang di daerah ini dipimpin oleh seorang ketua kaum (ketua kampung; tuai rumah) yang menjadi wakil kepada kerajaan. Daerah Kabong dipimpin oleh seorang pegawai daerah; pemegang jawatan terkini ialah Mohd. Rashdan Bin Haji Hazemi.[9]
Politik
suntingDari segi politik, Daerah Kabong mempunyai kawasan pilihan raya negeri tersendiri yang diberi nama yang sama, Kabong yang berada dibawah Parlimen Saratok. ADUN Kabong ialah Mohd Chee Kadir.[10]
Geografi
suntingDaerah Kabong terletak di barat negeri Sarawak, dan di utara bahagian Betong. Daerah Kabong bersempadan dengan daerah Sarikei di utara, daerah Saratok di timur, daerah Pusa di selatan dan Laut China Selatan di barat.
Daerah Kabong mempunyai keluasan kira-kira 799 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 188 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rendah dan rata kerana lokasinya yang berada di kawasan pesisir pantai. Namun beberapa kawasan di timur daerah ini merupakan kawasan yang sedikit berbukit.
Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Krian, Sungai Seblak, Sungai Limut dan Sungai Nyabor.
Demografi
suntingTahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
2010 | 19,095 | — |
2020 | 18,404 | −3.6% |
Sumber: [11][12] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kabong ialah seramai 18,404 orang dengan kepadatan penduduk 23 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 4,234 isi rumah dengan 5,521 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Kabong merupakan masyarakat berbangsa Melayu. Kelompok Bumiputera selain Melayu merupakan kumpulan kedua terbesar di daerah ini, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 111 orang.[13][14]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 9,052 |
Bumiputera lain | 8,421 | |
Cina | 800 | |
Lain-lain | 20 | |
Bukan warganegara | - | 111 |
Jumlah | 18,404 |
Agama
suntingDi daerah Kabong, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 50 peratus dari jumlah penduduk di daerah ini diikuti agama Kristian sebanyak lebih 42 peratus. Penduduk yang tidak beragama membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan hampir empat peratus daripada jumlah penduduk. Penduduk beragama Buddha pula mencatatkan peratusan tiga peratus manakala agama lain-lain membentuk kumpulan minoriti.
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 9,344 |
Kristian | 7,764 |
Tidak beragama | 646 |
Buddha | 577 |
Lain-lain | 72 |
Hindu | 1 |
Jumlah | 18,404 |
Rujukan
sunting- ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
- ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
- ^ "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
- ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ "Latar Belakang Daerah Saratok". Majlis Daerah Saratok. 2012-03-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2012. Dicapai pada 27 Disember 2014.
- ^ Annuar Kapok (13 Januari 2017). "Dua tinggalan Tok Nan catat sejarah buat Kabong". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-13. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ "Daerah Kecil Kabong". sarawak.com.my. Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-06. Dicapai pada 12 Julai 2005.
- ^ "Direktori Staf | Pejabat Daerah Kabong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2021.
- ^ Adibasuf (23 Januari 2020). "Mohd Chee Kadir Terus Aktif Majukan Kawasan di DUN Kabong". sarawaknewsnetwork.com. Sarawak News Network (SNN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2021.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
Pautan luar
sunting- Pentadbiran Bahagian Betong. Dicapai pada 2 Januari 2020.